Jangkitan pundi kencing (radang pundi kencing) ialah jangkitan saluran kencing akut disebabkan oleh bakteria di dalam pundi kencing. Dalam sesetengah kes, keadaan ini boleh terjadi semula dalam tempoh masa yang panjang. Radang pundi kencing ini mungkin juga adalah tindakbalas kepada beberapa jenis ubat, terapi radiasi atau bahan yang boleh menyebabkan radang atau komplikasi daripada penyakit lain.
Rawatan yang sesuai boleh membantu untuk meredakan komplikasi jangkitan pundi kencing ini. Simptom yang paling serius ialah jangkitan pada buah pinggang. Rawatan yang biasa diberikan ialah antibiotik. Rawatan untuk jenis radang pundi jenis yang lain bergantung kepada penyebabnya.
Jangkitan pundi kencing sangat biasa terjadi. Penyakit ini kebanyakannya berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki. Lebih daripada 50% wanita terkena jangkitan ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Ia menjejaskan individu pada setiap peringkat usia. Dalam kalangan lelaki, risiko untuk mendapat jangkitan ini meningkat dengan bertambahnya usia. Ia dapat diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. SIla berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui maklumat lanjut.
Symptom yang paling biasa berlaku ialah:
Terdapat beberapa symptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan symptom penyakit ini, sila berunding dengan doktor anda.
Anda perlu menghubungi doktor sekiranya anda mengalami tanda berikut:
Terdapat banyak punca kepada jangkitan pundi kencing:
Jangkitan bakteria:
Jangkitan bakteria adalah punca paling lazim yang menyebabkan jangkitan pundi kencing. Ia berlaku apabila bakteria melekat pada dinding pundi kencing dan membiak, berlawanan dengan keadaan normal dimana bakteria ini disingkirkan ketika membuang air kecil. Jenis bakteria paling lazim penyebab kepada jangkitan ini ialah Escherichia coli (E. coli) yang secara semulajadinya wujud di dalam usus besar. Apabila seseorang individu mempunyaibekateria ini di dalam badan dan tidak disingkirkan semasa membuang air kecil, jangkitan akan mula berlaku.
Terdapat juga bakteria jenis lain yang menjadi punca kepada jangkitan pundi kencing seperti Chlamydia Mycoplasma. Bakteria jenis ini merebak melalui hubungan seksual bersama orang yang mendapat jangkitan Chlamydia Mycoplasma.
Jangkitan pundi kencing tidak berjangkit:
Terdapat beberapa perkara lain penyebab jangkitan pundi kencing termasuk:
komplikasi kepada masalah kesihatan lain seperti kencing manis, batu karang dalam buah
pinggang, prostat membesar atau kecederaan pada urat saraf.
Terdapat banyak factor-faktor risiko untuk jangkitan pundi kencing ini. Contohnya:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Jangkitan pundi kencing boleh didiagnos dengan:
Jangkitan pundi kencing boleh dirawat bergantung kepada punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku:
Merawat jangkitan pundi kencing yang disebabkan oleh bakteria:
Antibiotik adalah ubat pertama yang digunakan untuk merawat jangkitan pundi kencing disebabkan oleh bakteria. Berundinglah dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Merawat jangkitan pundi kencing disebabkan oleh punca lain bergantung kepada gejala penyakit tersebut:
Untuk jangkitan interstitial, tujuan rawatan adalah untuk melegakan tanda dan simptom seperti:
melegakan simptom atau banyak minum air untuk menyingkirkan bahan-bahan yang
boleh menyebabkan radang pundi kencing.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda untuk mengatasi jangkitan pundi kencing. Ianya termasuklah:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Need refs
Versi Terbaru
29/11/2019
Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel