backup og meta

Apendiks: Siapa Yang Mungkin Paling Berisiko Mendapat Sakit Pada Perut Ini?

Apa itu apendiks?

Apa itu apendiks adalah sejenis tisu kecil seperti kantung tisu yang terletak di bahagian kolon (cecum) di bahagian bawah abdomen.

Apendiks: Siapa Yang Mungkin Paling Berisiko Mendapat Sakit Pada Perut Ini?

Sakit apendiks berlaku akibat keradangan pada apendiks yang mana tisu berkenaan yang sepanjang 3 ½ inci berkembang daripada usus besar.

Terdapat kajian menyatakan apendiks mungkin berperanan adalam imuniti usus tetapi belum ada kepastiannya.

Namun, manusia boleh hidup tanpanya apabila dibuang akibat sakit apendiks.

Siapa yang mungkin paling berisiko mendapat ia?

Sesiapa sahaja boleh mendapat apendisitis (keradangan pada apendiks vermiformis), tetapi ia paling kerap berlaku terhadap individu berusia antara 10 hingga 30 tahun.

Kanak-kanak dan warga emas berisiko tinggi menghidapi apendisitis.

apa itu apendiks

Apa punca apendiks?

Apa punca apendiks berlaku apabila ia disekat dan tersumbat, biasanya oleh najis, bendasing, kanser dan lain-lain.

Penyumbatan juga boleh berlaku daripada jangkitan kerana apendiks boleh membengkak sebagai tindak balas terhadap sebarang jangkitan dalam tubuh.

Apa simptom apendiks?

  • Kesakitan berhampiran pusat atau perut bahagian atas yang menjadi tajam apabila ia bergerak ke bahagian bawah abdomen kanan – ini biasanya merupakan tanda pertama.
  • Hilang selera makan
  • Perut mula bengkak
  • Mual atau muntah selepas sakit perut bermula
  • Demam 99-102 darjah Fahrenheit

Simtom lain yang mungkin berlaku:

  • Kesakitan yang biasa atau tajam di mana-mana bahagian atas atau bawah abdomen, belakang atau rektum
  • Sakit ketika membuang air kecil dan kesukaran untuk membuang air kecil
  • Muntah yang mendahului sakit perut
  • Kekejangan perut yang teruk
  • Sembelit atau cirit-birit

apa itu apendiks

Diagnosis

Diagnosis apa itu apendisitis adalah berdasarkan kepada simptom dan penemuan oleh doktor semasa pemeriksaan fizikal pesakit.

Seseorang yang mempunyai apendisitis biasanya mengalami kesakitan yang sederhana dan mendadak apabila doktor perlahan-lahan menolak ke bawah bahagian abdomen.

Selain itu ia juga sukar untuk dikenalpasti kerana simptomnya yang sangat serupa dengan penyakit lain seperti masalah pundi hempedu, pundi kencing atau jangkitan saluran kencing, penyakit Crohn, gastritis, jangkitan usus, dan masalah ovari.

Antara ujian yang dilakukan untuk membantu diagnosis adalah:

  • Ujian perut untuk mengesan keradangan
  • Uji air kencing untuk mengelakkan jangkitan saluran kencing
  • Peperiksaan rektum
  • Uji darah untuk melihat sama ada badan sedang melawan jangkitan
  • Imbasan CT atau ultrasound

Rawatan 

Pembedahan membuang apendiks dipanggil appendetomy dan ia adalah rawatan standard bagi kebanyakan penyakit apendiks.

Umumnya, jika anda mendapat apendisitis, doktor cenderung menyarankan anda untuk mempercepatkan pembuangannya bagi mengelakkannya pecah. 

Jika apendiks menjadi abses (bengkak yang bernanah), dua prosedur yang perlu dilakukan iaitu untuk mengalirkan abses dan bendalir, kemudiannya membuang apa itu apendiks.

Walaubagaimana pun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa dalam kes-kes tertentu rawatan akut apendiks dengan antibiotik boleh mengelakkan daripada melakukan pembedahan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Appendicitis, https://www.nhs.uk/conditions/appendicitis/, Accessed on Jul 16 2018.
  2. Appendicitis, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/appendicitis/symptoms-causes/syc-20369543, Accessed on Jul 16 2018.
  3. Appendicitis, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/appendicitis/diagnosis-treatment/drc-20369549, Accessed on Jul 16 2018.
  4. Appendicitis, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/appendicitis, Accessed on Jul 16 2018.
  5. Appendicitis, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/8095-appendicitis, Accessed on Jul 16 2018.

Versi Terbaru

01/06/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ini Beza Apendiks Dan Sakit Perut, Kena Tahu Betul-betul, Kalau Tak Bahaya Menanti!

Biji Cili Punca Dapat Sakit Apendiks? Ketahui Kebenaran Di Sebaliknya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 01/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan