Bunyi dengkuran sering menemani waktu tidur anda yang dihasilkan oleh pasangan? Pasangan sering berdengkur setiap malam sampai anda terjaga dari tidur?
Bunyi dengkuran sering menemani waktu tidur anda yang dihasilkan oleh pasangan? Pasangan sering berdengkur setiap malam sampai anda terjaga dari tidur?

Kami pasti, ramai yang ada masalah sama seperti situasi ini. Ada yang jarang berdengkur, tetapi juga ada yang berdengkur hampir setiap malam.
Tapi, adakah anda tahu apakah yang menyebabkan dengkuran? Dan yang lebih menggemparkan – adakah dengkuran boleh menyebabkan kematian?
Dengkuran adalah bunyi serak atau keras yang berlaku ketika udara mengalir melalui tisu relaks di leher, lalu menyebabkan tisu tersebut bergetar ketika anda bernafas.
Hampir semua individu mengalami masalah berdengkur, tetapi bagi sesetengah individu, ia boleh jadi satu masalah yang kronik. Kadangkala, dengkuran juga boleh menunjukkan keadaan kesihatan yang serius.

Dengkuran seringkali dikaitkan dengan satu gangguan tidur yang disebut sebagai apnea tidur obstruktif atau OSA.
Bukan semua individu yang berdengkur memiliki OSA, tetapi sekiranya dengkuran yang berlaku diikuti dengan simptom-simptom di bawah, anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan bagi menentukan sekiranya anda memiliki OSA atau tidak.
OSA sering dicirikan melalui dengkuran yang kuat dan diikuti dengan tempoh senyap apabila berhenti bernafas atau hampir berhenti.
Individu yang mempunyai OSA biasanya mengalami pemberhentian seketika apabila bernafas secara perlahan atau berhenti bernafas sekurang-kurangnya sebanyak lima kali bagi setiap jam waktu tidur.
![]()
Dengkuran secara umumnya tidak menyebabkan kematian. Walau bagaimanapun, jika ia melibatkan atau berkaitan dengan OSA, anda mungkin berisiko untuk mengalami kematian.
Persatuan Apnea Tidur Amerika Syarikat menganggarkan sekitar 38,000 individu di Amerika Syarikat meninggal dunia setiap tahun akibat daripada penyakit jantung dengan apnea tidur sebagai faktor komplikasi.
Individu yang mempunyai apnea tidur atau OSA memiliki kesukaran untuk bernafas atau berhenti bernafas dalam tempoh yang pendek setelah tidur.
Walau bagaimanapun, ia sering tidak didiagnosis. Berpandukan Persatuan Jantung Amerika, 1 dalam setiap 5 individu dewasa mempunyai apnea tidur pada tahap yang tertentu dan ia lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki berbanding wanita.
Kanak-kanak juga tidak terkecuali untuk mempunyai apnea tidur ini.
Apnea tidur boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius jika tidak dirawat. Ia boleh memburukkan beberapa keadaan kesihatan yang mengancam nyawa, seperti:
Apnea tidur menyebabkan hypoxia, iaitu tahap oksigen yang rendah dalam tubuh. Apabila keadaan hypoxia ini berlaku, tubuh anda akan menjadi stres dan memberi reaksi dengan respon tindak balas tekanan akut.
Ini kemudiannya menjadikan jantung anda berdegup dengan lebih laju dan menyempitkan arteri jantung. Antara kesannya termasuklah:
Kesan-kesan yang berlaku ini akan meningkatkan risiko masalah-masalah kardiovaskular.
Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine pada tahun 2010 menemui, seseorang individu yang mempunyai apnea tidur berpotensi mempunyai peningkatan risiko untuk mengalami strok sehingga dua atau tiga kali ganda.
Kajian yang dilakukan pada tahun 2007 oleh Yale School of Medicine pula menyatakan apnea tidur boleh meningkatkan risiko untuk mendapat serangan jantung atau kematian sehingga 30% dalam tempoh empat atau lima tahun.
Manakala kajian yang dijalankan pada tahun 2013 yang diterbitkan dalam Journal of the American College of Cardiology menyatakan, individu yang mempunyai apnea tidur mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kematian akibat komplikasi berkaitan jantung.
Kajian tersebut juga mendapati bahawa apnea tidur juga boleh meningkatkan risiko kematian jantung secara tiba-tiba. Anda akan lebih berisiko jika mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Untuk mengurangkan atau merawat dengkuran, doktor mungkin akan menyarankan perubahan gaya hidup terlebih dahulu seperti menurunkan berat badan, mengelakkan pengambilan alkohol ketika waktu tidur, merawat hidung yang tersumbat, mengelakkan kekurangan tidur dan elakkan daripada tidur menelentang.
Jika dengkuran yang berlaku bersama-sama dengan OSA, doktor mungkin akan mencadangkan perkara-perkara berikut:
Peralatan mulut adalah sejenis alat yang diletakkan pada mulut yang membantu memperbaiki posisi rahang, lidah dan selaput lembut untuk memastikan laluan udara terbuka
Kaedah ini melibatkan pemakaian topeng pada hidung atau mulut semasa anda tidur. Topeng ini mengarahkan udara bertekanan dari pam kecil di tepi katil ke saluran udara anda untuk memastikan ia dibuka semasa anda tidur
Terdapat beberapa prosedur yang bertujuan untuk membuka saluran udara atas dan mencegah penyempitan yang ketara semasa tidur melalui pelbagai teknik
Jelas sekali bahawa dengkuran semasa tidur bukanlah satu perkara yang perlu dirisaukan melainkan jika anda mempunyai OSA.
Bagaimana untuk mengetahui jika anda memiliki OSA atau tidak? Jika anda mendapati diri anda mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan di atas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan, mendapatkan kepastian mengenai keadaan semasa anda dan seterusnya mendapat rawatan yang berkaitan.
Sekurang-kurangnya, pasangan anda tidak lagi terganggu semasa tidur setelah dengkuran anda dirawat.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/snoring/diagnosis-treatment/drc-20377701
https://www.healthline.com/health/can-you-die-from-sleep-apnea#what-happens-without-treatment
https://www.medicinenet.com/snoring/article.htm#snoring_definition_and_facts
Versi Terbaru
11/10/2020
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
Diperbaharui oleh: Nurul Halifah