backup og meta

4 Punca Ini Sebab Sebenar Mengapa Rambut Naik Kelemumur!

Kelemumur adalah sejenis penyakit kulit kepala kronik . Ia berlaku apabila kulit kepala terlalu kering atau berminyak, mengakibatkan penghasilan kulit mati yang terlalu banyak. Walaupun punca kelemumur tidak menjejaskan kesihatan seseorang, ia boleh menyebabkan rasa malu.

4 Punca Ini Sebab Sebenar Mengapa Rambut Naik Kelemumur!

Apakah yang menyebabkan punca kelemumur?

Sama seperti kulit di kawasan lain, kulit kepala anda melalui proses berterusan untuk sel-sel kulit tumbuh dan tanggal. Pada orang yang mempunyai masalah ini, proses ini berlaku pada kadar yang lebih cepat.

Minyak yang dihasilkan oleh kulit kepala anda menyebabkan sel-sel mati melekat bersama, membentuk kepingan putih. Keadaan ini boleh dicetuskan oleh banyak perkara, termasuk:

1. Seborrheic dermatitis

Seborrheic dermatitis mungkin punca kelemumur yang paling biasa. Apabila anda mempunyai  seborrheic dermatitis, kulit kepala anda menjadi kemerah-merahan, gatal dan berminyak, ditutup dengan serpihan kepingan putih atau kuning.

Selain kulit kepala, kawasan lain dengan banyak kelenjar minyak juga boleh terjejas (alis mata, bahagian hidung, tulang dada, pangkal paha, dan ketiak).

punca kelemumur

2. Kebersihan rambut yang tidak terjaga

Sekiranya anda tidak membasuh rambut anda dengan kerap, minyak dan sel kulit mati boleh membina dan menyebabkan kelemumur.

3. Malassezia

Malassezia adalah kulat seperti fungus yang dapat dijumpai di kulit kepala kebanyakan orang. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, Malassezia boleh bertindak dan merengsakan kulit kepala, menyebabkan kelemumur.

4. Contact dermatitis

Produk penjagaan rambut anda kadang-kadang boleh merengsa kulit kepala anda dan menyebabkan kulit kepala gatal dan berkepingan.

Rawatan untuk rambut kelemumur

Walaupun anda tidak dapat sepenuhnya menghapuskan punca kelemumur, anda masih boleh menguruskannya dengan rawatan yang betul.

Langkah pertama ialah membasuh rambut anda secara menyeluruh dengan syampu yang tidak berubat. Cuba urut kulit kepala dan bilas dengan baik. Basuhan yang kerap boleh membantu menghilangkan sel-sel kulit mati dan mencegah pengumpulannya.

Jika keadaan anda tidak sembuh dengan menjaga kebersihan dengan baik sahaja, anda perlu menggunakan syampu antikelemumur.

Walaupun terdapat beberapa syampu antikelemumur memerlukan penggunaan harian, ada yang hanya perlu digunakan sekali atau dua kali seminggu. Sila ingat untuk mengikuti arahan dengan teratur untuk hasil yang terbaik.

Bahan-bahan yang perlu diingat semasa membeli syampu antikelemumur adalah ketoconazole, selenium sulfide, asid salisilik, sulfur, tar arang batu, atau zink pyrithione.

punca kelemumur

Ketoconazole, sulfur dan tar arang batu lebih berkesan untuk keadaan ini yang disebabkan oleh seborrheic dermatitis. Asid salisilik berfungsi lebih baik bagi mereka yang mempunyai kelemumur yang disebabkan oleh psoriasis.

Jika syampu di farmasi tidak membantu, atau jika anda menyedari keadaan anda menjadi semakin teruk, sebaiknya dapatkan bantuan perubatan.

Doktor anda boleh memberi anda losyen kortikosteroid sebagai rawatan topikal. Perlu dinyatakan bahawa losyen kortikosteroid boleh menipiskan kulit anda dan menyebabkan kesan sampingan. Jadi, ia tidak boleh digunakan untuk tempoh masa yang lama, kecuali atas arahan doktor anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Dandruff. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/dandruff/home/ovc-20215279. Accessed May 7, 2017.
  2. How to treat dandruff. https://www.aad.org/public/everyday-care/hair-scalp-care/scalp/treat-dandruff. Accessed September 1, 2021
  3. Home remedies to cure dandruff. https://pharmeasy.in/blog/15-home-remedies-to-cure-dandruff-naturally/. Accessed September 1, 2021
  4. What is the best way to treat severe dandruff? https://www.health.harvard.edu/skin-and-hair/what-is-the-best-way-to-treat-severe-dandruff. Accessed September 1, 2021
  5. Dandruff symptoms and causes. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/dandruff/symptoms-causes/syc-20353850. Accessed September 1, 2021

Versi Terbaru

21/12/2021

Ditulis oleh JX Chan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Daun Lidah Buaya Bukan Setakat Bagus Untuk Rambut & Kulit, Tapi Boleh Juga Rawat Luka!

Masalah Botak & Rambut Beruban? Anda Berisiko Hidap Sakit Jantung


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 21/12/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan