backup og meta

Pil Pencegah Kehamilan Buat Wanita Sukar Hamil: Benar atau Mitos?

Terdapat pelbagai mitos tentang penggunaan pil pencegah kehamilan. Salah satu perkara yang paling digembar-gemburkan adalah kebarangkalian penggunaan pil pencegah kehamilan membuatkan wanita sukar untuk hamil pada masa akan datang. Adakah perkara ini benar ataupun ianya sekadar mitos? Teruskan membaca artikel ini bagi merungkai kebenarannya.

Pil Pencegah Kehamilan Buat Wanita Sukar Hamil: Benar atau Mitos?

Bagaimana pil pencegah kehamilan berfungsi?

Pil pencegah kehamilan ialah sejenis kontraseptif hormon. Pil ini diambil melalui mulut untuk mencegah kehamilan. Jika pil diambil dengan betul, keberkesanannya adalah sehingga 99.9%. Kehamilan berlaku apabila telur yang dilepaskan dari ovari bersenyawa dengan sperma, kemudian menempel pada dinding uterus, dan menjadi janin.Pengeluaran telur dari ovari dipanggil pengovulan atau ovulasi, iaitu dikawal selia oleh hormon tertentu dalam tubuh wanita. Pil ini mengandungi sejumlah kecil hormon estrogen dan progestin. Ia berfungsi menentang hormon kitaran semula jadi dalam tubuh untuk mencegah kehamilan daripada berlaku. Kontraseptif hormon menghentikan pengovulan. Selain itu, ia juga mengubah corak mukus serviks, menjadikan sukar untuk sperma memasuki serviks untuk bertemu dengan telur. Pil ini juga mengubah lapisan rahim, jadi telur yang telah disenyawakan tidak boleh menempel sendiri pada dinding rahim.

Adakah penggunaan pil pencegah kehamilan membuatkan seseorang wanita itu sukar untuk hamil kelak?

Tidak! Banyak kajian membuktikan pil pencegah kehamilan tidak akan menjejaskan kesuburan seseorang wanita. Tubuh anda boleh memproses hormon dalam pil tersebut dengan agak cepat, disebabkan itulah anda hanya diarahkan untuk mengambil satu biji pil setiap hari. Sebaik sahaja hormon memerah keluar dari sistem anda, dalam tempoh beberapa hari proses normal telur membesar akan berterusan berlaku. Anda akan menerima ovulasi dalam tempoh dua hingga enam minggu selepas itu. Walau bagaimanapun, jika anda mengambil pil tersebut dalam tempoh yang lama (katakan lebih daripada setahun), ia akan mengambil masa sehingga tiga bulan untuk tubuh anda kembali normal. Dalam sesetengah kes, apabila seseorang wanita itu mengambil pil pencegah kehamilan selama bertahun-tahun dan kemudian berhenti untuk mendapatkan anak, dia mungkin akan mendapati bahawa kadar kesuburannya menurun. Pun begitu, ini selalunya berlaku kerana faktor umur wanita yang semakin meningkat, bukannya disebabkan penggunaan pil pencegah kehamilan sebelum ini.

Pil pencegah kehamilan adalah dianggap sebagai cara paling selamat dan berkesan untuk kontraseptif. Penting untuk anda memahami bahawa “pil pencegah kehamilan boleh menyebabkan ketidaksuburan” adalah sekadar mitos semata-mata. Anda boleh terus hamil selepas berhenti mengambil pil pencegah kehamilan, walaupun ia mungkin mengambil beberapa tempoh untuk ovulasi kembali normal. Dan, ya, ia benar-benar selamat. Anda boleh terus berusaha untuk hamil dan melahirkan bayi yang sihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Combination birth control pills, https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/combination-birth-control-pills/about/pac-20385282, Accessed Nov 9 2016.
  2. What are the disadvantages of the pill?, https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/birth-control-pill/what-are-the-disadvantages-of-the-pill, Accessed Nov 9 2016.
  3. What are the side effects of the birth control pill? https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/birth-control-pill/birth-control-pill-side-effects, Accessed Nov 9 2016.
  4. Combined pill, https://www.nhs.uk/conditions/contraception/combined-contraceptive-pill/, Accessed Nov 9 2016.
  5. Side Effects of Hormonal Contraceptives, https://www.aafp.org/afp/2010/1215/p1509.html, Accessed Nov 9 2016.

Versi Terbaru

11/09/2021

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ibu Hamil? Tahniah! Tapi Waspada Dengan 13 Tanda Bahaya Sepanjang Trimester 1 Ini

Ini 9 Jenis Air Yang Ibu Hamil Tak Boleh Minum, Ada Risiko BAHAYA Pada Bayi!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 11/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan