Selain daripada menduduki tangga teratas bagi kategori negara paling tinggi masalah obesiti, Malaysia juga merupakan negara yang mempunyai purata pesakit diabetes paling tinggi di Asia. Tidak hairanlah memandangkan obesiti merupakan faktor risiko yang penting untuk penyakit kencing manis. Namun, persoalannya, adakah mereka yang menghidap kencing manis boleh sembuh?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.
Pesakit kencing manis boleh sembuh?
Umumnya, terdapat kira-kira 3.6 juta penghidap kencing manis di Malaysia. Ia bukan sahaja menduduki tangga pertama di carta Asia Tenggara, malahan turut merupakan salah satu negara yang memiliki jumlah pesakit diabetes tertinggi di seluruh dunia.
Perkara ini amat membimbangkan memandangkan anggaran jumlah pesakit pada tahun 2025 boleh mencecah kira-kira 7 juta jika ia tidak dibendung.
Penyebabnya? Gaya hidup moden yang lebih sedentar dan amalan pemakanan tidak sihat.

Jadi persoalan utama di sini, adakah pesakit kencing manis boleh sembuh? Terdapat pelbagai faktor boleh mempengaruhi keberkesanan rawatan mereka yang menghidap kencing manis.
Jadi, jika seseorang itu bertanyakan kepada anda, adakah pesakit kencing manis boleh sembuh? Jawapannya ya, dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Saranan spesifik buat pesakit diabetes
Anda sudah mengetahui bahawa penyakit kencing manis ini boleh sembuh dengan mempraktikkan amalan gaya hidup sihat. Tetapi adakah anda tahu caranya?
Usah bimbang. Berikut 3 keadah mudah yang boleh diamalkan jika mahu sembuh daripada keadaan diabetes ini:
1. Kawal berat badan
Pengawalan berat badan merupakan satu kaedah yang berkesan dalam menghindari atau merawat penyakit kencing manis.
Masalah berat badan berlebihan dan obesiti dilihat sudah menular berdasarkan kenaikan insidennya pada setiap tahun. Pun begitu, melalui kawalan kalori pemakanan dan aktiviti fizikal, masalah tersebut pasti boleh dirawat.
Mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan boleh mengamalkan amalan pemakanan seimbang bagi menurunkan berat badan masing-masing.

Saranan terkini adalah supaya kadar penurunan berat badan berada pada sekitar 5 hingga 10 peratus daripada berat badan asal dalam tempoh 6 bulan.
Perkara ini boleh dicapai melalui pengurangan pengambilan kalori sebanyak 500 hingga 1000 kalori sehari.
Jika ia mampu dilaksanakan, penurunan berat badan boleh berlaku dalam sekitar 500 g hingga 1 kg seminggu. Lama kan? Kota Rom tidak dibina dalam masa satu hari, begitu juga tubuh badan yang sihat.
2. Kawal pengambilan nutrisi makro
Betul ke kalau kita kawal pengambilan karbohidrat, boleh sihat?
Bagi mereka menghidap kencing manis, tiada sebarang pengkhususan berkenaan dengan peratusan karbohidrat, protein dan lemak bagi mendapatkan jumlah nutrisi yang ideal.
Namun menurut Persatuan Dietetik Malaysia, pemakanan seimbang terdiri daripada 45-60% sumber karbohidrat, 15-20% sumber protein, dan 25-35% sumber lemak.
Baca juga:






















