backup og meta

Asma: Memahami Perbezaan Setiap Tahap Mengikut Peringkat Umur

Penyakit asma adalah keadaan kesihatan yang menyebabkan kesukaran bernafas. Kesukaran ini disebabkan oleh saluran pernafasan yang menyempit dan membengkak. Asma juga mengakibatkan penghasilan lendir atau mukus dalam saluran pernafasan anda. Asma menyebabkan anda berdehit, sesak nafas, dan batuk.

Asma: Memahami Perbezaan Setiap Tahap Mengikut Peringkat Umur

Menurut laporan Pertubuhan Keihatan Dunia (WHO), kebanyakan kes asma berkaitan kematian berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Sekitar 235 juta orang kini menderita penyakit asma, dan ia adalah penyakit biasa dalam kalangan kanak-kanak.

Mengikut anggaran terkini WHO yang dikeluarkan pada Disember 2016, terdapat 383 ribu kematian akibat asma dilaporkan pada tahun 2015.

Bagaimana mengukur tahap penyakit asma seseorang?

Seperti kebanyakan penyakit lain, penyakit ini juga terbahagi kepada beberapa tahap atau peringkat.

Rawatan asma seseorang adalah berdasarkan tahap betapa kronik atau kritikal keadaannya. Ini bermakna doktor akan menilai dan mengklasifikasikannya mengikut garis panduan terkini untuk menguruskan asma bagi orang dewasa, remaja atau kanak-kanak.

Berikut adalah klasifikasi tahap asma bagi dewasa, remaja dan kanak-kanak.

penyakit asma

Mengawal penyakit asma

Serangan ini terjadi apabila lapisan saluran bronkial membengkak. Ini menyebabkan saluran pernafasan sempit dan mengurangkan aliran udara masuk dan keluar daripada paru-paru.

Menurut WHO, faktor risiko paling tinggi untuk asma adalah kombinasi genetik dengan pendedahan alam sekitar terhadap bahan dan partikel yang dihirup.

Penyakit asma boleh dikawal dengan bantuan ubat yang berfungsi mengelakkan pencetus merengsakan saluran pernafasan.

Selain itu, asma ringan mungkin mempunyai peningkatan dalam kroniknya tahap asma, anda harus mengikuti pelan rawatan yang diberikan oleh doktor anda dan menjalani pemeriksaan berkala.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Asthma https://www.who.int/en/news-room/fact-sheets/detail/asthma

Understanding the Different Stages of Asthma https://asthma.net/living/understanding-the-different-stages-of-asthma/ Accessed on Jan 14, 2019.

The difference between mild, moderate and severe asthma https://www.health24.com/Medical/Asthma/News/the-difference-between-mild-moderate-and-severe-asthma-20171113 Accessed on Jan 14, 2019.

Versi Terbaru

20/08/2020

Ditulis oleh Farah Aziz

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Asma: Alternatif Cara Penggunaan Inhaler Yang Terbaharu

Keliru Dengan Simptom Asma Dan COVID-19, Remaja Ini Nyaris Maut


Fakta Disemak oleh

Dr. Shelby


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/08/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan