Masalah perut kembung boleh berlaku kepada semua orang. Hello Doktor ada cara mengeluarkan angin di perut dengan cepat ini, pastinya dapat memberikan kelegaan.
Masalah perut kembung boleh berlaku kepada semua orang. Hello Doktor ada cara mengeluarkan angin di perut dengan cepat ini, pastinya dapat memberikan kelegaan.

Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Kembung adalah apabila perut berasa penuh dan menyebabkan ketidakselesaan, digambarkan seperti mempunyai belon di dalam perut.
Perut berangin dan kembung ini boleh terjadi disebabkan pelbagai punca seperti anda makan terlalu cepat, makan terlalu sedikit atau terlalu banyak serat, pengambilan garam berlebihan, kurang air dalam badan, sembelit atau disebabkan PMS.
Tidak kira apa jua penyebabnya, gejala kembung ini yang dialami akan membuatkan anda ingin menghilangkannya, betul tak?
Pelbagai saranan daripada pakar tentang makanan dan minuman yang dapat menghilangkan kembung.
Namun ada tip lebih mudah untuk menyingkirkan ketidakselesaan perut kembung dengan segera, iaitu melalui teknik regangan badan!
Ya, anda mungkin terkentut. Tetapi itu apa yang diperlukan tubuh ketika kembung.
Apa yang anda perlukan hanyalah tikar senaman dan bersedia untuk mengeluarkan angin!
Seperti namanya ia merupakan cara mengeluarkan angin di perut dengan cepat.
Apa yang perlu anda lakukan adalah berbaring secara menelentang dan menarik lutut ke dada dengan kedua-dua tangan.
Keadaan ini membolehkan anda membuka sedikit pinggul dan meregangkan bahagian belakang tubuh.
Cara mengeluarkan angin di perut dengan cepat yang seterusnya adalah secara perlahan-lahan turunkan lutut ke sebelah sisi dan badan masih berbaring secara terlentang di atas tikar senaman.
Depakan tangan seakan berbentuk T dan pastikan lutut serta pinggul sejajar antara satu sama lain. Bahagian dada perlu menghadap ke atas.
Usah bimbang jika bahu bergerak sedikit tetapi yang sebaiknya adalah memastikan bahu rata di atas tikar. Keadaan ini membolehkan tubuh meregang lebih mendalam.

Selain itu, anda juga boleh melakukan senaman yoga lain bagi membantu mengatasi masalah perut kembung seperti:
Teknik yoga cat-cow juga dapat membantu masalah penghadaman dan kembung. Dalam teknik ini anda akan meregang dan memampatkan usus bagi menggalakkan pergerakan.
Teknik torso twist atau pusingan batang tubuh dapat meningkatkan aliran dan peredaran darah – perkara yang amat diperlukan apabila mengalami perut kembung.
Baca juga:
https://hellodoktor.com/penyakit-perut-gastrousus/perut-kembung/makanan-berangin-kembung/
Seakan child pose, teknik ini sesuai dilakukan jika anda makan terlalu banyak. Ia akan membantu melegakan anda dan juga perut.
Seperti teknik cobra pose, teknik ini akan meregangkan tubuh dan organ pencernaan – membantu melancarkan penghadaman.

Sekiranya masalah kembung berterusan dan menyebabkan rasa ketidakselesaan melampau walaupun selepas menukar diet ataupun mencuba cara mengeluarkan angin di perut dengan cepat ini, lakukan pemeriksaan doktor.
Masalah kembung adalah isu biasa tetapi ia juga boleh menjadi petanda awal kanser ovari kepada wanita.
Pemeriksaan doktor yang dilakukan dapat membantu untuk mengenal pasti sama ada keadaan anda serius atau tidak.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
22/06/2022
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Nurul Halifah
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor