backup og meta

Rambut Botak dan Penyakit Jantung

Kajian terbaru menunjukkan bahawa lelaki botak mungkin mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih tinggi. Mujurlah ini hanya melibatkan masalah botak di bahagian atas kepala lelaki. Mereka yang mempunyai rambut menipis boleh merasa yakin bahawa mereka tidak mempunyai risiko.

Rambut Botak dan Penyakit Jantung

Lelaki yang lebih muda menghadapi risiko yang lebih tinggi

Penyelidikan tersebut berdasarkan kajian yang dijalankan tentang kaitan lelaki botak dan penyakit jantung koronari. Tiga daripada kajian tersebut memantau kesihatan lelaki botak selama 11 tahun. Lelaki dengan masalah botak yang banyak telah dilaporkan mempunyai 32% peningkatan risiko mendapat penyakit arteri koronari berbanding mereka yang mempunyai rambut penuh. Penilitian terhadap kumpulan umur di bawah 55-60 tahun mendedahkan penemuan mengejutkan: lelaki yang botak meluas mengalami 44% risiko penyakit arteri koronari yang lebih tinggi. Secara umumnya, lelaki botak didapati mempunyai 70% peningkatan risiko penyakit jantung. Sementara itu, peratusan bagi mereka dalam kumpulan umur yang lebih muda adalah 84%.

Hubungan antara risiko dan kebotakan teruk

Penyelidik percaya tahap botak seorang lelaki mungkin berkait dengan risiko terhadap penyakit arteri koronari. Bagaimanapun, ini hanya benar jika botak di atas kepalanya. Walaupun risiko meningkat sebanyak 48% dengan kebotakan atas kepala yang lebih menyeluruh, mereka yang mempunyai kebotakan atas kepala sederhana mengalami 36% peningkatan risiko dan mereka yang mengalami kebotakan atas kepala ringan hanya 18% lebih cenderung untuk mendapat penyakit jantung. Tiada perbezaan yang ketara dilaporkan dalam kes-kes mereka yang rambutnya menipis.

Apakah sebab-sebab di sebalik kaitan ini?

Terdapat banyak teori mengenai bagaimana kebotakan seseorang mungkin boleh dikaitkan dengan risiko penyakit jantung. Penyelidik menjelaskan bahawa kebotakan boleh menjadi tanda amaran keradangan kronik, sensitiviti meningkat kepada testosteron, atau rintangan insulin (kemungkinan diabetes), semua yang boleh menyumbang kepada masalah jantung.

Adakah rambut botak patut dirisaukan?

Walaupun penemuan ini menarik, rambut botak sebenarnya tidaklah begitu merisaukan berbanding saiz pinggang seseorang. Adalah lebih baik untuk tidak begitu risau kerana bukti-bukti berikut tidak cukup untuk mencadangkan hubungan sebab dan akibat antara botak dan penyakit jantung. Jika anda botak, anda mungkin mempunyai kemungkinan lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung, tetapi itu tidak bermakna anda pasti akan mempunyai penyakit jantung. Kaitannya mungkin hanya faktor yang sama. Walaupun lelaki botak tidak perlu terkejut dengan penemuan itu, mereka perlu menjalani pemeriksaan yang lebih teliti untuk keadaan kardiovaskular, terutamanya lelaki yang lebih muda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baldness Linked To Higher Risk Of Coronary Heart Disease. http://www.medicalnewstoday.com/articles/258601.php. Accessed April 19, 2017.

Male baldness linked to risk of coronary heart disease, research claims. https://www.theguardian.com/society/2013/apr/03/bald-men-heart-problems-report. Accessed April 19, 2017.

Versi Terbaru

25/04/2022

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

7 Mitos Lazim Mengenai Sakit Jantung, Betul Ke Orang Rajin Bersenam Terselamat?

Apa Yang Membentuk Sistem Peredaran Darah Manusia? Ketahui Strukturnya Di Sini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 25/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan