backup og meta

Hentikan Pengambilan Gula, Apa Akan Berlaku?

Menghentikan pengambilan gula bukannya satu perkara yang mudah. Menurut Medical News Today, secara purata orang dewasa memakan gula lebih banyak daripada yang diperlukan. Malah, sesetengah orang mungkin menghentikan pengambilan gula dalam dietnya dan tip ini popular kerana keberkesanannya untuk kekal sihat serta menurukan berat badan. Jadi, apakah manfaat lainnya:

Hentikan Pengambilan Gula, Apa Akan Berlaku?

1. Merendahkan risiko diabetes

Menghentikan pengambilan gula memberikan peluang kepada tubuh untuk detoks secara semula jadi. Dalam beberapa jam pertama tanpa gula, pankreas mula kurang menghasilkan insulin dan hati juga akan mula memproses toksin yang tersimpan. Proses ini akan mengambil masa sedikit lama jika anda sudah rintangan insulin (tubuh menghasilkan insulin tetapi tidak menggunakannya sebaiknya). Kebanyakan simptom mereda sehingga lima minggu, yang mana tubuh tidak lagi menjadi bergantung kepada gula.

2. Meningkatkan jangka hayat

Apabila glukosa meningkat selepas makan makanan bergula, insulin akan meningkat untuk mengimbanginya, dan ini akan mengaktifkan sebahagian daripada sistem saraf yang meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung. Tekanan darah adalah faktor utama bagi penyakt jantung. Selain itu, gula juga meningkatkan lemak dalam darah yang tidak sihat iaitu trigliserida yang berisiko bagi penyakit jantung dan strok. Dalam satu kajian, mereka yang memakan gula paling banyak mungkin mati akibat penyakit jantung berbanding yang memakannya sedikit.

3. Hubungan seksual lebih baik

Bagi lelaki, memakan gula menyebabkan peningkatan insulin yang menyebabkan keinginan seksual berkurang. Selain itu, gula juga meningkatkan hormon seks wanita. Keadaan ini memberikan kesan yang lebih terhadap hubungan seksual seseorang.

4. Nafas dan senyuman lebih baik

Gigi yang sihat adalah segalanya apabila melibatkan senyuman yang menawan. Gula adalah kofaktor (zat bukan protein dalam bentuk ion logam atau molekul organik, seperti holoenzim dan apoenzim, yang diperlukan bagi pengaktifan enzim tertentu) utama yang menyebabkan rongga kerana ia bertindak balas dengan bakteria dalam mulut untuk membentuk asid yang menyebabkan kerosakan. Malah, nafas anda juga akan terjejas oleh bakteria akibat pengambilan gula.

5. Anda kelihatan lebih muda

Gula menyebabkan glycation, iaitu proses yang mana molekul gula mengikat dan mengubah bentuk kolagen dan elastin dalam kulit. Kolagen dan elastin ini adalah protein utama yang memberikan keremajaan kepada kulit. Oleh itu, dengan mengurangkan gula dalam pemakanan juga boleh mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam aliran darah, mengurangkan keradangan kronik dan akut yang berkait dengan penuaan.

Walau bagaimanapun, sebelum memulakan diet tanpa gula, seseorang harus mempertimbangkan sama ada mahu menghapuskan gula semulajadi juga. Gula semulajadi terdapat dalam buah-buahan dan produk tenusu. Buah membekalkan banyak nutrien, serat, antioksidan dan sebatian sihat lain yang membantu melindungi tubuh daripada penyakit.

Memasukkan buah dalam diet tanpa gula adalah menyihatkan selagi pengambilannya secara sederhana. Dan, sesiapa yang ingin memulakan diet tanpa gula harus berbincang dengan doktor atau pakar pemakanan, khususnya jika mempunyai apa-apa keadaan kesihatan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

No-sugar diet plan: What you need to know https://www.medicalnewstoday.com/articles/319991.php Accessed on Dec 06, 2018.

10 things you should know before giving up sugar https://www.bbcgoodfood.com/howto/guide/10-things-worth-knowing-sugar-detox Accessed on Dec 06, 2018.

10 Things That Happen to Your Body When You Stop Eating Sugar https://www.rd.com/health/diet-weight-loss/when-you-stop-eating-sugar/ Accessed on Dec 06, 2018.

Versi Terbaru

13/07/2020

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Elak Sayur Cepat Rosak Dalam Peti Ais, Cuba 5 Tip Simpan Sayur Ini, Tetap Segar Lepas Seminggu!

Boleh Cuba 5 Teknik Rebus Kerang Ini, Isi Kerang Tak Kecut, Gemuk-Gemuk, Lembut Dan 'Juicy'!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan