backup og meta

Makanan Terbaik untuk Mata yang Sihat

Sama seperti badan, mata kita memerlukan pemakanan tertentu untuk mengekalkan kesihatan mata secara menyeluruh.

Makanan Terbaik untuk Mata yang Sihat

Ahli Optometri dan Pengurus Latihan Focus Point Vision Care Group Sdn Bhd, Vivien Lee berkata, pilihan pemakanan yang betul dapat membantu memelihara kesihatan mata yang optimum.

Menurutnya, antara makanan yang baik untuk mata adalah telur, ikan, kacang badam, avokado, brokoli, bluberi, bayam, lobak merah, limau, keju kotej, bawang putih dan kekacang.

“Setiap makanan mengandungi nutrisi yang berbeza untuk mata. Contohnya, kumpulan makanan zeaxanthin dan lutein yang ada dalam sayuran hijau, telur, serta buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna dapat merendahkan risiko untuk kemerosotan makula dan katarak.

“Asid lemak omega-3 yang terdapat dalam ikan dan kekacang juga adalah salah satu nutrien yang ‘mesra-mata’. Pengambilan asid lemak ini dapat membantu perkembangan visual dan fungsi retina,” katanya yang ditemui semasa pelancaran Hari Penglihatan Sedunia 2018 yang berlangsung di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Vivien berkata, pengambilan vitamin A, C dan E juga amat penting untuk kesihatan mata, di mana vitamin A dapat membantu melindungi permukaan mata (kornea) dan penting untuk penglihatan malam. Vitamin C pula bertindak sebagai antioksidan yang merendahkan risiko katarak dan melambatkan kemerosotan makula atau umur yang berkaitan dengan kehilangan penglihatan, sementara vitamin E berfungsi untuk melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas pada tisu.

Ujarnya lagi, zink juga adalah nutrien penting yang membantu vitamin A mencipta pigmen yang dipanggil melamin, yang melindungi mata anda daripada sinaran ultra-violet (UV).

“Pengambilan antioksidan juga membantu mengekalkan penglihatan yang baik selain mengurangkan risiko penyakit keradangan kulit. Antioksidan juga tinggi kandungan asid anthocyanins dan phenolic yang membantu melewatkan kesan penuaan. Sumber baik untuk anthocyanins boleh didapati daripada bluberi,” katanya.

Selain pengambilan makanan yang sihat, kesihatan mata juga boleh dikekalkan menerusi pemeriksaan mata secara berkala iaitu pada setiap 6-12 bulan sekali. Pencahayaan yang sempurna dan mengerdipkan mata dengan kerap juga membantu penjagaan mata anda.

Anda juga dinasihatkan supaya memakai cermin mata hitam pada waktu cerah terutama apabila berada di bawah sinaran matahari. Pelarasan jarak juga penting terutama jika anda sedang membaca, menggunakan gajet ataupun komputer.

Bagi mereka yang berkerja di hadapan komputer, anda digalakkan untuk berhenti sekejap selepas 20 minit menggunakan komputer dan memandang apa-apa benda yang berwarna hijau seperti pokok. Cara ini dapat membantu anda untuk merehatkan mata. Tips lain untuk menjaga mata adalah dengan melakukan senaman mata.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

15/11/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Shahrul Izwan Naser


Artikel Berkaitan

Pemeriksaan Mata: Adakah Orang Malaysia Tahu Dan Faham Kepentingannya?

Kalau Tak Nak Mata Anak Cepat Rosak, Ibu Ayah Sila Ikut Tips Penjagaan Mata Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 15/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan