backup og meta

6 Tip Membuatkan Anak Anda Lebih Aktif Secara Fizikal

Tahukah anda bahawa hanya satu daripada tiga kanak-kanak yang aktif secara fizikal? Ini adalah angka yang membimbangkan. Purata tujuh jam sehari dihabiskan oleh kanak-kanak di hadapan televisyen, telefon bimbit dan alatan elektronik lain. Dengan pertambahan peratus obesiti kanak-kanak, keadaan ini akan menjadi semakin parah jika tidak dibendung.

6 Tip Membuatkan Anak Anda Lebih Aktif Secara Fizikal

Ayuh ikuti 6 tip di bawah untuk menjadikan anak anda lebih aktif secara fizikal.

1. Cari aktiviti yang menyeronokkan

Kenali sukan yang digemari oleh anak anda dan galakkan mereka untuk mengambil bahagian, sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Perkara yang digemari akan mudah dilakukan oleh anak anda dan mereka akan lebih komited.

2. Sediakan persekitaran yang selamat

Anda harus memastikan tempat yang digunakan adalah selamat. Begitu juga dengan pakaian dan kasut yang sesuai dengan aktiviti. Tapi jangan terlalu mengekang kebebasan anak anda. Ia hanya akan membuatkan anak anda kurang yakin dan takut untuk mencuba.

3. Sediakan alat mainan yang aktif

Contohnya, bola dan tali skipping. Walaupun duduk di rumah, anak anda masih boleh kekal aktif dengam permainan-permainan ini.

4. Tutup televisyen

Simpan semua alatan elektronik dan tutup televisyen. Hilangkan semua gangguan supaya anak anda boleh fokus kepada aktiviti fizikal. Bawa mereka keluar menghirup udara segar.

5. Tetapkan masa untuk beraktiviti

Kadangkala, anak-anak anda terlalu sibuk dengan macam-macam perkara seperti kerja sekolah, kelas muzik dan kelas tusyen. Rancang dan tetapkan waktu yang khusus untuk beraktiviti.

6. Tunjukkan contoh yang baik

Anak-anak akan ikut ibu bapa mereka. Jika anda pun tidak aktif, bagaimana anda mengharapkan anak anda akan aktif?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

10 Ways to Encourage Your Child To Be Physically Active. Dimuat turun daripada https://www.healthychildren.org/English/healthy-living/fitness/Pages/Encouraging-Your-Child-to-be-Physically-Active.aspx.

Versi Terbaru

29/09/2021

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Rancang Short Getaway Dengan Famili Weekend Ini? Jom Datang Ke Taman Eko Rimba, Anak Pasti Teruja!

Anak Sekarang Tak Kenal Game Tradisi? Ini 9 Mainan Outdoor Budak 90-an, Bagus Untuk Otak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 29/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan