Peningkatan jumlah kes bunuh diri sepanjang wabak virus korona baharu (COVID-19) yang berlaku di seluruh dunia amat membimbangkan.
Peningkatan jumlah kes bunuh diri sepanjang wabak virus korona baharu (COVID-19) yang berlaku di seluruh dunia amat membimbangkan.

Ia menunjukkan kepentingan menjaga dan memberikan tumpuan kepada tahap kesihatan mental individu.
Menurut tinjauan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC), kira-kira 41% orang dewasa di Amerika Syarikat (US) mengalami masalah berkaitan dengan isu kesihatan mental atau penggunaan bahan terlarang.
Apa yang lebih membimbangkan adalah pada Ogos 2020, setinggi 11% responden melaporkan keinginan untuk bunuh diri dalam tempoh masa 30 hari.
Untuk membuat perbandingan, pada tahun 2018, jumlah peratusan keinginan bunuh diri hanya dialami oleh 4% populasi orang dewasa di US dalam tempoh 12 bulan (360 hari).
Teruk kan? Jika anda ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut, baca artikel ini sehingga habis.

Kenaikan kes bunuh diri bukanlah sesuatu yang hanya berlaku sepanjang tempoh pandemik.
Sebelum muncul COVID-19, badan kesihatan global seperti CDC sudah pun melaporkan peningkatan kes bunuh diri.
Ia selaras dengan peningkatan jumlah individu yang mengalami masalah peningkatan mental.
Menurut CDC lagi, di antara tahun 2000 hingga 2018, peningkatan kes bunuh diri dapat dilihat berlaku secara ketara terutamanya di kawasan kampung (48%) berbanding dengan mereka yang tinggal di bandar (34%).
Perkara ini mungkin ada kaitan dengan implikasi ekonomi terhadap pendapatan mereka yang menetap di kampung serta penggunaan dadah terlarang yang lebih tinggi dalam kalangan populasi tersebut.
Kemiskinan boleh meningkatkan tahap keresahan dan stres seseorang. Keadaan ini kemudiannya menyebabkan rasa tiada harapan dan kemurungan.
Apabila ia tidak dirawat, mereka yang mengalami perubahan keadaan mental tersebut berisiko untuk bunuh diri.
Walaupun perbandingan sering dibuat antara penduduk bandar dan kampung, kes bunuh diri bagi lelaki adalah 3 kali ganda lebih tinggi berbanding wanita bagi kedua-dua situasi.
Situasi ini mungkin berlaku berikutan tanggapan masyarakat terhadap nilai diri lelaki yang lebih berkait dengan kerjaya dan keupayaan mereka untuk menyara keluarga.
Sepanjang pandemik virus korona baharu, keadaan ekonomi negara tidak begitu baik. Ia menyebabkan ramai individu yang kehilangan sumber pendapatan dan berhadapan dengan masa depan yang tidak pasti.

Walaupun penjarakan sosial merupakan kaedah berkesan dalam mengawal jangkitan virus korona baharu, istilah tersebut turut memberikan gambaran yang negatif kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan mental.
Apabila seseorang itu didiagnosis dengan keadaan kesihatan seperti kemurungan dan kegelisahan, isolasi sosial bukanlah satu perkara yang baik untuk tahap kesihatan mental mereka.
Oleh sebab itulah istilah tersebut telah ditukar kepada penjarakan fizikal. Ia lebih tepat dan tidak memberikan tanggapan buruk dan salah faham dalam usaha untuk kita menangani wabak pandemik.
Sewaktu krisis sedang melanda, penting bagi anda untuk menjadikan tahap kesihatan mental sebagai satu prioriti.
Langkah penjagaan seperti berikut boleh diamalkan:
Peningkatan kes bunuh diri bukanlah sesuatu yang baik dalam apa jua konteks sekalipun.
Masalah ini perlu diberi perhatian terutamanya sepanjang kita berada dalam situasi pandemik.
Jika anda mengalami apa jua simptom berkait dengan masalah kesihatan mental atau anda berasa tertekan disebabkan oleh masalah seperti hilang pekerjaan dan sebagainya, dapatkan bantuan profesional sekarang.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
04/03/2021
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor