Paronikia ialah infeksi kulit yang berlaku sekitar kuku tangan dan kuku kaki. Lipatan kuku yang terjangkit akan kelihatan bengkak, radang dan mungkin nyeri. Ianya mungkin disebabkan infeksi yis atau jangkitan bakteria atau mungkin beberapa jenis fungi lain. Paronikia boleh membentuk perlahan dan kekal berminggu-minggu atau muncul secara tiba-tiba dan bertahan sekitar satu atau dua hari. Jika dibiar tanpa dirawat, ia boleh mengakibatkan infeksi serius atau mungkin juga kehilangan sebahagian dari kuku anda.
Di Amerika Syarikat, paronikia ialah infeksi tangan paling biasa berlaku, mewakili 35% daripada masalah ini. Infeksi ini biasanya berlaku pada wanita berbanding lelaki, dengan nisbah wanita-lelaki sebanyak 3:1. Ia boleh dihidapai oleh pesakit pada mana-mana peringkat usia. Anda boleh mengurangkan menghidap penyakit ini dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom biasa paronikia antranya ialah:
Sekiranya tidak dirawat, jangkitan boleh merebak pada kulit lapisan tebal sekitar kuku (eponychium) untuk menanggalkan kuku.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Sekiranya anda mengalami tanda atau simptom dinyatakan di atas atau mempunyai apa-apa persoalan, sila berbincang dengan doktor anda. Setiap orang mempunyai fungsi tubuh berbeza. Adalah lebih baik sekiranya anda berbincang dengan doktor anda tentag solusi terbaik bagi situasi anda.
Ada banyak punca jangkitan pada paronikia. Bagaimanapun, yang paling biasa adalah:
Kadangkala paronikia boleh berlaku kerana kuku anda berada dalam persekitaran yang sesuai untuk menarik bakteria, contohnya:
Ada banyak faktor risiko bagi paronikia, contohnya:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor anda boleh mendiagnosis paronikia dengan melihat pada kuku yang dijangkiti. Jika diperlukan, mereka akan mengarahkan ujian sampel seperti nanah atau ciran yang dikeluarkan dari kuku yang dijangkiti untuk mencari punca infeksi bagi mencari rawatan yang terbaik.
Jika anda mengalami paronikia yang sederhana, yang anda perlukan cumalah rawatan di rumah. Anda boleh mencuba merendam tangan dalam air suam 2-3 kali sehari bagi mengurangkan bengkak dan kesakitan. Ubat penahan sakit, seperti paracetamol atau ibuprofen, biasanya berfungsi dengan baik untuk melegakan apa-apa jenis kesakitan. Selepas direndam, anda boleh menyapu krim antibiotik sekiranya jangkitan anda disebabkan oleh bakteria.
Sekiranya jangkitan anda membentuk mukus, doktor anda akan mula menyedut mukus terlebih dahulu kemudian memberi anda ubatan antibiotik untuk dibawa ke rumah. Sebahagian dari kuku mungkin perlu dibuang (dipotong).
Sekiranya anda mengalami paroniki fungal, pengamal kesihatan anda boleh memberi preskripsi ubatan tablet antifungal atau krim. Pastikan tangan anda kering dan sapukan bahan pengering kulit sekiranya diperlukan.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi paronikia:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Paronychia Medication. http://emedicine.medscape.com/article/1106062-medication . Accessed July 23, 2016.
Paronychia. https://medlineplus.gov/ency/article/001444.htm Accessed July 23, 2016.
What is paronychia? http://patient.info/health/paronychia-leaflet . Accessed July 23, 2016.
Paronychia (Nail Infection).http://www.emedicinehealth.com/paronychia_nail_infection/article_em.htm . Accessed July 23, 2016.
Paronychia (Nail Infection). http://my.clevelandclinic.org/health/diseases_conditions/hic-paronychia-nail-infection . Accessed July 23, 2016.
Versi Terbaru
13/09/2019
Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel