backup og meta

Nak Kurus Tapi Tak Tahu Nak Makan Apa? Ini Contoh Menu Diet 7 Hari

Bagi mereka yang mula berjinak-jinak dengan diet, pasti runsing apakah makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan. Kadangkala, sampai tak tahu apa yang ingin dimasak dalam menu masakan setiap hari. Anda mahu tahu contoh menu diet 7 hari?

Nak Kurus Tapi Tak Tahu Nak Makan Apa? Ini Contoh Menu Diet 7 Hari

Kami kongsikan di sini beberapa contoh menu diet seminggu.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.

Contoh menu diet 7 hari yang boleh anda cuba di rumah

Berikut disertakan beberapa cadangan hidangan menu diet untuk anda selama tujuh hari.

Contoh menu diet 7 hari ini diberikan berdasarkan empat waktu makan setiap hari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

Contoh menu diet 7 hari: Hari pertama

  • Sarapan pagi: Campuran oat bersama pisang atau buah-buahan potong yang lain
  • Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama potongan dada ayam yang diperap bersama bawang putih dan lemon
  • Minum petang: Mentega kacang dan juga potongan buah
  • Makan malam: Bihun goreng dan telur rebus

Contoh menu diet seminggu hari kedua

contoh menu diet 7 hari

  • Sarapan pagi: 2 keping roti bersama telur hancur
  • Makan tengah hari: Segenggam nasi bersama tempe dan tauhu goreng. Boleh juga ditambah sup sayur
  • Minum petang: Potongan buah epal
  • Makan malam: Segenggam nasi bersama potongan dada ayam yang dipanggang

Contoh menu diet seminggu hari ketiga

  • Sarapan pagi: Lempeng yang dimakan bersama potongan buah pisang
  • Makan tengah hari: Segenggam nasi dengan hidangan ikan stim bersama limau
  • Minum petang: Badam dan juga coklat gelap
  • Makan malam: Segenggam nasi bersama sup sawi dan tauhu

Contoh menu diet seminggu hari keempat

contoh menu diet seminggu

Contoh menu diet seminggu hari kelima

  • Sarapan pagi: Smoothies pisang bersama mentega kacang
  • Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama sup ikan
  • Minum petang: Yogurt bersama potongan buah-buahan
  • Makan malam: Segenggam nasi bersama lauk singgang ikan

Contoh menu diet seminggu hari keenam

contoh menu diet 7 hari

  • Sarapan pagi: Roti bakar bersama potongan epal dan sedikit madu
  • Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama ikan bakar dan air asam
  • Minum petang: Telur rebus yang dilenyek dan dimakan bersama roti
  • Makan malam: Segenggam nasi dengan lauk tomyam ayam

Contoh menu diet seminggu hari ketujuh

Bukan hanya ikut contoh menu diet 7 hari, tetapi juga gaya hidup sihat

Bukan hanya makanan yang menyebabkan anda sihat, tetapi juga gaya hidup anda secara keseluruhan.

Oleh itu, selain daripada mengikuti contoh menu diet tujuh hari seperti yang disarankan, anda juga perlu melakukan perkara-perkara seperti berikut:

[embed-health-tool-bmi]

Kesimpulan

Kini anda boleh merancang menu makanan anda untuk tempoh seminggu.

Jika mahu, anda juga boleh repeat menu makanan ini dengan menukarkan harinya pada minggu seterusnya.

Anda tidak perlu pening lagi mengenai apa yang ingin dimasak semasa diet. Ikut sahaja contoh menu diet tujuh hari yang kami cadangkan ini. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

2015-2020 Dietary Guidelines. https://health.gov/our-work/food-nutrition/2015-2020-dietary-guidelines. Accessed Jan 5, 2022.

12 tips to help you lose weight. https://www.nhs.uk/live-well/healthy-weight/12-tips-to-help-you-lose-weight/. Accessed Jan 5, 2022.

Garis Panduan Diet Malaysia- 14 Mesej Utama. http://www.myhealth.gov.my/garis-panduan-diet-malaysia-14-mesej-utama/. Accessed Jan 5, 2022.

Losing Weight: Getting Started. https://www.cdc.gov/healthyweight/losing_weight/getting_started.html. Accessed Jan 5, 2022.

Weight loss: 6 strategies for success. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/weight-loss/in-depth/weight-loss/art-20047752. Accessed Jan 5, 2022.

Versi Terbaru

22/07/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Azam Tahun Baharu Nak Fit & Langsing? Jom Mulakan Diet Eat Clean Hari Ini!

Kena Tukar Cara Pemakanan Jika Alami Radang Usus! Diet Karbo Boleh Membantu?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 22/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan