backup og meta

6 Punca Rambut Gugur

Helaian rambut semakin banyak pada sikat rambut dan di lantai? Kegusaran mengenai rambut yang semakin gugur boleh menyebabkan anda kurang keyakinan diri kerana lama-kelamaan rambut semakin menipis dan anda akan berdepan dengan masalah kebotakan. Berikut adalah beberapa sebab umum anda mengalami keguguran rambut.

6 Punca Rambut Gugur

1. Tekanan

Tekanan adalah punca biasa bagi masalah keguguran rambut. Tekanan menyebabkan badan mengamalkan proses biologi yang tidak normal dan mengganggu keadaan biasa dalam badan, dan kadang-kadang tidak dapat diramalkan.

Tekanan itu sendiri berbeza-beza pada setiap orang, dan untuk sesetengah tekanan boleh menyebabkan keguguran rambut atau penipisan rambut. Tekanan sering memberi kesan kepada fasa telogen kitaran pertumbuhan rambut dengan meningkatkan jumlah rambut yang gugur pada fasa ini.

2. Terlebih mendandan rambut

Aktiviti mendandan rambut yang berlebihan setiap hari boleh menyebabkan keguguran rambut. Jika anda suka gaya rambut toncang ketat (bun ballerina), rambut akan menipis akibat daya tarikan alopecia iaitu satu situasi di mana ketegangan berlaku disebabkan oleh gaya rambut terutamanya di sekitar garis rambut dan di belakang telinga.

Selain itu, pelindung kimia untuk meluruskan rambut, rawatan minyak panas atau apa-apa jenis bahan kimia yang keras atau bersuhu tinggi boleh menjejaskan akar rambut dan rambut tidak akan tumbuh kembali.

3. Folikel rambut tersekat

Rambut yang menawan memerlukan akar yang bagus. Jadi kulit kepala yang tidak sihat boleh mempengaruhi pertumbuhan rambut dan menyebabkannya tersekat. Oleh itu anda perlu memilih produk yang direka khas bagi menguatkan rambut dan kulit kepala, membersihkan kulit kepala serta menyingkirkan sel-sel kulit mati supaya rambut kekal sihat.

4. Pemakanan

Pemakanan menjadi salah satu faktor yang boleh mempengaruhi setiap keadaan tubuh termasuk masalah rambut gugur. Anda mungkin beranggapan sudah mendapatkan makanan yang sihat khususnya apabila dalam pelan perancangan diet namun tanpa sedar diet ketat mungkin salah satu penyebab kepada keguguran rambut.

Menurut Akademi Dermatologi Amerika, sekiranya anda tidak mendapatkan protein yang mencukupi dalam diet, tubuh akan mendapatkan protein dengan mematikan pertumbuhan rambut.  

5. Kimoterapi

Sesetengah ubat yang digunakan untuk mengalahkan kanser tetapi ia juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Ia menghancurkan sel-sel yang membelah dengan cepat. Ini bermakna sel-sel kanser, tetapi juga memecahkan sel seperti rambut dengan cepat.

6. Kesan ubat-ubatan

Pengambilan sesetengan ubat-ubatan boleh menggalakkan keguguran rambut. Lebih umum di antaranya adalah ubat mencair darah tertentu dan ubat tekanan darah yang dikenali sebagai beta-blokers. Ubat lain yang mungkit menyebabkan rambut gugur adalah methotrexate (digunakan untuk merawat keadaan reumatik dan beberapa keadaan kulit), litium (untuk gangguan bipolar), ubat anti-radang nonsteroid (NSAIDs) termasuk ibuprofen, dan mungkin antidepresan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

21 Reasons Why You’re Losing Your Hair http://www.health.com/health/gallery/0,,20727114,00.html Accessed on June 26, 2018.

Semakin Hari Semakin Banyak Helaian Rambut Kamu Bertaburan Di Lantai? http://cosmopolitan.my/7-punca-utama-rambut-gugur/ Accessed on June 26, 2018.

ASIAN WOMEN HAIR LOSS https://www.scalpmed.com/2018/01/asian-women-hair-loss/ Accessed on June 26, 2018.

Versi Terbaru

05/12/2019

Ditulis oleh Farah Aziz

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

5 Treatment Rambut Gugur Yang Anda Mesti Cuba, No. 4 Boleh Buat Di Rumah!

Pakai Cekak Boleh Buat Rambut Rosak? Ini 4 Tip Pilih Aksesori Rambut Yang Betul!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan