backup og meta

Peringatan Untuk Penghidap Penyakit Gout, Jauhi Dari Ambil 4 Jenis Makanan Ini

Gout adalah sejenis artiritis atau radang sendi. Ia dikatakan sebagai salah satu penyakit yang paling menyakitkan di dunia. Meskipun kadangkala hanya melibatkan sendi ibu jari kaki yang kecil, kesannya boleh berlaku pada seluruh anggota kaki sehingga tidak dapat berjalan. Sebab itu, anda harus tahu makanan pesakit gout yang tak boleh diamalkan. 

Peringatan Untuk Penghidap Penyakit Gout, Jauhi Dari Ambil 4 Jenis Makanan Ini

Sekali anda terkena serangan gout, anda berisiko untuk mengalaminya sekali lagi. Bagi siapa yang pernah mengalaminya, sudah tentu tidak mahu mengulanginya lagi.

Selain ubat-ubatan untuk mengurangkan kadar asid urik, iaitu asid yang merangsang serangan gout, anda juga perlu menjaga pemakanan sihat untuk mengelakkan serangan gout.

Apakah makanan yang perlu dielakkan?

Makanan pesakit gout yang perlu dielakkan 

1. Makanan laut

makanan pesakit gout

Beberapa jenis makanan laut perlu dilelakkan. Antaranya ialah:

  • Ikan bilis
  • Tuna di dalam tin
  • Sardin di dalam tin
  • Mackerel di dalam tin
  • Kerang
  • Sotong
  • Udang

2. Makanan pesakit gout perlu elak –  Kekacang

Kekacang yang perlu dielakkan pula ialah:

  • Kacang putih
  • Kacang soya (termasuk tau fu fa)
  • Kacang dal
  • Petai

3. Organ dalaman

Ini termasuk:

  • Hati
  • Jantung
  • Buah pinggang
  • Limpa

4. Daging merah

makanan pesakit gout

Daging merah terutamanya daging kambing perlu dielakkan bagi pesakit gout.

Di atas adalah makanan yang mengandungi purine yang tinggi. Purine ditukarkan kepada asid urik yang boleh merangsang serangan gout. Selain mengurangkan makanan-makanan ini, pesakit gout juga perlu menurunkan berat badan untuk mendapatkan perlindungan yang menyeluruh.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Gout diet. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/gout-diet/art-20048524. Accessed 28 May 2018.
  2. Gout. https://www.cdc.gov/arthritis/basics/gout.html. Accessed 28 May 2018.
  3. Food to avoid.https://www.goutdiet.org/foods-to-avoid.php. Accessed 28 May 2018.
  4. Which foods are safe for gout. https://www.arthritis.org/health-wellness/healthy-living/nutrition/healthy-eating/which-foods-are-safe-for-gout. Accessed 28 May 2018.
  5. Diet for gout. https://www.kidneyfund.org/kidney-disease/chronic-kidney-disease-ckd/complications/gout/diet-for-gout/Accessed 28 May 2018.

Versi Terbaru

01/07/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Gout: Kesengsaraan Bagi Penghidapnya

Selalu Terkena Serangan GOUT, Ini 5 Tip Untuk Mengurangkan Kesakitan Anda


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 01/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan