Pelbagai jenis benjolan atau ketulan boleh muncul pada kulit. Adakalanya kita sendiri kurang pasti apakah ia, sama ada bisul atau jerawat. Jom ketahui beza bisul dan jerawat.
Benjolan merah atau putih boleh menjadi jerawat. Namun begitu ia mungkin juga bisul. Ini kerana pertumbuhan jerawat atau bisul ini boleh kelihatan sama pada awalnya.
Beza bisul dan jerawat
Jerawat adalah kecil, jangkitan setempat, biasanya dalam kelenjar minyak tunggal di dalam kulit.
Jerawat boleh muncul di mana-mana tempat di tubuh anda yang terdapat kelenjar minyak, dan ia umumnya lebih kecil daripada bisul.
Terdapat beberapa jenis jerawat yang kelihatan berbeza da dikenali dengan nama lain iaitu bintik putih (whiteheads), bintik hitam (blackheads), papules, pustules dan nodules.
Manakala bisul adalah jangkitan poket di dalam dan di bawah kulit. Istilah perubatan bagi bisul adalah abscess.
Sepanjang hari, poket jangkitan ini akan mengumpulkan nanah, mula membengkak, tisu parut membentuk rongga yang menyakitkan.
Rongga ini akan mengembang dan kulit akan bertukar menjadi merah apabila bisul menjadi lebih besar.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit lain, sila dapatkannya di sini.
Faktor risiko jerawat dan bisul
Jerawat
Jerawat boleh dikaitkan dengan peningkatan usia remaja, tetapi anda boleh mengalaminya tanpa mengira peringkat umur.
Anda lebih cenderung untuk mendapatkan jerawat jika mengalami perubahan hormon, seperti semasa akil baligh dan kehamilan, atau apabila anda mula atau berhenti mengambil pil kawalan kelahiran.
Beberapa sebab lain jerawat termasuk:
- Mengambil ubat tertentu, seperti steroid, ubat anti-sawan, atau litium
- Makan makanan tertentu, termasuk makanan tenusu dan tinggi karbohidrat
- Menggunakan produk kosmetik yang menyumbatkan liang pori, yang dianggap comedogenic
- Sedang mengalami tekanan
- Mempunyai ibu bapa yang mempunyai jerawat
Baca juga:
- Hentikan Tabiat Memegang Muka, Tangan Kotor Anda Antara Punca Jerawat!
- Rimas Dengan Jerawat Di Kepala? Nak Sikat Rambut Pun Pedih? Ini Cara Atasinya
Bisul
Sesiapa sahaja boleh mendapat bisul, tetapi paling biasa dalam kalangan remaja dan golongan dewasa muda, terutama lelaki. Faktor risiko lain termasuk:
- Mempunyai diabetes, yang menjadikan anda lebih terdedah kepada jangkitan
- Berkongsi tuala, pisau cukur, atau barang kebersihan peribadi lain dengan seseorang yang mempunyai bisul
- Mempunyai ekzima
- Sistem imun yang lemah
Bagaimanapun, seseorang yang mempunyai jerawat juga lebih cenderung mendapat bisul.
Cara beza bisul dan jerawat
Asal usul
Jerawat disebabkan oleh penyumbatan dalam folikel rambut. Penyumbatan itu disebabkan oleh kelebihan pengeluaran minyak oleh kelenjar minyak di kulit serta penumpukan kulit mati.

Sebaliknya, bisul disebabkan oleh jangkitan bakteria di folikel. Bakteria yang menyebabkan bisul dan carbuncles adalah Staphylococcus aureus, atau “staph“.
Jangkitan staph adalah akibat daripada bersentuhan dengan orang yang dijangkiti atau bersentuhan dengan item yang tercemar, seperti tuala.
Rupa/Penampilan
Untuk beza bisul dan jerawat agak sukar. Ini kerana jerawat dan bisul mungkin mempunyai penampilan yang sama, terutamanya jika bisul baru mula terbentuk.
Kedua-dua jerawat dan bisul mungkin kelihatan merah dan timbul/membonjol.
Walau bagaimanapun, bisul boleh menjadi lebih besar daripada jerawat. Bisul juga boleh bergabung dan membentuk carbuncles, yang merupakan sekumpulan bisul yang menyambung dan membentuk satu kepala.
Bisul dan carbuncles biasanya sangat keras dan menyakitkan, sedangkan jerawat tidak keras dan mungkin atau tidak menyebabkan rasa sakit.
Baca juga:
- https://hellodoktor.com/sihat-bergaya/penyakit-kulit/jenis-bisul-tanpa-mata/
Beza bisul dan jerawat: Bahagian kulit
Salah satu cara untuk membezakan antara jerawat dan bisul adalah lokasinya.
Jerawat selalunya muncul di muka, belakang, dan dada kerana ia adalah tempat kelenjar minyak menjadi terlalu aktif dan menyumbatkan folikel.
Sebaliknya, bisul biasanya muncul di kawasan kulit yang terdapat banyak bakteria seperti lipatan kulit, pangkal paha, punggung, ketiak, atau dalaman peha.
Walau bagaimanapun bisul dan jerawat juga boleh muncul di sekitar hidung atau di leher.
Rawatan
Jerawat akan hilang sendiri tanpa rawatan, tetapi anda boleh menggunakan ubat bukan preskripsi atau salap preskripsi atau antibiotik untuk merawatnya.
Namun, bisul memerlukan rawatan perubatan.
Sekiranya tidak dirawat, Staphylococcus aureus boleh menyebabkan komplikasi yang serius, seperti septisemia, jangkitan otak atau saraf tunjang, jangkitan jantung atau artritis septik.
Bagi rawatan jerawat, jumpa pakar dermatologi jika:
- Jerawat anda banyak
- Rawatan bukan preskripsi tidak berfungsi
- Tidak berpuas hati dengan penampilan diri, atau jerawat menjejaskan harga diri anda
Bisul kecil cukup mudah untuk dirawat sendiri. Tetapi jumpa doktor jika bisul:
- Muncul di muka atau tulang belakang anda
- Sangat menyakitkan
- Lebih besar daripada 2 inci
- Menyebabkan demam
- Tidak sembuh dalam masa beberapa minggu, atau terus kembali






















