Jus merupakan minuman yang mudah dan sesuai untuk diminum oleh anak-anak kerana mempunyai pelbagai vitamin dan mineral. Walaubagaimanapun, anda perlu memberi perhatian dan pertimbangan yang lebih ketika memberi anak anda minum jus terutamanya kepada yang lebih kecil.

Ramai pakar pediatrik menyarankan anda untuk memberikan anak anda campuran jus epal dan air untuk melegakan sembelit. Namun harus diingatkan bahawa jus perlu 100% asli dan tiada tambahan gula atau perasa selain pastikan susu itu telah dipasteur. Berbincanglah dengan doktor, pakar diet atau pakar pediatrik anda sebelum memberi jus epal atau apa-apa jenis jus kepada anak anda untuk mengelakkan bahaya kepada badan anak anda. Jangan mengambil nasihat daripada orang yang tidak berpengalaman atau orang yang tidak berlatarbelakang perubatan. Mereka mungkin mempunyai niat yang baik tetapi nasihat yang salah lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan.
Ramai pakar pediatrik percaya bahawa anak berumur 8 bulan ke bawah tidak seharusnya diberikan sebarang jenis jus termasuklah jus epal sebaliknya bayi dalam linkungan umur ini perlu diberikan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dikisar untuk memastikan mereka mempunyai nutrisi yang mencukupi.
Selain itu, jangan beri anak anda jus sehingga dia sudah boleh minum daripada cawan bayi. Namun, anda perlu memastikan jus tersebut telah dikisar dan dihaluskan sepenuhnya terlebih dahulu. Minum terlalu banyak jus juga boleh menyebabkan hilang keinginan minum air selain mereputkan gigi. Oleh itu, anda hanya boleh beri anak anda minum jus di dalam botol sekiranya doktor anda mengizinkan bagi tujuan melegakan sembelit di dalam badan anak anda.
Bayi yang baharu lahir memerlukan vitamin, mineral, protein dan lemak setiap hari untuk membesar dengan sihat. Penting untuk anda mengetahui kepentingan susu badan dan susu formula sebagai sumber utama kalori anak anda. Jika anak anda minum terlalu banyak jus epal, dia akan mula menolak untuk minum susu badan dan susu formula.
Minum terlalu banyak jus boleh menyebabkan kesan jangka masa panjang seperti malnutrisi atau anemia yang boleh merosakkan enamel gigi sekaligus mereputkan gigi. Jika anak anda minum lebih daripada 12 fl oz jus buah-buahan dalam sehari, nescaya akan menyebabkan anak anda bantut dan obesiti. Jus buah-buahan juga mempunyai kandungan fruktosa tinggi yang boleh menyebabkan kegelisahan, angin dalam badan serta ketidakselesaan pada perut bagi bayi yang baharu lahir. Jus yang tidak dipasteur juga mempunyai bakteria seperti E-coli atau Salmonella. Minum terlalu banyak jus akan menyebabkan anak anda hilang keinginan untuk minum air lantas meninggikan risiko dehidrasi.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
When to Give a Baby Juice, http://www.healthguidance.org/entry/15062/1/When-to-Give-a-Baby-Juice.html Accessed November 22, 2016.
Guidelines for offering juice to babies, http://kellymom.com/nutrition/starting-solids/baby-juice/, Accessed November 22, 2016.
Giving Your Baby Fruit Juice – When Should Your Baby Have Fruit Juice?, http://wholesomebabyfood.momtastic.com/juiceforbaby.htm Accessed November 22, 201
Versi Terbaru
27/11/2019
Ditulis oleh Ahmad Farid
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel