Tidak kira apa jua alasannya, ejakulasi pramatang adalah satu masalah yang cukup mengecewakan baik untuk si penghidap mahupun pasangan mereka. Rasa gementar dan gemuruh acap kali menjadi penyebab utama.
Tidak kira apa jua alasannya, ejakulasi pramatang adalah satu masalah yang cukup mengecewakan baik untuk si penghidap mahupun pasangan mereka. Rasa gementar dan gemuruh acap kali menjadi penyebab utama.

Ejakulasi pramatang merujuk kepada kecenderungan seseorang lelaki itu untuk mengalami ejakulasi dengan terlalu cepat atau dengan rangsangan seksual yang sedikit, lazimnya apa proses hubungan seks itu baru sahaja bermula.
Masalah ini adalah masalah seksual lelaki yang paling lazim.
Anggaran profesional perubatan meletakkan sekitar 20 hingga 30% daripada kaum adam mengalami masalah ejakulasi pramatang pada satu-satu masa dalam hidup mereka.
Lelaki yang hidup dengan masalah ini berdepan dengan cabaran emosi yang kuat. Mereka rasa tertekan, kekok dan rasa hilang kawalan.

Punca masalah ini boleh disebabkan oleh faktor biologi atau psikologi atau kedua-duanya sekali.
Punca psikologi adalah seperti berikut:
Punca Biologi dan punca-punca lain masalah ini berlaku termasuklah:

Lelaki yang menghidap ejakulasi pramatang atas sebab-sebab psikologi perlu pertimbangkan terapi tingkah laku.
Melancap sejam atau dua sebelum melakukan seks mungkin membantu untuk melengahkan ejakulasi anda, sehingga anda berdua boleh klimaks pada masa yang sama.
Anda juga mungkin tidak perlu terlalu fokus pada seks, sebaliknya, cuba rangsangan seksual yang lain, berikan diri anda masa untuk mengatasi kegelisahan atau rasa gementar akan prestasi seksual.
Ada beberapa cara bagi membantu mengatasi masalah ini:
Akhir sekali, cuba fikirkan sesuatu selain daripada seks apabila ingin klimaks, dengan harapan dapat mengurangkan momentum stimulasi.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
28/10/2021
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Nurul Halifah
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor