backup og meta

6 Fakta Unik Tentang Klitoris Wanita, No. 4 Pasti Mengejutkan Anda!

Ketika pasangan suami isteri melakukan hubungan seks, sudah pasti kepuasan nafsu seksual menjadi keutamaan, bukan? Namun begitu, apakah bentuk rangsangan yang diperlukan untuk merangsang nafsu seorang wanita? Jawapannya adalah rangsangan terhadap biji kelentit wanita atau klitoris wanita.

6 Fakta Unik Tentang Klitoris Wanita, No. 4 Pasti Mengejutkan Anda!

Kepuasan itu pula boleh diketahui melalui pengeluaran air mani melalui kemaluan masing-masing.

Bagi seorang lelaki, rangsangan seperti geseran dan geselan pada zakar mampu untuk merangsang nafsu mereka. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apa itu biji kelentit wanita?

Biji kelentit sering disebut sebagai kunci kenikmatan nafsu seksual wanita.

Namun sayangnya ramai individu yang tidak tahu apa itu klitoris.

Ia adalah organ seks yang terletak di dalam lubang faraj dan berfungsi khusus untuk rangsangan seksual dan membantu wanita mencapai klimaks atau orgasma.

Di manakah biji kelentit wanita berada?

Secara umumnya, klitoris berada di dalam lubang faraj. Secara khususnya pula, ia terletak di antara dua bibir faraj.

biji kelentit wanita

(sumber: Mayo Clinic)

Fakta unik dan menarik mengenai biji kelentit

Organ kenikmatan seksual pada wanita yang kurang mendapat perhatian ini sebenarnya memiliki pelbagai fakta yang perlu anda ketahui.

Berikut merupakan beberapa fakta unik dan menarik mengenai biji kelentit wanita:

#1. Ia boleh mengalami ereksi

Seperti zakar, ereksi pada biji kelentit wanita juga akan membuatnya “membengkak” lebih besar, meskipun tidak terlalu ketara.

Klitoris adalah sangat sensitif. Ini disebabkan bahagian intim tersebut memiliki saraf yang lebih banyak daripada semua bahagian tubuh badan lain, bahkan lebih banyak berbanding dengan zakar.

Terdapat sekitar 8,000 saraf pada biji kelentit wanita. Walaupun tersembunyi daripada pandangan, organ ini juga sebenarnya boleh mengalami ereksi.

Klitoris juga terdiri daripada jaringan halus yang sensitif terhadap rangsangan dan dipenuhi oleh darah seperti zakar lelaki.

Rangsangan yang diberikan pada klitoris dapat mempengaruhi 15,000 saraf lainnya yang terletak di bahagian pinggul wanita.

#2. Posisinya akan menentukan klimaks

Tahukah anda, Marie Bonaparte yang merupakan cicit kepada Napoleon Bonaparte pernah melakukan pembedahan perubatan untuk memindahkan biji kelentitnya agar lebih dekat dengan bibir faraj?

Alasannya, agar memudahkan dirinya untuk mencapai klimaks. Marie Bonaparte adalah contoh sebilangan wanita yang tidak boleh mencapai klimaks melalui seks penetrasi faraj sahaja.

Pada zamannya, terdapat bukti perubatan bahawa semakin dekat biji kelentit dengan bibir faraj, seorang wanita itu akan lebih mudah untuk mencapai klimaks melalui seks penetrasi.

Penemuan ini juga sudah dibuktikan oleh kajian zaman moden.

Namun sayangnya, pembedahan Marie Bonaparte dikatakan tidak membuahkan sebarang hasil.

#3. Ukurannya lebih besar daripada yang kelihatan

Kebanyakan individu tidak mengetahui bahawa klitoris memiliki fungsi yang sama dengan zakar.

Klitoris wanita mungkin hanya kelihatan kecil dengan pandangan mata kasar, namun organ ini sebenarnya jauh lebih besar daripada yang anda sangkakan.

biji kelentit wanita

(Sumber: oddee.com)

Biji kelentit memiliki struktur seperti zakar, dengan kulup dan batang, serta penyangga dengan dua “kaki” masing-masing sepanjang 7.5 cm, menyambungkan faraj dengan g-spot (sekumpulan saraf dalam vagina yang membantu orgasma), serta dengan seluruh organ seksual wanita.

Bahagian yang tidak kelihatan ini tidak dapat diangkat atau dipindahkan. Hanya kepala biji kelentit dan kulupnya yang terletak di luar.

#4. Klimaks boleh menjadikannya sakit

Rangsangan biji kelentit membolehkan pencapaian orgasma yang diidamkan oleh ramai wanita.

Tapi, apa yang mungkin anda tidak ketahui adalah, ukuran biji kelentit boleh mencapai had maksimum ‘pembengkakan’ sewaktu menghampiri klimaks.

Hal ini seterusnya mungkin akan membuat wanita berasa sedikit tidak selesa, bahkan kadangkala terlalu sakit untuk meneruskan rangsangan.

Jika anda mula berasa terlalu sensitif, kurangkan fokus rangsangan pada klitoris dan minta pasangan anda memberi perhatian pada bahagian tubuh badan yang lain.

#5. Biji kelentit wanita memerlukan lembapan

Gesekan pada klitoris dengan jari atau alat permainan seks tanpa lembapan yang mencukupi boleh membuatkan wanita berasa tidak selesa.

Anda boleh menggunakan pelincir faraj atau pastikan anda memulakan hubungan seks dengan ringan-ringan atau “foreplay”.

“Foreplay” sebelum seks adalah perlu dilakukan untuk membantu faraj menjadi lembap lalu mencapai orgasma yang memuaskan.

Dengan cara menunjukkan hasrat seksual melalui keintiman fizikal dan emosi seperti mencium, menyentuh, memeluk dan membelai tubuh badan, wanita akan lebih terangsang untuk menjalani hubungan seksual.

Menariknya, berjalan kaki juga boleh membantu klitoris menjadi lebih sihat dan ‘membengkak’ sebanyak 168%.

Satu orgasma klitoris dapat menghasilkan antara 3 – 16 kontraksi yang dapat berlangsung selama 10 – 30 saat.

Sebanyak 95% wanita dapat mencapai orgasma dalam masa beberapa minit sahaja, hanya dengan merangsang dirinya pada klitoris.

biji kelentit wanita

#6. Ia tidak akan mati pucuk

Wanita sebenarnya tidak perlu risau akan menghadapi masalah mati pucuk seperti alat reproduktif lelaki kerana fungsi biji kelentit tidak akan berubah seiring dengan penuaan.

Malahan itu, klitoris juga akan membesar dengan seiring pertambahan usia seorang wanita.

Setelah menopaus, biji kelentit boleh menjadi 2.5 kali lebih besar berbanding ketika wanita tersebut masih dalam usia remaja.

Pun begitu, ramai individu yang keliru di antara klitoris dengan g-spot.

Kebanyakan mereka beranggapan bahawa kedua-duanya adalah sama sahaja.

Sebenarnya, terdapat perbezaan yang ketara di antara klitoris dengan g-spot.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What Is The Clitoris And What Does It Do? Is It The Same As The G-spot? https://sexetc.org/info-center/post/what-is-the-clitoris-and-what-does-it-do-is-it-the-same-as-the-g-spot/. Accessed May 21, 2019.
  2. The Truth About The G Spot. http://www.besthealthmag.ca/best-you/girlfriends-guide/is-the-g-spot-real/. Accessed May 21, 2019.
  3. Over the skin what you can see. https://www.anatomyofpleasure.org/over-the-skin-what-you-can-see. Accessed May 21, 2019. 
  4. Clitoris. https://brooksidepress.org/brooksidepress/?page_id=92. Accessed May 21, 2019. 
  5. Clitoris. https://www.bbc.co.uk/bbcthree/article/Accessed May 21, 2019. 

 

Versi Terbaru

17/08/2022

Ditulis oleh Nurul Halifah

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Bukan Hanya Lelaki, Wanita Juga Boleh Alami KETAGIHAN Seks! Ini Ciri Orang Gila Seks

Selain 'Woman On Top' 5 Posisi Seks Ini Juga Berisiko Cederakan Anda, Hati-Hati Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 17/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan