
Organ mata manusia adalah antara pancaindera yang paling penting kerana tanpanya, masakan kita semua mampu untuk melihat?
Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk individu tahu cara menjaga mata dengan baik agar ia tidak mudah rosak!
Dalam usaha itu, sudah pasti akan timbul banyak mitos berkenaan kesihatan mata yang kita dapat dengar atau baca.
Meskipun mungkin ada kepercayaan yang betul, namun tidak semua yang dikatakan itu benar. Jadi, di sini kami akan rungkaikan untuk anda.
Mitos #1. Mata akan rosak jika duduk dekat dengan televisyen
Ketika kita semua masih kecil, sudah pasti pernah diberi amaran bahawa menonton televisyen terlalu dekat akan merosakkan mata.
Sebenarnya, mitos ini adalah tidak benar sama sekali kerana tiada beza jika anda menonton televisyen terlalu dekat atau jauh.
Hakikatnya, mata tetap akan berasa penat dan sakit setiap kali menonton skrin tanpa mengira jarak anda berada dengannya.
Untuk mengelakkan ia rosak akibat aktiviti melihat skrin, sila rehatkan mata anda selama beberapa minit/jam daripada skrin.






















