backup og meta

Disleksia Memerlukan Pendekatan Berbeza

Mempunyai seorang anak yang mengalami disleksia tentu bukan satu hal yang mudah dihadapi oleh semua ibu bapa. Setiap orang pasti mengharapkan anaknya dapat membesar dan belajar sama seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengan anaknya.

Disleksia Memerlukan Pendekatan Berbeza

Setiap anak adalah unik – jangan membandingkan dengan anak lain!

Apabila terdapat kelewatan dalam bercakap, membaca dan belajar, ibu bapa akan mula resah dan risau dengan prestasi serta masa depan anaknya itu. Lebih-lebih lagi apabila anak-anak kakak atau adiknya lebih terkehadapan dalam banyak segi.

Perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh setiap ibu bapa adalah bahawa setiap anak adalah unik dengan caranya tersendiri. Tidak perlu anda terlalu membandingkan anak anda dengan kanak-kanak lain. Kelewatan atau kekurangan dalam satu perkara tidak bermakna mereka lemah. Sudah tentu banyak sudut lain di mana mereka lebih terkehadapan berbanding orang lain.

Cukup untuk anda fokus pada anak anda tanpa berlumba-lumba menjadikan anak anda lebih hebat dan berjaya daripada orang lain.

Disleksia bukan masalah kesihatan mental

Ia adalah masalah pembelajaran di mana terdapat kesukaran dalam beberapa proses pembelajaran seperti bercakap, membaca dan menulis. Kecerdasan dan IQ mereka tidak terjejas, bahkan sebahagian daripada mereka mempunyai kreativiti dan kecerdasan yang sangat tinggi.

Oleh itu, anda tidak perlu rasa terlalu risau bahawa anak anda seorang yang ‘bodoh’ atau ‘lembap’. Apa yang mereka perlukan sebenarnya adalah pendekatan yang sedikit berbeza berbanding kanak-kanak lain.

Jika anda mengesyaki bahawa anak anda mungkin mengalami disleksia seperti lambat bercakap, membaca, mengenal huruf dan menulis, sila dapatkan nasihat perubatan daripada pakar di hospital atau klinik. Terdapat terapi dan kaedah pembelajaran oleh pakar khusus bagi kanak-kanak disleksia .

Selain itu, anda boleh membantu buah hati anda melalui aktiviti di rumah seperti:

  • Bacakan buku kepada mereka.
  • Bincangkan tentang isi daripada buku yang dibaca bersama.
  • Baca buku yang sama berulang kali.
  • Galakkan mereka membaca dengan sendiri.
  • Jadikan aktiviti membaca sebagai satu perkara yang menyeronokkan.
  • Gunakan teknologi seperti gajet dan komputer sebagai alat bantuan mengajar.

Hargailah anak anda walau apa pun kelebihan dan kekurangan yang mereka miliki.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Dyslexia Management – https://www.nhs.uk/conditions/dyslexia/living-with/

Treatment for Dyslexia – https://www.webmd.com/children/dyslexia-treatments

Dyslexia – https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/dyslexia/symptoms-causes/syc-20353552

Versi Terbaru

08/10/2018

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Anak Muntah? Ibu, Jangan Bagi Si Kecil Makan 1 Jam Selepas Itu! Ini Petua Lain Hilangkan Mual

Nak Badan Baby Berisi Sedikit? Ini 9 Makanan Untuk Bayi 1 Tahun Biar Gemuk!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 08/10/2018

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan