backup og meta

Apakah Fungsi Limpa?

Limpa, atau dalam bahasa Inggeris spleen merupakan salah satu dari organ yang terletak di dalam abdomen. Kedudukannya adalah di bahagian atas kiri abdomen di belakang perut. Fungsi limpa ini sering diabaikan seperti apendiks, sedangkan ia mempunyai fungsi yang penting.

Apakah Fungsi Limpa?

Kedudukan limpa

Antara fungsi limpa ialah:

  • Menapis darah. Komponen darah seperti sel darah merah dan platlet akan ditapis oleh limpa mengikut keperluan. Sel darah yang rosak, tua, dan tidak normal akan dihancurkan serta dibuang oleh limpa. Ia bertujuan mengawal bilangan komponen darah tersebut dalam darah.
  • Menyimpan komponen darah. Selain menapis, ia juga berfungsi menyimpan semua komponen darah iaitu sel darah merah, platlet, dan sel darah putih. Apabila perlu, ia akan melepaskan sel-sel ini ke dalam darah.
  • Sistem imun. Limpa memainkan peranan penting dalam sistem imun. Apabila terdapat virus, bakteria atau kuman lain dalam darah, ia akan menghasilkan sel darah putih limfosit untuk melawan jangkitan tersebut.

Saiz limpa boleh membesar dalam beberapa keadaan tertentu

Keadaan saiz limpa yang besar disebut sebagai splenomegali. Ia bukan sejenis penyakit tetapi petanda kepada penyakit lain. Rasa tidak selesa dan sakit mungkin dialami di bahagian atas kiri abdomen. Kadangkala, ia tidak menyebabkan sebarang simptom dan doktor mengenal pastinya melalui pemeriksaan fizikal.

Antara keadaan yang boleh menyebabkan splenomegali ialah:

  • Jangkitan seperti tuberkulosis, sifilis, dan malaria.
  • Kanser darah seperti leukemia dan limfoma.
  • Penyakit sirosis hati.
  • Anemia hemolitik.

Fungsi limpa boleh terganggu jika berlaku splenomegali. Komponen darah normal mungkin turut dihancurkan oleh limpa yang besar itu menyebabkan semua atau sebahagian komponen darah berkurang.

Anda boleh hidup tanpa limpa

Dalam sesetengah keadaan, limpa mungkin terpaksa dibuang. Jangan risau, tubuh anda boleh melakukan adaptasi dan banyak fungsi utama limpa akan diambil alih oleh nod limfa. Namun, anda lebih berisiko mendapat jangkitan tertentu. Vaksin boleh membantu mencegah jangkitan tersebut.

Prosedur membuang limpa disebut sebagai spelektomi (splenectomy). Ia dilakukan dalam beberapa keadaan termasuk:

  • Kecederaan limpa yang tidak dapat diselamatkan.
  • Ketumbuhan pada limpa.
  • Hipertensi portal.
  • Saiz limpa terlalu besar.
Pembedahan splenektomi ke atas limpa yang mengalami kecederaan teruk

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What does the Spleen do? – https://www.healthline.com/health/what-does-the-spleen-do#can-you-live-without-a-spleen?

The Spleen – https://www.webmd.com/digestive-disorders/picture-of-the-spleen#1

Versi Terbaru

13/07/2020

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Soal Jawab Doktor: Jangkitan Cacing Pipih Boleh Merebak Ke Mata?

Kaki Masih Rasa Sakit Walaupun Sudah Dipotong? Ini Sindrom Phantom Pain Yang Anda Kena Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan