backup og meta

Nak Bersenam Tapi Ada Sakit Jantung, Ini 4 Cara Senaman Yang Sesuai Untuk Anda

Senaman adalah komponen yang penting dalam mengekalkan kesihatan jantung. Bagi mereka yang mengalami penyakit jantung, ia masih diperlukan. Namun, anda perlu sedar bahawa keadaan jantung anda sudah tidak seperti orang biasa. Oleh itu, ia memerlukan disiplin tertentu untuk kekal selamat semasa melakukan aktiviti fizikal.

Nak Bersenam Tapi Ada Sakit Jantung, Ini 4 Cara Senaman Yang Sesuai Untuk Anda

Berbincang dengan doktor

Hanya doktor anda tahu keadaan anda secara terperinci. Beliau boleh mencadangkan aktiviti fizikal yang sesuai dengan keadaan semasa. Anda mungkin mendapati lebih banyak senaman yang boleh dilakukan berbanding apa yang berada di dalam fikiran.

Kebiasaannya, aktiviti melibatkan tekanan ke atas rintangan seperti tekan tubi dan angkat berat perlu dielakkan kerana ia memberikan beban yang banyak ke atas jantung. Kerja-kerja harian di rumah juga kadangkala boleh membuatkan anda letih. Jangan memaksa diri melakukan semua kerja di rumah sehingga berasa penat.

Sebahagian ubat-ubatan juga boleh menjejaskan tindak balas badan anda terhadap aktiviti fizikal.

Panduan umum dalam melakukan senaman

1. Mulakan sedikit demi sedikit

Jangan lakukan senaman dengan terlalu drastik dan berat. Berikan badan anda masa untuk mendapatkan rentaknya. Dapatkan rehat antara senaman.

2. Elakkan aktiviti fizikal di luar dalam keadaan cuaca terlalu panas, sejuk atau lembap

Kelambapan yang tinggi membuatkan badan cepat letih. Suhu terlalu panas atau sejuk boleh menganggu peredaran darah, menyebabkan sesak nafas dan sakit dada. Dalam keadaan cuaca seperti ini, sebaiknya lakukan aktiviti dalaman seperti berjalan di pasaraya.

3. Jangan abaikan minum air

Pastikan diri anda kekal terhidrat sepanjang masa. Minum air walaupun tidak berasa haus. Habiskan sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

4. Mulakan secara perlahan selepas berehat

Jika anda berhenti daripada senaman berkala selama beberapa hari, disebabkan sakit atau bercuti, mulakan semula senaman secara beransur-ansur. Bermula dengan aktiviti singkat dan kurang memenatkan. Kemudian, tambah secara perlahan-lahan.

Berhati-hati semasa bersenam

Jangan lakukan sebarang aktiviti fizikal semasa demam atau tidak sihat. Keadaan itu sendiri sudah memberikan tekanan ke atas jantung. Jika ditambah dengan aktiviti fizikal, jantung mungkin tidak mampu menampungnya.

Semasa melakukan apa-apa aktiviti, berhenti dan rehat jika:

  • Terlalu penat dan sesak nafas.
  • Pening kepala.
  • Tidak selesa pada dada, leher, rahang atau bahu.
  • Rasa lemah badan.

Jika masih tidak hilang selepas berhenti dan berehat, dapatkan bantuan perubatan segera.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Safe Exercise for Someone with Heart Disease – https://www.webmd.com/heart-disease/encouraging-safe-exercise

Versi Terbaru

24/08/2020

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

7 Mitos Lazim Mengenai Sakit Jantung, Betul Ke Orang Rajin Bersenam Terselamat?

Apa Yang Membentuk Sistem Peredaran Darah Manusia? Ketahui Strukturnya Di Sini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 24/08/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan