backup og meta

2 Sebab Kenapa Ada Kondom Berperisa Untuk Anda, Bukan Suka-Suka Cipta Ya!

Ya, ia wujud. Kalau anda tidak pernah membeli kondom sebelum ini, mungkin anda tidak perasan bahawa terdapatnya kondom berperisa yang dijual di kedai serbaneka dan juga di farmasi.

2 Sebab Kenapa Ada Kondom Berperisa Untuk Anda, Bukan Suka-Suka Cipta Ya!

Namun, timbul satu persoalan penting berkaitan inovasi ini – kenapa ia dicipta?

Kondom? Raw je!

Wow! Gemar living dangerously nampak? Memang betul, penggunaan kondom akan, sedikit sebanyak, mengganggu kenikmatan hubungan intim!

Namun, terdapat keadaan di mana penggunaanya adalah sangat digalakkan.

Sebagai contoh, jika anda tidak merancang untuk mendapatkan zuriat, penggunaan kondom adalah kaedah pencegah kehamilan yang murah, mudah di dapat dan juga berkesan.

Selain itu, ia juga dapat mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit jangkitan kelamin seperti HIV, sifilis dan juga chlamydia.

kondom berperisa

Oleh itu, jika anda seseorang yang aktif melakukan hubungan seks dengan lebih daripada satu pasangan, penggunaan kondom adalah sangat disarankan. 

Jadi, kenapa ada jenis yang berperisa?

Jangan risau, bukan anda seorang sahaja yang terpaksa menggaru kepala, cuba memikirkan kenapa adanya kondom berperisa.

Adakah saluran faraj mampu mengesan dan memproses perisa yang terdapat pada kondom tersebut?

Adakah pasangan wanita itu turut berasa lapar ketika melakukan hubungan seks?

Sebenarnya, terdapat beberapa sebab yang mendorong kewujudan kondom berperisa ini. Salah satunya adalah untuk menyemarakan hubungan intim anda.

Kondom biasa tidak mempunyai bau atau perisa yang menarik.

Sebaliknya, untuk anda yang kerap menggunakannya, anda akan tahu bahawa bau dan rasa kondom tradisional adalah seperti getah kerana jelas sekali, kondom diperbuat daripada getah.

Gabungan bau dan rasa yang tidak menyelerakan ini menyebabkan kondom tradisional hampir selalunya tidak digunakan ketika seks oral.

Ketiadaan perlindungan ketika melakukan seks oral menyebabkan pemberi blowjob berisiko untuk menerima jangkitan daripada pasangan lelaki.

Bagi menyelesaikan masalah ini, inovasi kondom berperisa telah dihasilkan.

Perisa yang ditambah pada bahagian luaran kondom ini bertujuan untuk meningkatkan penerimaannya oleh pasangan wanita di samping melindungi mereka daripada penyakit jangkitan kelamin.

Selain itu, kepelbagaian perisa yang ada membolehkan pasangan mencuba perisa-perisa yang berbeza sekali gus menyemarakkan hubungan intim.

kondom berperisa

Untuk rakyat Malaysia, terdapat juga kondom yang mempunyai perisa tempatan seperti rendang

Tuntasnya, inovasi kondom berperisa ini mempunyai tujuannya yang tersendiri.

Kondom adalah alat pencegah kehamilan yang berkesan di samping member perlindungan daripada jangkitan kelamin.

Oleh itu, stigma terhadap penggunaan kondom perlu dihapuskan dan anda berhak untuk mendapatkan hubungan intim yang lebih ‘berperisa’.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 7 BEST FLAVORED CONDOMS [BUYER GUIDE], https://www.nearinternational.org/guides/best-flavored-condoms/, Accessed Jun 28 2021.
  2. Condoms, https://my.clevelandclinic.org/health/drugs/9404-condoms, Accessed Jun 28 2021.
  3. Male condoms, https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/condoms/about/pac-20385063, Accessed Jun 28 2021.
  4. What are the disadvantages of condoms?, https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/condom/what-are-the-disadvantages-of-condoms, Accessed Jun 28 2021.
  5. EVERYTHING YOU NEED TO KNOW ABOUT FLAVOURED CONDOMS, https://www.durex.co.uk/blogs/explore-sex/everything-you-need-to-know-about-flavoured-condoms, Accessed Jun 28 2021.

Versi Terbaru

25/02/2022

Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Cabut Kondom Tanpa Izin Ketika Bersetubuh Dikira Serangan Seksual, Wanita Kena Ambil Tahu Ini!

Siapa Kata Seks Oral Tidak Perlu Guna Kondom? Fikirkan Semula Lepas Baca Ini...


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 25/02/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan