backup og meta

Terlalu Banyak Tidur Meningkatkan Risiko Penyakit Jantung dan Maut

Individu yang tidur lebih dari kadar yang disyorkan mempunyai risiko penyakit jantung dan maut menurut sebuah kajian.

Terlalu Banyak Tidur Meningkatkan Risiko Penyakit Jantung dan Maut

Kajian tersebut melibatkan hampir 117,000 individu dewasa berumur antara 35 hingga 70 tahun di 21 buah negara dan susulan dibuat selama hampir 8 tahun.

Kadar penyakit jantung (seperti strok dan kegagalan jantung) dan kematian ialah 7.8 per 1000 dalam kalangan mereka yang tidur mengikut kadar yang diyorkan iaitu 6 hingga 8 jam sehari berbanding dengan 8.4 per 1000 dalam kalangan mereka yang tidur selama 8 hingga 9 jam, 9.4 per 1000 bagi mereka yang tidur 9 hingga 10 jam, dan 14.8 per 1000 dalam kalangan mereka yang tidur lebih 10 jam sehari.

Kadar dalam kalangan mereka yang tidur 6 jam ke bawah ialah 9.4 per 1000 atau 9% lebih tinggi berbanding mereka yang tidur dalam tempoh yang disyorkan. Namun, perbezaan ini adalah tidak signifikan dari sudut statistik.

Peningkatan risiko penyakit jantung dan maut dalam kalangan mereka yang tidur lebih dari kadar sepatutnya mungkin disebabkan mereka mempunyai masalah kesihatan lain yang membuatkan tempoh tidur mereka lebih lama.

Pengendali kajian tersebut juga menemui bahawa tidur sebentar di waktu pagi berkait dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan maut dalam kalangan mereka yang tidur lebih 6 jam sehari tetapi tidak bagi mereka yang tidur kurang dari 6 jam.

“Meskipun penemuan ini sangat menarik tetapi ia tidak membuktikan punca dan kesan,” kata Julie Ward, seorang jururawat senior di British Heat Foundation.

“Bukan tidur lama itu yang menjadi punca kepada risiko penyakit tetapi penyakit tersebut yang membawa kepada peningkatan jam tidur,” kata Francesco Cappucio, seorang profesor perubatan dan epidemiologi kardiovaskular di Warwick University, United Kingdom.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Too Much Sleep May Bring Heart Disease, Death Risk – https://www.webmd.com/sleep-disorders/news/20181205/too-much-sleep-may-bring-heart-disease-death-risk

Versi Terbaru

08/07/2020

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

7 Mitos Lazim Mengenai Sakit Jantung, Betul Ke Orang Rajin Bersenam Terselamat?

Apa Yang Membentuk Sistem Peredaran Darah Manusia? Ketahui Strukturnya Di Sini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 08/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan