Anda rabun? Tetapi keliru sama ada ingin memakai cermin mata atau kanta lekap? Usah risau lagi, artikel ini akan mengupas mengenai pro dan kontra kedua-duanya.
Anda rabun? Tetapi keliru sama ada ingin memakai cermin mata atau kanta lekap? Usah risau lagi, artikel ini akan mengupas mengenai pro dan kontra kedua-duanya.

Terdapat 2 jenis cermin mata. Cermin mata penglihatan tunggal membetulkan masalah jarak jauh, manakala kaca mata multifocal membantu masalah jarak dan isu penglihatan dekat, seperti membaca.
Kanta multifocal terdapat dalam pelbagai bentuk:
Dahulu, lensa sering diperbuat daripada kaca. Kini, kebanyakannya diperbuat daripada plastik.
Ini kerana, kanta plastik lebih ringan dan boleh dirawat dengan lapisan untuk melindungi mata. Tetapi material ini lebih cenderung berhadapan dengan masalah calar berbanding kanta kaca.
Jenis-jenis cermin mata yang lain dapat memenuhi keperluan khusus:

Seperti yang kita tahu, penggunaan cermin mata cukup mudah dan tidak memerlukan pembersihan khas mahupun penjagaan yang spesifik.
Selain itu, anda boleh memilih daripada pelbagai bentuk bingkai yang sesuai dengan gaya dan bentuk muka anda.
Selain itu, anda juga tidak perlu menyentuh mata dan boleh menanggalkan cermin mata anda dengan mudah dan meletakkannya pada bila-bila masa yang anda mahukan.
Cermin mata boleh ‘memutarbelitkan’ penglihatan, terutama di tepi lensa jika anda mempunyai power atau astigmatisme yang kuat.
Di samping itu, segelintir individu mungkin tidak suka rasa berat di sekitar hidung atau tekanan pada telinga.
Sebilangan individu pula mungkin tidak menyukai cara mereka kelihatan dengan pemakaian cermin mata.
Banyak orang menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan lensa progresif.
Ditambahkan lagi dengan masalah kabus apabila beralih suhu dari satu tempat ke tempat yang lain, ataupun terpercik dalam hujan- ini boleh menjengkelkan si mata empat ini.
Pemakaian kaca mata juga kurang sesuai apabila terlibat dengan aktiviti fizikal terutamanya yang lasak seperti bermain bola, ragbi dan sebagainya.
Kanta lekap atau contact lens adalah cakera plastik atau kaca nipis yang terletak tepat di mata anda untuk membetulkan penglihatan.
Terdapat 2 jenis kanta lekap iaitu lembut dan keras, juga disebut sebagai rigid glass permeable.
Kanta lekap yang lembut, diperbuat daripada plastik lembut, merupakan jenis yang paling popular dalam kalangan pengguna.
Ini kerana, jenis contact lens ini dikatakan lebih selesa berbanding dengan yang keras kerana mampu mengandungi lebih banyak kandungan air dan tidak menyentuh kornea.
Terdapat beberapa jenis contact lens lembut, antaranya:
Bagi kanta lekap keras, ia tahan lebih lama berbanding yang lembut. Ia juga mungkin lebih senang dijaga tetapi boleh menjadi kurang selesa bagi para pemakai.
Selain itu, kanta lekap keras sering memberikan penglihatan yang lebih baik untuk masalah astigmatisme (apabila mata anda lebih bujur daripada bulat) dan boleh menjadi pilihan yang baik jika anda mempunyai alahan.

Ia mampu memberi anda penglihatan yang lebih semula jadi berbanding memakai kaca mata.
Tambahan itu, kanta lekap juga dapat bergerak seiring dengan mata anda, dan tidak akan menghalang penglihatan.
Berbeza dengan cermin mata, pemakai contact lens juga tidak akan bergelut dengan masalah kabus pada kanta atau basah ketika hujan mahupun cuaca sejuk.
Ia juga sesuai digunakan apabila bersukan kerana tidak akan menghalang anda apabila melakukan aktiviti fizikal.
Kanta lekap sememangnya memerlukan penjagaan yang lebih banyak dan cerewet berbanding cermin mata.
Ini kerana, anda mesti membersihkn dan menyimpannya dengan cara yang betul.
Anda boleh mendapat jangkitan mata yang serius jika tidak mengamalkan rutin pembersihan dengan baik atau tidak mencuci tangan sebelum memakainya.
Sekiranya anda mempunyai masalah astigmatisme yang tinggi, penglihatan anda mungkin menjadi kabur apabila lensa bergerak.
Untuk menentukan sama ada pemakaian kanta lekap atau cermin mata yang lebih sesuai untuk anda, hanya anda yang boleh membuat keputusan!
Ia terpulang kepada pilihan peribadi masing-masing, kerana segelintir individu mungkin tidak mahu terikat dengan rutin pembersihan kanta lekap, maka mereka lebih rela memakai kaca mata.
Manakala bagi sesetengah orang pula, mereka inginkan kebebasan terutamanya apabila bersenam atau bersukan, justeru lebih cenderung untuk memilih kanta lekap.
Apa pun pilihan anda, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar mata terlebih dahulu untuk mengetahui pilihan mana yang paling sesuai ya!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
10/09/2021
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa