backup og meta

Buasir: Apakah ia Sebenarnya?

Pernahkah anda melihat darah pada tisu atau mangkuk tandas anda? Atau rasa sakit semasa ingin membuang air besar? Itu mungkin disebabkan oleh buasir.

Buasir: Apakah ia Sebenarnya?

Buasir berlaku apabila pembuluh darah vena yang terletak di bahagian bawah rektum (bahagian terakhir usus besar) dan anus (dubur) berkembang dan membesar. Pembuluh darah vena ini secara normalnya tidak membesar dan berfungsi sebagai saluran yang mengalirkan darah daripada daripada tisu di bahagian terbabit naik ke jantung.

Apabila vena ini membesar dan berkembang, ia cenderung untuk luka semasa membuang air kerana bergeser dengan najis. Kesan daripada geseran ini boleh menyebabkan pendarahan dan juga rasa sakit. Pesakit mungkin mengalami:

  • Pendarahan dari dubur.
  • Bengkak pada dubur.
  • Sakit pada dubur semasa membuang air.

Apakah punca buasir?

Ia berlaku apabila terdapat gangguan pada peredaran darah di kawasan bawah rektum dan anus. Gangguan ini disebabkan oleh tekanan yang tinggi pada bahagian tersebut sehingga membuatkan vena membesar. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh:

  • Sembelit kronik – proses meneran memberikan tekanan yang tinggi kepada vena. Ia mendedahkan seseorang kepada buasir.
  • Melakukan kerja-kerja berat – pekerjaan yang memerlukan seseorang meneran seperti mengangkat barang berat juga meningkatkan risiko penyakit ini.
  • Kehamilan – rahim yang membesar semasa hamil boleh menekan vena di bahagian pinggul sehingga menyebabkan perjalanan darah terganggu.
  • Duduk atau berdiri terlalu lama.

Sesetengah orang lebih cenderung mendapat buasir kerana anatomi badan mereka membuatkan mereka lebih berisiko. Jika ada ahli keluarga yang pernah mengalaminya, anda juga mungkin berisiko. Selain itu, penyakit lain seperti angin pasang dan urat kaki bersimpul (varicose veins) juga mempunyai punca yang sama.

Sakit tidak semestinya buasir

Rasa sakit sebenarnya bukanlah ciri utama bagi penyakit ini. Sebab utama sakit pada dubur adalah kulit dubur merekah (anal fissure). Buasir menjadi sakit apabila terdapat darah beku di dalam vena atau ia berlaku bersama dengan rekahan pada kulit dubur.

Pendarahan dan bengkak adalah ciri utama bagi keadaan kesihatan ini.

Buasir bukanlah satu keadaan kesihatan yang serius dan berbahaya. Namun, ia mungkin sangat mengganggu kehidupan seseorang disebabkan kesukaran membuang air besar dan rasa sakit yang mungkin dialami. Ia juga boleh dirawat dengan baik menggunakan kaedah perubatan moden sama ada hanya menggunakan ubat-ubatan dan perubahan gaya hidup atau pembedahan.

Namun, pemeriksaan harus dijalankan, lebih-lebih lagi bagi mereka berumur lebih 50 tahun kerana buasir juga boleh berpunca daripada keadaan yang lebih serius seperti kanser usus besar.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hemorrhoids and What to do About Them – https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/hemorrhoids_and_what_to_do_about_them

What are Hemorrhoids – https://www.webmd.com/digestive-disorders/understanding-hemorrhoids-basics#1

Versi Terbaru

07/09/2018

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhamad Firdaus Rahim


Artikel Berkaitan

Bersenam Boleh Rawat & Cegah Buasir? Tak Percaya, Jom Cuba 6 Senaman Ini!

Tenggelam Atau Terapung, Mana Satu Ciri-Ciri Najis Yang Sihat?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 07/09/2018

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan