Pernahkah ibu bapa terfikir mengenai resepi makanan bayi 6 bulan ke atas yang sedap, menarik dan berkhasiat buat si comel anda?
Pernahkah ibu bapa terfikir mengenai resepi makanan bayi 6 bulan ke atas yang sedap, menarik dan berkhasiat buat si comel anda?

Bagi memastikan bayi membesar dengan sempurna, aspek pemakanan mereka perlu dijaga dengan sempurna.
Selepas bayi dilahirkan, mereka akan bergantung sepenuhnya terhadap susu ibu.
Selepas itu, anda boleh mula beralih kepada susu formula atau susu segar jika tidak mampu meneruskan penyusuan susu badan.
Makanan apakah yang paling sesuai buat bayi selain susu? Jawapannya adalah bubur.
Namun begitu, apakah resepi resepi makanan bayi 6 bulan ke atas yang paling baik? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Mungkin akan ada ibu bapa yang tertanya-tanya umur berapa yang paling sesuai untuk memberi bayi makanan pejal?
Ada yang akan menjawab setahun, kurang setahun, lebih setahun atau pelbagai lagi jawapan yang boleh mereka fikirkan.
Sebenarnya, umur yang paling sesuai untuk bayi mula makan makanan pejal adalah 6 bulan.
Ini sesuai dengan saranan WHO dan UNICEF yang menjadikan umur 6 bulan ini sebagai umur optimum bagi bayi mula cuba makanan pejal.
Ini kerana, bayi 6 bulan secara umumnya sudah mempunyai sistem penghadaman yang agak matang dan sedia untuk mula menerima makanan.
Selain itu, bayi 6 bulan juga selalunya sudah mula pandai menelan makanan pejal.
Antara makanan pertama yang boleh ibu bapa berikan kepada bayi adalah puri atau bubur. Persoalannya, apakah jenis bubur yang sesuai untuk bayi anda?
Berikut merupakan resepi bubur bayi yang boleh anda cuba sediakan buat si comel anda.
Hakikatnya, tiada makanan yang mampu menggantikan susu ibu. Oleh itu, apa kata jika anda campurkan bubur nasi dengan susu ibu?
Sudah pasti ia akan penuh khasiat dan nutrisi serta disukai oleh bayi. Bahan yang diperlukan adalah nasi dan susu ibu.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
Baca juga:
https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/pemakanan-bayi/alahan-makanan-bayi/
Ini merupakan bubur nasi yang paling sedap dan merupakan kegemaran ramai individu tanpa mengira usia.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah beras dan ayam bahagian dada.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
Jika bayi anda sudah mencapai usia 9 bulan ke atas, anda mungkin boleh cuba tawarkannya bubur nasi bersama kentang.
Kentang sangat sesuai untuk dicampurkan ke dalam bubur nasi bayi kerana ia merupakan sumber karbohidrat yang baik.
Bahan untuk bubur nasi bersama kentang ialah beras dan kentang.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:

Bayi semakin besar dan boleh makan sayur?
Selain brokoli, bayam juga amat sesuai untuk diberikan kepada si comel anda. Cuma, pastikan anda menghirisnya kecil-kecil terlebih dahulu.
Bahan-bahannya ialah beras dan bayam.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
Tips lain: Sama seperti brokoli, membasuh dengan melalunya di bawah air sahaja tidak mencukupi untuk sayur bayam. Anda perlu merendamnya dalam air sekurang-kurangnya 30 minit supaya semua kutu dan serangga yang tersembunyi di dalamnya keluar.
Selain daripada bubur nasi, terdapat pelbagai lagi makanan lain yang sangat sesuai buat bayi yang berumur 6 bulan ke atas.
Berikut merupakan antara resipi-resipinya:

Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara memasak:
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara memasak resepi makanan bayi 6 bulan ke atas ini adalah:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Starting Solid Foods. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/feeding-nutrition/Pages/Starting-Solid-Foods.aspx. Accessed on July 27, 2019.
Do’s and Don’ts for Baby’s First Foods. https://www.eatright.org/food/nutrition/eating-as-a-family/dos-and-donts-for-babys-first-foods. Accessed on July 27, 2019.
Feeding your baby: 6–12 months. https://www.unicef.org/parenting/food-nutrition/feeding-your-baby-6-12-months. Accessed on July 27, 2019.
Foods and Drinks for 6 to 24 Month Olds. https://www.cdc.gov/nutrition/infantandtoddlernutrition/foods-and-drinks/index.html. Accessed on July 27, 2019.
Feeding patterns and diet – children 6 months to 2 years. https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000713.htm. Accessed on July 27, 2019.
Versi Terbaru
19/07/2022
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Diperbaharui oleh: Nurul Halifah