Keguguran ialah kehilangan janin sebelum minggu ke-20 kehamilan, menunjukkan kepada masalah tertentu dalam kehamilan atau janin yang tidak berkembang dengan baik. Kira-kira 10 hingga 20 peratus kehamilan dilaporkan berakhir dengan keguguran.
Keguguran adalah perkara yang biasa berlaku. Hampir 50 peratus daripada semua kehamilan berakhir dengan keguguran sebelum seorang wanita menyedari mereka mereka hamil. Dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan, dianggarkan lebih daripada 80 peratus kes keguguran dilaporkan. Sementara keguguran selepas 20 minggu kehamilan jarang berlaku. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.
Tanda dan simptom utama keguguran biasa ialah:
Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.
Terdapat masalah genetik yang membawa maut pada bayi dalam kandungan dan menyebabkan keguguran. Keguguran seperti ini berada di luar kawalan anda untuk mencegahnya.
Masalah serviks juga boleh menyumbang kepada keguguran. Keguguran berlaku kerana serviks terlalu lemah untuk menanggung kehamilan, dipanggil serviks tidak kompeten. Keguguran daripada serviks tidak kompeten biasanya berlaku pada trimester kedua. Beberapa simptom keguguran yang berpunca daripada masalah serviks adalah jika anda merasa tekanan secara tiba-tiba, air ketuban pecah dan tisu daripada janin dan plasenta keluar tanpa rasa sakit yang teruk.
Punca lain yang membawa kepada keguguran ialah:
Terdapat banyak faktor risiko untuk keguguran, seperti:
Ujian pranatal yang invasif seperti chorionic villus sampling dan amniosentesis, mempunyai sedikit risiko untuk keguguran.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Untuk mendiagnosis keguguran, doktor mungkin akan meminta anda untuk melakukan beberapa ujian.
Sekiranya anda didiagnosis dengan keguguran terancam (threatened abortion), anda mungkin dinasihatkan untuk berehat sehingga pendarahan atau kesakitan reda. Anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan senaman dan hubungan kelamin. Anda juga tidak digalakkan bermusafir terutamanya ke kawasan di mana anda sukar mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Untuk menentukan sama ada embrio telah mati atau tidak terbentuk atau untuk mengetahui jika keguguran tidak boleh dielakkan, anda perlu melakukan ujian ultrabunyi. Beberapa pilihan yang boleh anda pertimbangkan ialah adalah pengurusan sendiri, rawatan perubatan, dan rawatan pembedahan.
Pengurusan sendiri sesuai untuk anda jika tiada tanda-tanda jangkitan. Ini bermakna bahawa anda boleh memilih untuk membiarkan keguguran secara semula jadi. Dalam kes pengeluaran janin tidak berlaku dengan sendiri, anda perlu memilih rawatan perubatan atau pembedahan.
Jika anda ingin mempercepatkan proses keguguran, anda boleh berbincang dengan doktor anda tentang penggunaan ubat-ubatan. Terdapat ubat yang boleh membantu badan anda mengeluarkan tisu kehamilan dan plasenta. Memasukkan ubat melalui faraj dan bukan melalui mulut untuk meningkatkan keberkesanan dan mengurangkan kesan sampingan seperti loya dan cirit-birit juga digalakkan.
Rawatan lain untuk keguguran ialah prosedur pembedahan kecil dipanggil sedutan pengembangan dan pengkuretan (Dilatation & Curettage). Dalam pembedahan ini, doktor akan mengembangkan serviks dan membuang tisu dari dalam rahim anda. Anda mungkin memerlukan rawatan ini jika anda mengalami keguguran disertai dengan pendarahan atau tanda-tanda jangkitan.
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani keguguran:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Pregnancy and Miscarriage. http://www.webmd.com/baby/guide/pregnancy-miscarriage. Assessed July 23, 2016.
Miscarriage. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pregnancy-loss-miscarriage/basics/definition/con-20033827. Assessed July 23, 2016.
Versi Terbaru
05/12/2019
Ditulis oleh Helma Hassan
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel