Kecederaan pada muka atau kepala boleh menyebabkan mata lebam. Walaupun mata lebam bukan cedera serius, penyembuhannya memerlukan masa yang lama, apatah lagi ia menyakitkan dan memalukan.
Kecederaan pada muka atau kepala boleh menyebabkan mata lebam. Walaupun mata lebam bukan cedera serius, penyembuhannya memerlukan masa yang lama, apatah lagi ia menyakitkan dan memalukan.

Kecederaan fizikal seperti pukulan ke hidung, mata atau muka membawa kepada mata lebam. Selepas kecederaan itu, mata itu sendiri tidak cedera, tetapi saluran darah dan cecair lain di sekeliling mata berkumpul menyebabkannya membengkak dan menjadi hitam.
Berikut adalah beberapa peringkat prosedur untuk menghilangkan mata lebam.
Langkah 1: Gunakan ais
Selepas cedera, letakkan pek ais di kawasan yang terjejas selama 10 minit. Ingat untuk membungkus pek ais dalam tuala atau kain, meletakkannya terus ke kulit boleh menyebabkan luka beku (frostbite). Teruskan dengan rawatan setiap jam selama beberapa hari pertama, 20 minit setiap kali. Semasa melakukannya, tekankan pek ais pada kulit di sekeliling mata, bukan mata itu sendiri.
Langkah 2: Ambil ubat tahan sakit
Jika kesakitan tidak tertahan, pesakit boleh mengambil beberapa Acetaminophen atau Ibuprofen dengan arahan doktor. Aspirin harus dielakkan kerana ia boleh menyekat keupayaan pembekuan darah.
Langkah 3: Periksa kecederaan lain
Kecederaan boleh menjadi ringan atau sangat parah. Langkah ini adalah mengenai mendapatkan pemeriksaan doktor dalam kes yang serius. Sekiranya mata lebam muncul bersama-sama dengan simptom ini, segera berjumpa doktor.
Langkag 1: Hadkan tekanan pada mata
Mata lebam sering berlaku dengan rasa sakit dan bengkak. Dalam kes ini, orang lebih suka membiarkan mata berehat seketika daripada memaksanya untuk terus terbuka dengan kesakitan.
Langkah 2: Gunakan beberapa haba
Selepas 1 hingga 2 hari pertama rawatan ais, beralih menggunakan haba lembap. Kehangatan boleh membuat saluran darah melebarkan, menggalakkan peredaran darah, dan membolehkan darah terperangkap di bawah kawasan yang terjejas diserap semula. Oleh itu, ia mempercepat proses penyembuhan.
Tuam panas (tidak terlalu panas), dan kain lembap ke kawasan yang cedera selama setiap 10 minit, rehat 10 minit antara dua kali tuam. Ingat untuk tidak meletakkan kain secara langsung di mata lebam tetapi kawasan sekitarnya.
Langkah 3: Hubungi doktor jika kerosakan semakin buruk atau tidak menjadi lebih baik
Kcederaan itu sepatutnya akan pudar selepas 10 hari atau lebih. Oleh itu, jika selepas tempoh itu, ia masih tidak sembuh, hubungi doktor untuk pemeriksaan.
Nota: Mata lebam biasanya menjadi lebih teruk selepas beberapa hari pertama kemudian menjadi lebih baik. Jangan menjadi panik sekiranya kecederaan kelihatan lebih buruk pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, jika mengalami simptom seperti pendarahan, segera berjumpa doktor.
Mata lebam sangat mempengaruhi penampilan seseorang. Oleh itu, dalam beberapa keadaan yang perlu, kosmetik boleh membantu. Walau bagaimanapun, terdapat perkara yang perlu diingatkan.
Seseorang juga boleh menggunakan beberapa bahan rumah seperti kentang mentah, beg teh sejuk, kepingan timun atau vaseline. Kesemua itu boleh berfungsi dengan baik sebagai alternatif tambahan pada kecederaan.
Mata lebam kebanyakannya bukan cedera parah. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes tertentu, ia boleh menjadi sangat serius dan memerlukan rawatan yang sewajarnya.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
How to Get Rid of a Black Eye Fast. https://www.nlda.org/a/black-eye/ Accessed January 6, 2017
3 Ways to Get Rid of a Black Eye. http://www.wikihow.com/Get-Rid-of-a-Black-Eye Accessed January 6, 2017
Versi Terbaru
15/11/2019
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Shahrul Izwan Naser
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor