backup og meta

Ke Mana Makanan Anda Pergi?

Pernahkah anda terfikir ke manakah makanan yang anda makan pergi setiap kali makan?

Ke Mana Makanan Anda Pergi?

Badan manusia mempunyai pelbagai sistem yang saling berinteraksi antara satu sama lain. Antara sistem yang ada adalah:

  • Sistem kardiovaskular – jantung dan peredaran darah.
  • Sistem pernafasan.
  • Sistem saraf.
  • Sistem penghadaman.
  • Sistem endokrin.
  • Sistem imun.

Setiap sistem memainkan peranan yang tersendiri dalam memastikan badan berfungsi dengan baik. Dalam artikel ini pula kita akan memfokuskan pada sistem penghadaman untuk mengetahui ke mana makanan yang kita makan pergi.

Dari mulut hingga ke dubur

Sistem penghadaman terdiri daripada organ yang bermula daripada mulut hingga dubur. Antara keduanya terdapat organ:

  • Mulut
  • Kelenjar air liur.
  • Esofagus.
  • Perut.
  • Hempedu.
  • Pankreas
  • Usus kecil – duodenum, jejunum, ileum.
  • Usus besar.
  • Rektum.
  • Anus (dubur).

Makanan yang ditelan akan melalui semua organ ini. Sebahagiannya akan digunakan oleh badan manakala sebahagiannya akan dibuang keluar melalui najis.

Badan anda menguraikan nutrisi daripada makanan

Apa yang anda makan mempunyai nutrisi tertentu. Sebagai contoh, sayur mengandungi serat. Namun, sayur tersebut perlu diuraikan untuk mendapatkan serat tersebut.

Terdapat pelbagai jenis enzim di sepanjang sistem penghadaman yang berperanan menguraikan pelbagai jenis makanan (karbohidrat, lemak, protein, serat) agar boleh digunakan oleh sel-sel di dalam badan. Tanpa enzim ini, semua yang masuk ke dalam badan tidak akan bermanfaat dan akan terus dibuang.

Selain enzim, pergerakan esofagus, perut serta usus yang mengembang dan mengecut (peristalsis) juga membantu melembutkan serta memudahkan lagi proses penghadaman. Jika proses ini terganggu, akan berlaku gangguan kepada sistem dalam bentuk cirit-birit atau sembelit.

Setiap penyakit bermula daripada perut

Seorang saintis yang digelar sebagai Bapa Perubatan iaitu Hippocrates pernah berkata, “Setiap penyakit bermula daripad perut.”

Walaupun tidaklah semua penyakit tetapi apa yang diperkatakan adalah betul kerana banyak penyakit berpunca daripada pemakanan yang kurang sihat. Kegagalan menjaga diet yang sihat boleh membawa kepada obesiti, tinggi kolesterol dan kadar gula darah yang tinggi. Keadaan ini meningkatkan risiko kepada penyakit kronik utama seperti penyakit jantung, kencing manis dan strok.

Oleh itu, sila kawal pemakanan anda. Perut yang besar bukan tanda bahagia tetapi sebaliknya petanda kepada bahaya!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Your Digestive System and How it Works – https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/digestive-system-how-it-works

How does digestive system work – http://www.ibdclinic.ca/what-is-ibd/digestive-system-and-its-function/how-it-works-animation/

Versi Terbaru

30/09/2021

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Stres Boleh Menjejaskan Sistem Penghadaman! Cuba Atasinya Dengan 5 Tip Ini

Pernah Terberak Semasa Kentut? Ini Petanda Lemah Kawalan Fungsi Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 30/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan