Sakit perut adalah rasa sakit di bahagian abdomen. Dengan pelbagai nama yang diberikan berkenaan keadaan ini, mereka semua merujuk kepada jenis sakit yang berlaku di bahagian abdomen. Organ-organ utama yang terletak di kawasan abdomen termasuk: usus anda (kecil dan besar), buah pinggang, apendiks (sebahagian daripada usus besar), limpa, perut, pundi hempedu, hati, dan pankreas. Mana-mana jangkitan atau kerosakan pada organ-organ ini boleh menyebabkan sakit perut.
Masalah kesihatan ini adalah biasa. Ia boleh menjejaskan pesakit pada sebarang peringkat umur; Walau bagaimanapun, wanita lebih mudah terdedah kepada masalah ini. Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom-simptom bagi sakit perut adalah:
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Anda perlu menghubungi doktor anda jika anda mempunyai simptom yang tersenarai di atas dan yang berikut:
Terdapat banyak punca yang boleh dikenal pasti. Sebab-sebab yang paling biasa adalah ketakcernaan (indigestion), sembelit, virus perut, keracunan makanan, alahan makanan, angin, intolerans laktosa, batu ginjal, dll.
Terdapat banyak faktor risiko untuk sakit perut, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Diagnosis sakit perut adalah berdasarkan ciri-ciri kesakitan, pemeriksaan fizikal, dan ujian. Kadang-kadang, pembedahan diperlukan untuk kes yang lebih rumit.
Rawatan sakit perut bergantung kepada punca-puncanya. Ia boleh meliputi daripada ubat-ubatan kepada perubahan tabiat. Dalam sesetengah kes, seperti radang apendiks dan hernia, pembedahan mungkin diperlukan.
Gaya hidup dan pengubatan sampingan yang berikut boleh membantu anda mengatasi masalah kesihatan ini:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Stomach ache and abdominal pain http://www.nhs.uk/conditions/stomach-ache-abdominal-pain/Pages/Introduction.aspx. Accessed July 28, 2016.
Abdominal Pain http://www.webmd.com/pain-management/guide/abdominal-pain-causes-treatments. Accessed July 28, 2016.
Versi Terbaru
13/05/2022
Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Diperbaharui oleh: Maria Stork