Tahukah anda punca dan cara untuk banyak air ketika bersama suami?
Tahukah anda punca dan cara untuk banyak air ketika bersama suami?

Seks adalah antara perkara yang sangat penting dalam kehidupan setiap pasangan suami isteri.
Tanpanya, maka akan hambar dan tidak sempurnalah kehidupan di kamar tidur buat kalian berdua.
Pun begitu, ia tidak selalunya indah kerana ada sahaja masalah yang boleh timbul ketika projek asmara.
Kadangkala, ada isteri yang akan mengadu sakit tatkala ditusuk suami ketika sedang asyik melakukan proses penetrasi zakar ke dalam faraj. Kenapa?
Tentu sekali ia adalah disebabkan faraj kurang basah. Jom kita ikuti artikel ini untuk tahu cara mengatasinya!
Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu apa punca sebenar faraj kering terlebih dahulu.
Faraj kurang basah adalah disebabkan oleh kekurangan air yang keluar pada permukaan alat sulit wanita ketika zakar memasukinya.
Cecair ini adalah penting untuk dijadikan sebagai pelincir semula jadi bagi memudahkan proses senggama.

Namun, tidak semua isteri mampu menghasilkan banyak air ketika bersama suami disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah:
Kelembapan miss V wanita adalah sangat bergantung kepada tahap estrogen dalam tubuh badan dan jika ia menurun secara mendadak maka kondisi faraj kering boleh terjadi.
Menopaus bukan satu-satunya perkara yang akan mengurangkan kadar estrogen malah terdapat perkara lain seperti penyusuan susu badan serta pengambilan pil perancang.
Ubatan tertentu yang digunakan untuk merawat fibroid, endometriosis, asma, kanser atau penyakit mental boleh jadi punca isteri kurang air ketika bersama suami.
Bukan itu sahaja, rawatan tertentu seperti pembedahan pembuangan ovari serta ‘douche’ alat sulit wanita juga boleh menjadi punca yang menyebabkan masalah ini.
Foreplay atau ringan-ringan adalah adegan asmara sebelum proses penetrasi dijalankan.
Ia merangkumi bersentuhan, berpelukan, berciuman dan menikmati tubuh badan masing-masing bagi merangsang nafsu syahwat.
Proses ini sangat perlu dilakukan sebelum memasukkan zakar ke dalam faraj bagi memastikan isteri banyak air ketika bersama suami.
Kitaran menstrual wanita akan menentukan peningkatan dan penurunan hormon estrogen.
Sewaktu anda baru mula atau habis datang bulan, inilah ketika kadar hormon estrogen menurun lantas mengakibatkan masalah faraj kering.
Dalam pada itu, penggunaan tampon semasa haid juga akan mendatangkan impak sama kerana ia dicipta khas untuk menyerap kelembapan.
Buat anda yang belum tahu, rangsangan seksual bukan sahaja bergantung kepada tindak balas fizikal semata-mata malah mental juga.
Stres boleh mengakibatkan kondisi yang dinamakan ‘mental block’ sekali gus menyukarkan rangsangan serta pengeluaran cecair dari faraj.
Oleh itu, cuba elak stres demi seks di kamar tidur yang lebih sihat dan sejahtera.
Baiklah, sekarang kita sudah tahu punca faraj kering ketika melakukan hubungan seks.
Persoalannya, apa yang boleh dilakukan untuk isteri banyak air ketika bersama suami?
Jawapannya adalah penting untuk kalian teliti semua punca di atas dan lakukan sebaliknya!

Selain itu, para wanita juga mungkin boleh cuba amalkan 7 jenis makanan berikut untuk kesihatan miss V serta kehidupan seks yang lebih baik.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
20/07/2022
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
Diperbaharui oleh: Nurul Halifah