Di dalam tubuh badan kita, fungsi buah pinggang adalah untuk menapis sisa-sisa buangan dan air berlebihan daripada darah kita kepada bentuk air kencing. Kegagalan buah pinggang juga dikenali sebagai end-stage renal disease (ESRD), iaitu tahap akhir penyakit buah pinggang, yang bermaksud fungsi buah pinggang tidak memadai keperluan harian tubuh badan.
Sekiranya anda menghidap penyakit ESRD, buah pinggang anda berfungsi kurang daripada 10 peratus berbanding keupayaan biasa. Ini bermaksud buah pinggang anda hampir tidak berfungsi atau tidak berfungsi sama sekali. Penyakit buah pinggang selalunya amat progresif. Penyakit buah pinggang yang kronik seringkali mengambil masa selama 10 ke 20 tahun selepas anda didiagnosis untuk mencapai tahap terakhir. ESRD mungkin juga akan berkembang secara perlahan-lahan.
Anda mungkin mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi, anemia (bacaan darah rendah), tulang rapuh, kesihatan pemakanan yang lemah dan kerosakan saraf. Selain itu, penyakit buah pinggang akan meningkatkan risiko anda menghidap penyakit jantung dan salur darah. Masalah-masalah ini mungkin akan berkembang secara perlahan dalam jangka masa yang panjang.
Kegagalan buah pinggang merupakan penyakit yang sering berlaku. Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit buah pinggang tanpa mengira umur. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila menghubungi doktor anda untuk keterangan lanjut.
Antara simptom-simptom umum bagi kegagalan buah pinggang termasuk:
Kemungkinan terdapat simptom-simptom yang tidak disenaraikan. Jika mempunyai kebimbangan tentang sesuatu simptom, sila rujuk dengan doktor anda.
Jika anda mengalami tanda-tanda atau simptom-simptom yang disenarai diatas atau mempunyai persoalan, sila merujuk dengan doktor anda. Setiap tubuh badan bertindak berlainan. Seeloknya adalah untuk anda berbincang dengan doktor anda tentang apa yang terbaik untuk situasi anda.
Kegagalan buah pinggang adalah hasil masalah-masalah kesihatan lain yang telah merosakkan buah pinggang secara kekal, sedikit demi sedikit, dalam jangka masa panjang. Kencing manis merupakan punca utama ESRD. Darah tinggi juga merupakan salah satu punca ketara yang menyebabkan ESRD.
Apabila buah pinggang anda mengalami kerosakan, ia tidak dapat berfungsi pada tahap kemampuan yang sempurna. Sekiranya kerosakan pada buah pinggang anda semakin memburuk dan buah pinggang anda semakin kurang berkebolehan berfungsi, anda akan menghidap penyakit buah pinggang kronik. Kegagalan buah pinggang adalah tahap terakhir (paling teruk) penyakit buah pinggang kronik. Oleh sebab itu, kegagalan buah pinggang juga dikenali sebagai end-stage renal disease, ESRD apabila diringkaskan.
Terdapat pelbagai faktor risiko untuk kegagalan buah pinggang, termasuk:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>
Doktor anda akan mendiagnosis ESRD menerusi kajian fizikal dan kajian-kajian untuk memeriksa fungsi buah pinggang anda. Kajian buah pinggang yang akan dijalankan oleh doktor anda berkemungkinan seperti yang berikut:
Anggaran kadar saring glomerulus (GFR) menganggar kadar keupayaan buah pinggang anda menapis sisa-sisa buangan.
ESRD tidak ada penawarnya, manakala cara-cara merawat ESRD adalah menerusi dialisis atau pemindahan buah pinggang.
Dialisis. Terdapat dua pilihan untuk anda menerusi dialisis: hemodialisis atau dialisis peritoneal. Semasa menjalani hemodialisis, darah anda akan melalui saluran tiub ke dalam buah pinggang buatan atau penapis. Kemudian, ia akan menapis sisa-sisa buangan dengan menggunakan larutan dan menyalurkan kembali darah bersih ke dalam badan anda. Kaedah rawatan ini lebih ramah digunakan tiga kali seminggu. Ia mengambil masa selama tiga ke empat jam bagi setiap rawatan. Semasa menjalani dialisis peritoneal, sejenis larutan khas akan menyalur ke dalam perut anda melalui tiub kateter. Larutan khas itu akan ditinggal di dalam abdomen anda buat seketika dan kemudian ia akan dibuang. Kaedah ini boleh dilakukan di rumah, di tempat kerja, mahupun semasa dalam perjalanan.
Pemindahan buah pinggang melibatkan buah pinggang terjejas dikeluarkan serta digantikan dengan dermaan buah pinggang yang sihat.
Rawatan-rawatan lain bergantung kepada simptom yang dihadapi, tetapi mungkin terdiri daripada:
Diet khas adalah sangat penting untuk mendapatkan keputusan terbaik. Diet ini boleh mengandungi:
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi kegagalan buah pinggang:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
End-stage kidney disease. http://www.healthline.com/health/end-stage-kidney-disease#Overview1. Accessed September 19, 2016.
Kidney failure. http://www.kidneyfund.org/kidney-disease/kidney-failure/?referrer=https://www.google.com.vn/ . Accessed September 19, 2016.
Kidney failure. https://medlineplus.gov/ency/article/000500.htm. Accessed September 19, 2016.
Versi Terbaru
22/01/2021
Ditulis oleh Jazelia Jasmene
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Diperbaharui oleh: Nurul Halifah
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel