Penderaan kanak-kanak bukan lagi fenomena baru. Malah ia berlaku di seluruh dunia. Kesan penderaan kanak-kanak bukan sekadar hanya pada fizikal, tetapi turut melibatkan emosi dan mental mereka. Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenainya.
Penderaan kanak-kanak bukan lagi fenomena baru. Malah ia berlaku di seluruh dunia. Kesan penderaan kanak-kanak bukan sekadar hanya pada fizikal, tetapi turut melibatkan emosi dan mental mereka. Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenainya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan penderaan kanak-kanak sebagai semua bentuk penderaan yang boleh menyebabkan kecederaan atau kerosakan kepada kesihatan, kehidupan, pembangunan atau kemuliaan kanak-kanak.
Ia boleh dilakukan oleh mereka yang bertanggungjawab, amanah atau kuasa ke atas kanak-kanak, seperti:
Kadang-kadang kita perlu membezakan antara penyalahgunaan dan hak ibu bapa kepada disiplin anak.
Ibu bapa mempunyai hak untuk mendisiplinkan anak mereka selagi dilakukan dengan cara yang munasabah dan sederhana dan tidak merupakan kekejaman.

Pengabaian dan penderaan kanak-kanak mungkin akan memberikan kesan signifikan ke atas tahap kesihatan kanak-kanak tersebut pada masa lalu, sekarang dan masa depan.
Di samping itu, penganiayaan yang dilakukan boleh menyebabkan pelbagai kesan terhadap perkembangan, psikologi dan fizikal kepada kanak-kanak.
Pendedahan berulang kepada peristiwa yang memberikan tekanan boleh mendatangkan kesan kepada tindak balas tekanan otak, menjadikannya tidak aktif dan kurang penyesuaian diri.
Penyelidikan juga mendapati terdapat hubung kait antara penderaan pada zaman kanak-kanak dengan masalah kesihatan pada masa depan, seperti:
Kanak-kanak yang menderita akibat penganiayaan cenderung untuk menjadi kurang berkeyakinan dan tidak percaya kepada individu dewasa.
Ia juga boleh membawa kepada kegelisahan kronik dan kemurungan.
Beberapa kesan yang mungkin berlaku adalah:

Kewujudan satu tanda penderaan fizikal tidak semestinya bermaksud kanak-kanak tersebut menderita akibat penderaan. Tetapi, mengetahui tentang tanda penderaan itu mungkin boleh menjadi petunjuk untuk melihatnya dengan lebih teliti.
Beberapa tanda penderaan fizikal dapat dilihat dalam senarai di bawah:
Tanda penderaan kanak-kanak tidak selalu jelas kelihatan, dan kanak-kanak mungkin tidak memberitahu sesiapa tentang apa yang berlaku kepada mereka.
Ini mungkin disebabkan rasa takut seandainya pendera mengetahui tentang itu dan takut penderaan akan menjadi semakin teruk.
Mereka mungkin merasakan tiada sesiapa yang boleh mereka luahkan atau mereka mungkin dianggap menipu. Ada masanya kanak-kanak tidak menyedari apa yang berlaku itu adalah penderaan.
Oleh kerana itu, kesan daripada penderaan dan pengabaian boleh mendatangkan mudarat kepada mangsa dan masyarakat di sekeliling mereka.

Jika anak anda masih bayi, ketahui tanda-tanda Sindrom Goncang Bayi (SBS), iaitu keadaan di mana bayi digoncang dalam keadaan marah.
Dalam kes yang lebih teruk, penderaan melibatkan kepala bayi dipukul atau dihentak menggunakan objek keras seperti di dinding atau di lantai.
Bayi yang mengalami SBS, walaupun parah, kadangkala kesannya tidak boleh dilihat segera. Kecederaan goncang bayi selalunya berlaku pada bayi usia setahun ke bawah, dan adakalanya sindrom ini berlaku pada kanak-kanak sehingga usia 5 tahun.
Bayi yang mengalami SBS mungkin mengalami mata berkaca, tubuhnya kelihatan mengeras, lemah dan meragam.
Selain itu, bayi SBS juga akan kehilangan selera makan, mengalami kesukaran untuk makan, atau muntah.
Dalam kes yang teruk, bayi anda mungkin tidak boleh fokus pada objek atau mengangkat kepala. Dan, bayi juga boleh jadi tidak sedarkan diri, sukar untuk bernafas, mengalami sawan ataupun mungkin mendapat koma.
Jika anda mengesyaki si kecil anda mengalami SBS, segera bawa anak anda ke hospital untuk rawatan. Langkah segera anda dapat membantu menyelamatkan si kecil.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Mayo Clinic Child and Family Advocacy Center http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/child-abuse/basics/symptoms/con-20033789 Accessed on June 17, 2019.
Child Abuse and Neglect http://www.helpguide.org/articles/abuse/child-abuse-and-neglect.htm Accessed on June 17, 2019.
Child abuse: How to tell if something’s wrong https://www.babycenter.com/0_child-abuse-how-to-tell-if-somethings-wrong_6210.bc Accessed on Nov 12, 2018.
Possible Signs of Child Abuse https://www.webmd.com/children/child-abuse-signs#1 Accessed on Nov 12, 2018.
Child abuse: What to do if you suspect abuse https://www.babycenter.com/0_child-abuse-what-to-do-if-you-suspect-abuse_6212.bc Accessed on Nov 12, 2018.
Perlindungan Kanak-kanak https://www.unicef.org/malaysia/msl/protection_5203.html Accessed on July 5, 2018.
CHILD ABUSE IN MALAYSIA: LEGAL MEASURES FOR THE PREVENTION OF THE CRIME AND PROTECTION OF THE VICTIM http://dergipark.gov.tr/ijsshs/issue/26220/276044 Accessed on July 5, 2018.
Sukar kawal marah, suka mendera https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2018/02/391842/sukar-kawal-marah-suka-mendera Accessed on July 5, 2018.
Effects of Child Abuse and Neglect. http://www.joyfulheartfoundation.org/learn/child-abuse-neglect/effects-child-abuse-neglect. Accessed December 20th, 2016.
Child Abuse and Neglect: Consequences. https://www.cdc.gov/violenceprevention/childmaltreatment/consequences.html. Accessed December 20th, 2016.
Versi Terbaru
04/03/2021
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa