backup og meta

Ada 5 Jenis Ubat Penyakit Darah Tinggi, Ketahui Kesan Sampingan Setiap Satunya!

Terdapat pelbagai jenis ubat darah tinggi dengan nama yang berbeza-beza. Kadangkala, ia membuatkan ramai orang terkeliru dengan nama dan fungsinya.

Ada 5 Jenis Ubat Penyakit Darah Tinggi, Ketahui Kesan Sampingan Setiap Satunya!

Mengapa perlu banyak sangat ubat? Bolehkah satu ubat dikongsi dengan semua orang? Bagi mengelakkan kekeliruan, mari lihat apa ubat-ubatan yang tersedia untuk tekanan darah tinggi.

Sebelum itu, anda boleh dapatkan maklumat tentang Tekanan Darah di sini.

Bagaimana ingin memilih jenis ubat darah tinggi?

Pilihan dibuat berdasarkan banyak faktor. Antaranya adalah:

  • Tahap tekanan darah
  • Kehadiran penyakit lain seperti jantung, buah pinggang dan diabetes
  • Keberkesanan ubat mengikut individu

Di samping ubat-ubatan, gaya hidup dan pemakanan juga perlu dikawal untuk mendapatkan hasil yang optimum. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Apakah pilihan jenis ubat darah tinggi?

jenis ubat darah tinggi

Ubat darah tinggi 1: Perencat ACE

Ia adalah sejenis enzim yang menukarkan angiotensin I kepada angiotensin II.

Apabila terbentuk, angiotensin II menyebabkan otot pada dinding saluran darah mengecut.

Ini menjadikan saluran darah sempit, seterusnya meningkatkan tekanan darah.

Perencat ACE berfungsi dengan menghalang aktiviti ACE daripada menghasilkan angiotensin II, seterusnya menuurunkan tekanan darah.

Tambahan pula, ubat ini turut melambatkan komplikasi tekanan darah tinggi melibatkan buah pinggang dan diabetes.

Kesan sampingan:

  • Batuk
  • Tekanan darah rendah
  • Mudah penat
  • Sakit kepala
  • Tahap potassium darah meningkat

Antara contoh perencat ACE:

  • Enalapril
  • Captopril
  • Ramipril

[embed-health-tool-heart-rate]

Jenis ubat darah tinggi 2: Penghalang reseptor angiotensin (angiotensin receptor blockers/ARBs)

Cara ARBs bekerja hampir sama dengan perencat ACE.

Jika perencat ACE menghalang penghasilan angiotensin II, ARBs pula menghalang angiotensin II daripada berfungsi ke atas reseptor angiotensin II.

Kesannya, saluran darah akan kembang dan tekanan darah dapat diturunkan.

Ini akan mengurangkan beban ke atas jantung.

Kesan sampingannya hampir sama dengan perencat ACE.

Antara contoh ARBs:

  • Losartan
  • Valsartan
  • Irbesartan

Ubat darah tinggi 3: Penghalang beta (beta blockers)

jenis ubat darah tinggi

Ubat ini menghalang aktiviti hormon adrenaline dan noradrenaline ke atas reseptor beta yang berada pada organ-organ tertentu termasuk otot pada saluran darah.

Hormon ini membuatkan saluran darah mengecut.

Dengan menghalang reseptor beta, ubat ini membantu mengembangkan saluran darah serta menurunkan tekanan darah.

Dalam masa yang sama, ia juga mungkin menyebabkan saluran pernafasan mengecut.

Oleh sebab itu, pesakit asma tidak dinasihatkan mengambil penghalang beta.

Kesan sampingan:

Antara contoh penghalang beta:

  • Atenolol
  • Labetalol
  • Bisoprolol

[embed-health-tool-bmi]

4. Penghalang saluran kalsium (calcium channel blockers/CCBs)

Kalsium adalah elemen yang penting dalam fungsi otot.

Untuk membuatkan otot mengecut, kalsium akan masuk ke dalam sel-sel otot melalui saluran tertentu.

CCBs berfungsi mencegah kalsium masuk ke dalam otot dengan menghalang salurannya.

Keadaan ini akan mengurangkan kekuatan jantung mengepam darah, seterusnya mengurangkan tekanan darah.

Kesan sampingan:

  • Tangan dan kaki bengkak (peripheral edema)
  • Sembelit
  • Sesak nafas
  • Ruam
  • Sakit kepala

Antara contoh CCBs:

  • Amlodipine
  • Diltiazem
  • Verapamil

5. Diuretik

jenis ubat darah tinggi

Diuretik atau juga dikenali sebagai pil air adalah antara ubat paling lama digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi.

Ia berfungsi ke atas buah pinggang dan membuatkan badan membuang lebih banyak air melalui air kencing.

Pengurangan cecair mengurangkan beban yang perlu ditanggung oleh jantung serta mengurangkan tekanan darah.

Pesakit yang mengambil ubat ini akan kerap ke tandas.

[embed-health-tool-bmr]

Kesan sampingan:

Antara contoh diuretik:

  • Hydrochlorothiazide
  • Furosemide
  • Chlorthiadone

Jenis ubat darah tinggi yang disebut di atas adalah sebahagian daripada pilihan yang paling kerap digunakan.

Terdapat juga ubat-ubatan lain seperti penghalang alpha, clonidine dan minoxidil.

Kebiasaannya, rawatan akan dimulakan dengan satu jenis ubat.

Jika tekanan darah masih tidak terkawal, kombinasi beberapa ubat mungkin diperlukan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

High Blood Pressure (Hypertension). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/diagnosis-treatment/drc-20373417

High Blood Pressure. https://www.fda.gov/consumers/free-publications-women/high-blood-pressure-medicines-help-you. Accessed Oct 18, 2021.

Types of Blood Pressure Medications. https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/changes-you-can-make-to-manage-high-blood-pressure/types-of-blood-pressure-medications. Accessed Oct 18, 2021.

Hypertension. https://www.ahajournals.org/doi/10.1161/HYP.0000000000000066. Accessed Oct 18, 2021.

Medications for High Blood Pressure. https://www.fda.gov/consumers/consumer-updates/medications-high-blood-pressure. Accessed Oct 18, 2021.

Beta-Blocker Therapy in Patients With Stable Coronary Artery Disease. https://www.acc.org/latest-in-cardiology/articles/2015/04/13/10/13/beta-blocker-therapy-in-patients-with-stable-coronary-artery-disease. Accessed Oct 18, 2021.

Treatment-High blood pressure (hypertension). https://www.nhs.uk/conditions/high-blood-pressure-hypertension/treatment/. Accessed Oct 18, 2021.

Versi Terbaru

06/09/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: zai.muhammad@hellodoktor.com


Artikel Berkaitan

Khasiat Epal Hijau Dapat Turunkan Tekanan Darah Tinggi & Kolesterol, Bolehlah Amalkan Selalu!

Pasangan Berkahwin Dikatakan Kurang Risiko Tekanan Darah Tinggi, Tapi Mengapa?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 06/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan