Sedang mencari skin care terbaik untuk kulit kusam? Tepat sekali pilihan anda untuk membaca perkongsian artikel ini bagi mengetahui cara mengembalikan keremajaan kulit!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Masalah kulit kusam
Sebelum mengetahui apakah skin care terbaik untuk kulit kusam, ayuh kita fahami terlebih dahulu masalah keserian kulit yang hilang ini.
Dalam penjagaan kulit, kekusaman pada dasarnya merujuk kepada kekurangan cahaya atau ketidakupayaan untuk memantulkan cahaya dengan baik.
Kulit yang mengalami kekusaman mungkin kelihatan kering, bertompok-tompok, pucat atau tidak bermaya.
Selain itu, kekusaman juga sering disertai dengan tekstur kulit tidak sekata kerana kulit kurang mampu memantulkan cahaya secara seragam.
Skin care terbaik untuk kulit kusam: Fahami puncanya dahulu
Kulit adalah organ terbesar badan, jadi tidak hairanlah jika ia mudah berubah disebabkan faktor sekeliling.
Berikut beberapa punca biasa mengapa kulit tampak kekusaman:
Dehidrasi
Sekiranya anda tidak minum air secukupnya, ia mungkin akan menjejaskan penampilan diri.
Bahkan, ada kajian mendapati wujud hubungan kuat antara pengambilan air mencukupi dengan memiliki kulit yang sihat. Jadi pastikan pengambilan air mencukupi setiap hari, okay?

Minum air mencukupi mengikut keperluan diri setiap hari dapat meningkatkan penghidratan daripada bawah permukaan kulit.
Di samping itu, penggunaan serum muka yang menghidratkan juga membantu mengikat kelembapan pada lapisan kulit atas.
Kekurangan kelembapan
Antara skin care terbaik untuk kulit kusam adalah pelembap. Tidak menggunakan pelembap terutamanya jika kulit anda cenderung kering boleh menjejaskan kesihatan dan kecergasan kulit.
Menggunakan pelembap 2x sehari boleh membantu melembapkan dan melindungi lapisan atas kulit yang halus.
Pengumpulan sel kulit mati
Kulit dengan semula jadi membuang sel mati secara tetap untuk memberi laluan kepada sel baharu.
Namun ada kalanya sel kulit mati terkumpul di permukaan wajah, sekali gus mengakibatkan kulit kering, kusam, mengelupas dan bertompok.
Kekeringan
Kulit kering akan cepat tampak kusam dan tidak bermaya. Ini terutamanya semasa musim sejuk, apabila udara sejuk dan kering atau jika anda tinggal di persekitaran iklim yang mempunyai kelembapan sangat rendah.
Penggunaan tembakau
Merokok dipercayai antara faktor penyumbang kepada penuaan kulit pramatang.
Ini kerana merokok menjejaskan pengeluaran kolagen dan merendahkan gentian elastik dan tisu penghubung dalam kulit. Ia juga boleh meningkatkan tekanan oksidatif dalam sel kulit.
Kesemua faktor di atas boleh mempercepatkan proses penuaan dan menyumbang kepada kulit yang kelihatan kusam.
Penuaan
Penuaan adalah sebahagian daripada kehidupan yang tidak dapat dielakkan, begitu juga dengan kulit semakin tua.
Walaupun anda tidak dapat mengawal proses penuaan, namun terdapat rutin penjagaan kulit yang boleh membantu membekalkan kulit dengan khasiat dan penghidratan diperlukan untuk kekal sihat serta bertenaga.
Skin care terbaik untuk kulit kusam
Teruskan membaca untuk mengetahui regimen penjagaan kulit pagi dan malam yang penting untuk merawat kulit kusam.
Produk waktu pagi
Langkah 1: Mencuci
Rutin pagi yang sempurna haruslah dikekalkan secara ringkas dan mudah.
Bagi mendapatkan skin care terbaik untuk kulit kusam, pilihlah produk pencuci muka yang dapat memberikan perlindungan pada kulit dan memberikan cahaya semula jadi. Cuba cari pencuci dengan kandungan antioksidan.
Langkah 2: Serum asid hyaluronik
Asid hyaluronik merupakan serum harian yang bagus untuk digunakan semua jenis kulit – daripada kulit berminyak hingga sangat kering – kerana ia bersifat ringan.
Malah jika kulit anda sangat berminyak, ini pilihan terbaik untuk digunakan setiap hari bagi membantu mengawal pengeluaran minyak dan mengurangkan serta mencegah jerawat.
Baca juga:
https://hellodoktor.com/sihat-bergaya/penjagaan-kulit/pakai-serum-dulu-atau-toner/
Langkah 3: Vitamin C + pelembap
Vitamin C untuk perlindungan tambahan terhadap UV, kerana ia adalah antioksidan yang kuat dan jangan lupa untuk memakai krim pelembap!
Langkah 4: Pelindung matahari
Akhir sekali, carilah pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF30. Jangan keluar rumah tanpa menggunakannya.
Skin care terbaik untuk kulit kusam #Produk waktu malam
Langkah 1: Mencuci
Anda boleh menggunakan pembersih yang sama pada waktu malam seperti digunakan sebelah pagi.
Langkah 2: Pengelupasan
Selepas mencuci muka, lakukan pengelupasan untuk membuang sel kulit mati pada lapisan luar kulit.
Pengumpulan sel kulit mati itu boleh menyumbang kepada kekusaman dan menghalang produk penjagaan kulit lain untuk menembusi kulit sedalamnya bagi berfungsi dengan berkesan. Lakukan 3x seminggu untuk hasil yang lebih baik.
Langkah 3: Serum asid hyaluronik
Selepas melakukan pengelupasan, serum adalah langkah seterusnya. Oleh sebab ia lebih nipis dan saiz molekul yang kecil, serum dapat meresap dengan baik selepas pengelupasan dan sebelum penggunaan krim.
Sekiranya anda tidak melakukan pengelupasan pada hari tersebut, sapukan serum selepas mencuci.
Untuk kulit kusam, pilihan serum terbaik adalah dengan gabungan asid hyaluronik dan peptida.
Langkah 4: Pelembap
Lengkapkan rejimen penjagaan kulit malam dengan pelembap.

Penggunaan topeng muka
Merawat diri dengan masker muka jenis sheet mask adalah satu lagi rawatan terbaik bagi mengatasi kulit kusam.
Carilah topeng yang mengandungi:
- Antioksidan
- Asid hyaluronik
- Shea butter
- Bahan-bahan lain yang menghidrat dan mencerahkan kulit
Secara umum, anda boleh menggunakan topeng muka 1 hingga 3 kali seminggu, tetapi ini bergantung pada produk dan jenis kulit. Pastikan anda membaca arahan sebelum menggunakan topeng muka pada kulit.
Sekiranya terdapat soalan tentang kulit atau produk yang hendak digunakan, pastikan anda berbincang dengan doktor atau pakar dermatologi.






















