backup og meta

Mengapa Anda Perlu Minum Banyak Air Kosong

Ia bukanlah satu misteri lagi bahawa air kosong mempunyai banyak manfaat. Dengan harga yang lebih murah berbanding air lain yang bergula, ia sememangnya harus menjadi minuman utama bagi setiap orang.

Mengapa Anda Perlu Minum Banyak Air Kosong

Ingin tahu mengapa anda perlu menjadikan air kosong minuman utama anda? Baca selanjutnya.

1. Membantu mengekalkan keseimbangan cecair di dalam badan

60% daripada badan manusia terdiri daripada air. Ia memainkan pelbagai peranan termasuk membantu penghadaman, penyerapan nutrisi, peredaran darah, penghasilan air liur dan mengawal suhu badan.

Apabila badan anda mengalami kekurangan air, otak akan menghantar isyarat haus. Jika terlebih pula, air tersebut dibuang melalui air kencing, peluh dan pernafasan.

Tanpa air yang mencukupi, fungsi badan anda secara amnya boleh terganggu. Ini membuatkan anda kurang cergas dan aktif serta tidak boleh memaksimakan tenaga sepanjang hari.

2. Mengawal kalori

Tahukah anda berapa bilangan kalori bagi segelas air kosong? Jawapannya adalah kosong. Sebanyak mana pun gelas yang anda ambil, kalori yang anda ambil tetap kosong.

Apa yang menariknya adalah apabila anda banyak minum, ia akan memberikan rasa kenyang tanpa menambah pengambilan kalori. Bahkan ia membantu anda mengurangkan pengambilan kalori daripada sumber yang lain.

3. Memberikan otot yang sihat

Sel-sel otot yang tidak mengandungi kandungan air yang mencukupi akan mengecut. Ia membuatkan otot lebih cepat letih seterusnya menganggu fungsi serta prestasinya.

Oleh sebab itu, anda perlu mengambil air yang cukup semasa melakukan aktiviti fizikal untuk memastikan kecergasan otot kekal pada tahap maksimum.

4. Kulit anda kelihatan lebih segar

Kulit anda mengandungi banyak air. Ia memberikan kesegaran dan membuatkan kulit anda kelihatan muda. Namun, jangan harapkan segala kedutan pada kulit anda akan hilang serta merta selepas minum 5 botol air. Anda juga boleh gunakan pelembap untuk mengekalkan air pada kulit.

5. Membantu buah pinggang membuang toksin

Bahan toksin dibuang daripada badan melalui beberapa cara. Antaranya adalah oleh buah pinggang melalui air kencing. Cecair badan yang mencukupi membantu buah pinggang membuang toksin dengan lebih efisyen.

Bila air kencing anda berwarna cerah dan tidak berbau, ia adalah petanda anda mendapatkan air yang cukup. Sebaliknya jika kurang, air kencing akan berwarna lebih gelap dan berbau. Ppengambilan air yang kurang juga mendedahkan anda kepada pembentukan batu karang di dalam buah pinggang.

Jadikan air kosong sebagai tabiat anda hari ini!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

6 Reasons to Drink Water – https://www.webmd.com/diet/features/6-reasons-to-drink-water#1

Versi Terbaru

12/09/2018

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhamad Firdaus Rahim


Artikel Berkaitan

Makan Banyak Daging Merah Mungkin Akan Jejas Buah Pinggang! - Kajian

AWAS Cik Abang! 10 Masalah Saluran Kencing Ini BERISIKO Terjadi Pada Anda #3 Paling Digeruni


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 12/09/2018

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan