Patah tulang rusuk adalah kecederaan biasa yang berlaku apabila salah satu tulang rusuk anda pecah atau retak. Penyebab yang paling biasa adalah trauma dada yang disebabkan oleh terjatuh, kemalangan kenderaan atau kesan semasa terlibat dalam sukan lasak (yang memerlukan pemain bersentuhan badan dengan pemain lain).
Kebanyakan patah tulang rusuk hanyalah retak semata-mata. Walaupun ianya menyakitkan, retak tulang rusuk tidak begitu berbahaya seperti tulang rusuk yang telah patah menjadi kepingan yang berasingan. Tulang patah bergerigi di tepi boleh merosakkan salur darah utama atau organ dalaman, seperti paru-paru.
Dalam kebanyakan kes, patah tulang rusuk biasanya sembuh dengan sendiri dalam satu atau dua bulan. Kawalan kesakitan yang mencukupi adalah penting agar anda dapat terus mengambil nafas dalam dan mengelakkan komplikasi paru-paru, seperti radang paru-paru.
Patah tulang rusuk sangat biasa. Ia boleh menjejaskan pesakit tanpa mengira usia. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tanda-tanda umum patah tulang rusuk adalah sakit yang dikaitkan dengan tulang rusuk pecah yang mana biasa berlaku atau bertambah buruk apabila anda:
Jika anda tidak boleh bernafas secara normal kerana kecederaan anda, anda mungkin:
Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang mana-mana gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bila saya perlu berjumpa dengan doktor saya?
Anda harus menghubungi doktor anda jika anda merasa nyeri di kawasan tulang rusuk anda yang berlaku selepas trauma atau jika anda mengalami kesukaran bernafas atau sakit semasa mengambil nafas dalam.
Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda merasakan tekanan, kenyang atau sakit perut di tengah dada anda selama lebih dari beberapa minit atau sakit yang melangkaui dada sehingga ke bahu atau lengan anda. Gejala-gejala ini boleh menandakan serangan jantung.
Patah tulang rusuk biasanya disebabkan oleh impak langsung – seperti yang berlaku dari kemalangan kenderaan motor, jatuh, penderaan kanak-kanak atau sukan lasak (yang memerlukan pemain bersentuhan). Tulang rusuk juga boleh patah disebabkan trauma berulang dari sukan seperti golf dan mendayung atau disebabkan batuk yang teruk dan berpanjangan.
Terdapat banyak faktor risiko patah tulang rusuk, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>
Semasa pemeriksaan fizikal, doktor akan menekan secara perlahan pada tulang rusuk anda. Doktor juga mungkin mendengar bunyi paru-paru anda dan melihat pergerakan tulang rusuk anda semasa anda bernafas.
Doktor anda mungkin akan mengarahkan anda untuk menjalani satu atau lebih ujian pengimejan berikut:
Imbasan tulang. Teknik ini adalah baik untuk melihat fraktur stres, di mana tulang retak selepas trauma berulang – seperti batuk yang berpanjangan. Semasa imbasan tulang, sedikit bahan radioaktif akan disuntik ke dalam aliran darah anda. Bahan tersebut akan berkumpul di tulang, terutamanya di tempat-tempat di mana tulang sedang melalui fasa penyembuhan dan ini akan dikesan menggunakan pengimbas.
Kebanyakan patah tulang rusuk akan sembuh dengan sendiri dalam tempoh enam minggu. Menghadkan aktiviti dan meletakkan ais di kawasan tersebut secara berkala dapat membantu dengan penyembuhan dan melegakan sakit.
Ubat-ubatan: Adalah penting untuk anda mendapatkan kelegaan kesakitan yang mencukupi – jika anda merasa sakit untuk melakukan pernafasan dalam, anda mungkin mengalami radang paru-paru. Jika ubat oral tidak cukup membantu, doktor anda mungkin mencadangkan suntikan anestesia yang tahan lama di sekeliling saraf yang melalui tulang rusuk.
Terapi: Apabila rasa sakit anda terkawal, doktor anda mungkin memberi latihan pernafasan untuk membantu anda melakukan pernafasan dalam kerana pernafasan cetek boleh menyebabkan anda berisiko mengalami radang paru-paru.
Gaya hidup dan remedi di rumah yang berikut mungkin membantu anda menghadapi patah tulang rusuk:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fractured Rib – Topic Overview. http://www.webmd.com/a-to-z-guides/tc/fractured-rib-topic-overview#1. Accessed 3 Mar, 2017.
Broken ribs. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/broken-ribs/home/ovc-20169623. Accessed 3 Mar, 2017.
Versi Terbaru
27/11/2019
Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel