Seperti mana yang kita semua mungkin sudah sedia maklum, flu memang berbahaya terhadap kesihatan jika dibiarkan tanpa mendapatkan sebarang rawatan.
Seperti mana yang kita semua mungkin sudah sedia maklum, flu memang berbahaya terhadap kesihatan jika dibiarkan tanpa mendapatkan sebarang rawatan.

Terbaharu, ada pula kajian yang kata ia adalah lebih berbahaya buat wanita yang sedang hamil!
Persoalannya, benarkah ibu mengandung lebih mudah terdedah kepada bahaya virus influenza?
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu jawapannya.
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan perkara penting ini terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan anda, influenza atau flu adalah sejenis jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh sejenis virus bernama influenza.
Di negara yang bermusim, penyakit ini biasanya berlaku pada musim sejuk iaitu antara November hingga Mac di Hemisfera Utara, dan antara April hingga September di Hemisfera Selatan.
Namun di negara tropikal seperti Malaysia, ia boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang tahun dan jika anda pernah dengar tentang selesema burung, itu juga adalah sejenis influenza.
Sekiranya terkena, anda mungkin akan mengalami simptom-simptom seperti berikut:
Kebiasaannya, simptom-simptom yang dinyatakan di atas ini mungkin hanya akan berlaku selama seminggu sahaja.
Pun begitu, warga emas dan kanak-kanak mungkin akan mengalami simptom yang lebih teruk serta lebih lama.
Seperti mana yang sudah tertera pada awal artikel tadi, jangkitan ini bukanlah disebabkan bakteria tetapi virus yang bernama influenza.
Ini adalah penting kerana terdapat satu lagi mikroorganisma bernama haemophilus influenzae B (Hib) yang merupakan sejenis bakteria.
Jangkitan ini tidak boleh dirawat hanya dengan mengambil antibiotik!
Buat anda yang mungkin belum tahu, virus ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu A, B, C dan D.
Daripada jenis-jenis ini, muncul pula pelbagai subkategori virus ini dan antara yang paling kerap menjangkiti manusia adalah H1N1 dan H3N1.
Walau apapun jenisnya, flu memang berbahaya terhadap kesihatan dan tindakan segera mendapatkan rawatan adalah langkah yang terbaik.
Memandangkan kita semua sudah tahu apa itu influenza berserta puncanya, marilah kita beralih pula kepada persoalan utama artikel ini.
Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh University of South Australia (UniSA), flu boleh jadi punca komplikasi kesihatan kronik terhadap wanita hamil.
Penulis kajian ini iaitu Profesor Doug Brooks dan Dr Robert Brooks bersama pasukan pengkaji dari RMIT University percaya ia mungkin ada benarnya.

Kajian yang dijalankan terhadap haiwan makmal itu menunjukkan virus influenza bukan sahaja akan menjejaskan paru-paru malahan menyebabkan pelbagai komplikasi yang lain terhadap ibu hamil.
Antara komplikasi yang dimaksudkan adalah hypoxia, schizophrenia, praeklampsia dan peningkatan risiko penyakit jantung.
Diterbitkan di dalam jurnal Proceedings of National Academy of Sciences, kajian ini menjelaskan bahawa flu akan menjejaskan sistem vaskular tubuh badan sekali gus menyempitkan perjalanan darah, oksigen dan nutrien.
Akibatnya, pelbagai kesan negatif akan berlaku kepada si ibu serta janin di dalam kandungan.
Pun begitu, kajian ini masih berada pada peringkat awal serta hanya telah dijalankan terhadap haiwan makmal dan bukannya terhadap manusia.
Oleh itu, kajian lanjutan haruslah dijalankan segera untuk mengetahui sama ada memang benar bahaya virus influenza ini adalah berisiko terhadap ibu hamil atau tidak.
Berdasarkan bacaan artikel ini, anda mungkin sudah tahu akan bahaya virus influenza ini adalah tinggi risikonya terhadap semua individu.
Namun golongan yang lebih mudah terjejas seperti ibu hamil, bayi, kanak-kanak dan warga emas mungkin perlu lebih berwaspada dengannya.

Antara cara untuk merawat penyakit ini adalah dengan mengurangkan simptom-simptom agar ia tidak menjadi lebih teruk dan mungkin membawa maut.
Apa yang mungkin boleh dilakukan jika terkena flu adalah:
Buat anda yang tinggal berseorangan, sebaiknya dapatkan ahli keluarga atau kenalan untuk melihat keadaan anda.
Jika demam dan simptom adalah lebih daripada 3 hari, sila berjumpa doktor dengan kadar segera kerana ada risiko anda mengalami demam denggi.
Sebagai langkah pencegahan awal, anda sangat disarankan untuk ambil vaksin influenza di klinik atau hospital.
Ketahuilah bahawa vaksin ini perlu diambil setiap tahun bagi mendapatkan perlindungan yang lebih berkesan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
09/11/2021
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa