backup og meta

5 Sebab Mengapa Anak Anda Perlu Menerima Vaksin

Di Malaysia, beberapa vaksin telah dijadikan program kebangsaan di hospital dan klinik seluruh negara. Rakyat Malaysia boleh mendapatkan vaksin secara percuma. Antara vaksin yang terbabit ialah BCG, polio, hepatitis B, mumps dan rubella.

5 Sebab Mengapa Anak Anda Perlu Menerima Vaksin

Namun, ada golongan yang tidak mahu memberikan anak mereka vaksin atas beberapa alasan tertentu. Mari lihat 5 sebab mengapa anak anda perlu menerima vaksin.

1. Vaksin boleh menyelamatkan nyawa anak anda

Tujuan vaksin adalah untuk mencegah anak dari dari penyakit. Beberapa penyakit yang mempunyai vaksin seperti cacar air, tuberkulosis, beguk dan hepatitis B boleh dicegah jika anak anda menerima vaksin. Mengapa mahu bersusah payah jika penyakit tersebut dapat dielakkan dari awal?

2. Vaksin adalah selamat dan efektif

Sebelum sesuatu vaksin diwartakan, ia sudah diuji oleh doktor dan saintis untuk memastikan ia benar-benar selamat. Dakwaan yang mengatakan vaksin boleh menyebabkan kanak-kanak menghadapi masalah mental adalah tidak benar sama sekali. Ia memang ada kesan sampingan seperti tindak balas alahan tetapi sangat jarang berlaku.

3. Vaksin turut melindungi orang sekeliling

Bukan sekadar anak anda, vaksin juga melindungi orang di sekeliling anda. Semua penyakit yang divaksin adalah penyakit berjangkit. Sebab itu ia perlu dicegah sebelum ia tersebar di dalam komuniti. Dengan menolak vaksin, anda bukan sahaja boleh menyebabkan anak anda yang tidak bersalah jatuh sakit, malah ahli keluarga lain yang tidak terlibat juga boleh mendapat kesannya.

4. Vaksin menjimatkan masa dan kos

Sesetengah penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin boleh menyebabkan kecacatan kekal seperti polio yang boleh menyebabkan lumpuh kaki atau badan. Beguk pula mempunyai risiko mandul khususnya bagi lelaki.

5. Vaksin melindungi generasi akan datang

Jika vaksin diambil secara meluas orang semua orang, penyakit yang ada tidak mustahil boleh dihapuskan secara total. Antara contoh terbaik adalah penyakit polio yang telah dihapuskan di Malaysia. Penyakit seperti beguk dan cacar air juga mungkin boleh mengalami nasib yang sama.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Vaccines.gov (Januari 2018). Five Important Reasons To Vaccinate Your Child. Dimuat turun daripada https://www.vaccines.gov/getting/for_parents/five_reasons/index.html.

Versi Terbaru

13/05/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Anak Muntah? Ibu, Jangan Bagi Si Kecil Makan 1 Jam Selepas Itu! Ini Petua Lain Hilangkan Mual

Nak Badan Baby Berisi Sedikit? Ini 9 Makanan Untuk Bayi 1 Tahun Biar Gemuk!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan