Kulit merupakan organ yang paling besar pada badan manusia. Tugas utama kulit ialah melindungi tubuh badan daripada sebarang penyakit atau jangkitan.
Kulit merupakan organ yang paling besar pada badan manusia. Tugas utama kulit ialah melindungi tubuh badan daripada sebarang penyakit atau jangkitan.

Walau bagaimanapun, kulit manusia bukanlah imun terhadap sebarang jangkitan. Kadangkala, jangkitan boleh terjadi jika parasit, fungi ataupun kuman seperti bakteria menembusi kulit dan mula merebak.
Perkara ini akan menyebabkan kesakitan, lebam atau perubahan dari segi warna kulit. Jangkitan yang ringan boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan yang boleh dibeli secara over-the-counter.
Walau bagaimanapun, jangkitan yang serius mungkin memerlukan perhatian daripada doktor pakar.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkan di sini.
Ada empat jenis jangkitan yang anda perlu tahu:
Kulit manusia menjadi perumah kepada pelbagai jenis bakteria yang tidak berbahaya, seperti bakteria daripada spesies Staphylococcus, Corynebacterium spp., Brevibacterium spp. dan Acinetobacter.
Walau bagaimanapun, ada juga bakteria yang boleh menceroboh ke dalam kulit yang normal atau masuk ke dalam kulit yang terluka dan menyebabkan jangkitan.
Ada jangkitan bakteria yang bersifat ringan dan boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan topikal. Walau bagaimanapun, ada juga jangkitan yang lebih serius dan memerlukan pengambilan ubat antibiotik oral.
Sebagai contoh, ada beberapa jenis jangkitan bakteria iaitu:
Seperti namanya, jangkitan kulit jenis ini disebabkan oleh virus. Simptom yang pesakit alami boleh disebabkan oleh reaksi badan terhadap virus di dalam badan pesakit, atau jangkitan pada kulit.
Contoh jangkitan yang disebabkan oleh virus ialah:
Jangkitan yang disebabkan oleh fungi selalunya berlaku di kawasan badan yang lembap seperti di tapak kaki atau ketiak.
Jangkitan yang disebabkan oleh fungi juga selalunya tidak berjangkit dan ia juga tidak membawa maut.
Antara contoh penyakit kulit yang disebabkan oleh fungi ialah:
Parasit pada permukaan kulit merupakan sejenis serangga atau ulat kecil yang boleh membenamkan diri ke dalam kulit untuk bertelur.
Jangkitan yang berpunca daripada parasit boleh merebak daripada kulit ke dalam salur darah sebelum menjangkiti organ-organ terdekat.
Ada beberapa jenis jangkitan yang disebabkan oleh parasit. Sebagai contoh:

Simptom jangkitan berbeza mengikut jenis. Walau bagaimanapun, hampir kesemua jenis jangkitan ini mungkin mempunyai dua simptom yang sama iaitu kulit yang kemerahan dan ruam gatal.
Selain itu, pesakit juga mungkin mengalami simptom lain seperti gatal-gatal dan pedih. Tempat jangkitan pula boleh menjadi lembut ketika disentuh.
Walau bagaimanapun, pesakit yang mengalami jangkitan yang teruk sehinggakan kulit menjadi bernanah atau tidak sembuh-sembuh perlu berjumpa doktor secepat mungkin.
Antara tanda-tanda jangkitan yang teruk ialah:
Sama seperti simptom, penyebab dan faktor risiko jangkitan adalah berbeza mengikut jenis.
Jangkitan ini berlaku apabila bakteria mula memasuki badan melalui luka atau calar pada permukaan kulit.
Walau bagaimanapun, sebarang luka pada kulit bukanlah bermaksud anda akan terkena jangkitan secara automatik.
Namun, untuk mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah, risiko untuk dijangkiti bakteria lebih tinggi daripada orang biasa.
Selalunya, jangkitan virus berpunca daripada 3 kumpulan ini: poxvirus, human papillomavirus dan herpes.
Gaya hidup seseorang boleh menjadi faktor jangkitan yang disebabkan fungi. Sebagai contoh, mereka yang kuat berpeluh lebih berisiko untuk menghidap athelete’s foot.
Untuk pengetahuan anda, fungi amat sukakan persekitaran yang lembap dan hangat. Mereka yang kerap memakai baju yang basah dan lembap mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami jangkitan.
Selain itu, keadaan juga akan jadi semakin teruk jika ada luka atau calar pada kulit. Jika ini berlaku, jangkitan boleh masuk lebih dalam menembusi lapisan kulit.
Jangkitan ini selalunya disebabkan oleh serangga kecil yang membenamkan diri di bawah lapisan kulit dan bertelur.
Kutu merupakan salah satu contoh jangkitan parasit yang lazim berlaku. Jangkitan ini boleh berjangkit, selalunya di antara ahli keluarga ataupun kanak-kanak yang bermain bersama-sama di sekolah atau tadika.

Selalunya, doktor akan menentukan punca jangkitan berdasarkan keadaan kulit dan juga lokasi. Selain itu, doktor juga akan bertanya mengenai simptom yang dialami pesakit.
Sebagai contoh, kurap akan menyebabkan ruam yang berbentuk bulat dan berwarna putih di atas permukaan kulit.
Jika jangkitan tersebut tidak dapat dikenal pasti, doktor mungkin akan mengambil sampel kulit untuk analisis yang lebih lanjut.
Jangkitan kulit kadangkala boleh sembuh dengan sendirinya tanpa sebarang rawatan.
Walau bagaimanapun, ada juga yang berkekalan dalam satu tempoh masa yang lama dan memerlukan perhatian daripada doktor.
Jangkitan bakteria boleh dirawat menggunakan antibiotik topikal yang boleh disapu terus ke atas kulit.
Selain itu, penggunaan ubat antibiotik secara oral juga berkesan untuk menentang jangkitan yang disebabkan oleh bakteria.
Bagi jangkitan fungi pula, ada banyak ubat-ubatan yang boleh dibeli secara over-the-counter untuk merawatnya. Walau bagaimanapun, jika ia tidak sembuh, anda perlulah berjumpa doktor untuk diagnosis lebih lanjut.
Doktor mungkin akan memberikan preskripsi tambahan untuk merawat kondisi kulit yang anda alami.
Selain itu, beliau juga mungkin akan mencadangkan ubat-ubatan lain untuk merawat kegatalan atau rasa sakit yang pesakit alami.
Jika anda mengalami jangkitan disebabkan virus seperti cacar air, doktor akan membekalkan losyen untuk melegakan kesakitan yang anda alami.
Jangan risau jika ia memakan masa untuk sembuh, selalunya jangkitan disebabkan virus akan sembuh sendiri seiring dengan masa.

Anda boleh mengelakkan jangkitan dengan cara:
Simptom yang pesakit alami ketika diserang jangkitan boleh berbentuk ringan ataupun teruk. Ingatlah, jangan sesekali abaikan masalah ini jika ia menyebabkan anda rasa sakit atau tidak selesa.
Doktor boleh membantu anda dengan melakukan diagnosis dan mencadangkan rawatan yang bersesuaian.
Sementara itu, untuk mengelakkan simptom daripada jadi semakin teruk, anda boleh meletakkan sesuatu yang sejuk pada kawasan jangkitan. Ini dapat mengurangkan rasa gatal dan juga inflamasi yang berlaku.
Selain itu, anda juga boleh mengambil ubat-ubatan daripada farmasi berdekatan untuk mengurangkan kegatalan dan ketidakselesaan yang disebabkan oleh jangkitan tersebut.
Jangan risau jika anda mempunyai jangkitan kulit. Kebanyakan jangkitan bertindak balas dengan baik dengan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor.
Jika anda mendapat ubat untuk merawat kondisi yang dialami, pastikan anda mengambilnya mengikut nasihat doktor.
Selain itu, jangan sesekali kongsi antibiotik anda dengan orang lain. Habiskan ubat yang diberikan dan jangan simpan untuk kegunaan di kemudian hari.
Jangan malu untuk berjumpa doktor jika anda mengalami penyakit kulit. Doktor boleh membantu anda dengan melakukan diagnosis yang bertepatan dan memberikan ubat-ubatan yang betul untuk tujuan rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
25/07/2021
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
Diperbaharui oleh: Fatin Zahra