Penyakit batu karang dan jangkitan saluran kencing (UTI) mungkin memberi kesan terhadap saluran kencing dan kerap menyerang individu yang bergelar lelaki, tetapi kedua-dua penyakit ini adalah jauh sekali berbeza antara satu sama lain.
Penyakit batu karang dan jangkitan saluran kencing (UTI) mungkin memberi kesan terhadap saluran kencing dan kerap menyerang individu yang bergelar lelaki, tetapi kedua-dua penyakit ini adalah jauh sekali berbeza antara satu sama lain.

Walaupun masih terdapat persamaan kecil antara keduanya, terdapat banyak lagi faktor luaran dan dalaman yang membezakan kedua-dua jenis penyakit ini.
Ia juga dikenali sebagai nephrolithiasis dan lithiasis buah pinggang.
Kebanyakan batu karang terdiri daripada garam asid dan mineral.
Beberapa faktor menyumbang kepada pembentukan sakit batu karang adalah apabila air kencing berkumpul, mineral menjadi kristal, mengakibatkan pembentukan batu.
Walaupun keadaan ini selalunya tidak menyebabkan kerosakan kekal pada tubuh, pengaliran batu ginjal melalui saluran kencing mungkin sangat menyakitkan.
UTI adalah jenis jangkitan yang boleh menjejaskan ureter, uretra, pundi kencing dan buah pinggang. Keadaan perubatan lebih cenderung kepada wanita.
UTI biasanya melibatkan bahagian saluran kencing yang lebih rendah seperti uretra dan pundi kencing.
UTI biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria.
Secara anatomi, uretra iaitu tiub kecil yang melepaskan air kencing di luar badan terletak berhampiran pembukaan dubur.
Akibat jaraknya yang dekat, bakteria dari usus besar dapat masuk ke dalam saluran kencing dengan mudah melalui uretra sehingga menyerang pundi kencing.
Apabila tidak dirawat, jangkitan boleh merebak ke buah pinggang.
Oleh kerana uretra wanita lebih pendek, mereka lebih terdedah untuk mendapat UTI berbanding lelaki.

Konklusinya, kedua-dua penyakit ini adalah sama sekali berbahaya buat anda.
Jika anda mendapati bahawa terdapat beberapa simptom-simptom penyakit-penyakit ini pada diri anda, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Difference between a UTI and Kidney Stones https://theydiffer.com/difference-between-a-uti-and-kidney-stones/ Accessed on Aug 1, 2018.
Kidney stones vs. urinary tract infection (UTI) differences in symptoms, causes, and treatment https://www.belmarrahealth.com/kidney-stones-vs-urinary-tract-infection-uti-differences-in-symptoms-causes-and-treatment/ Accessed on Aug 1, 2018.
Versi Terbaru
05/03/2021
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor