Eh, kenapa perut keras sahaja, baby dalam kandungan ada masalah ke? Bertenang ibu, jom Hello Doktor bantu untuk fahami punca perut mengeras semasa hamil.
Eh, kenapa perut keras sahaja, baby dalam kandungan ada masalah ke? Bertenang ibu, jom Hello Doktor bantu untuk fahami punca perut mengeras semasa hamil.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Tempoh kehamilan adalah pengalaman yang luar biasa. Selain melibatkan perubahan kehidupan, tubuh anda juga turut berubah dari masa ke masa.
Salah satu simptom kehamilan yang tidak dijangka adalah keadaan perut yang mengeras.
Ya, memasuki trimester ke-3, iaitu waktu menghampiri tempoh bersalin, perut ibu akan menjadi keras.
Tetapi anda perlu tahu, keadaan perut mengeras semasa hamil juga boleh berlaku bermula pada trimester pertama.
Jadi apakah punca ia berlaku? Adakah petanda kandungan bermasalah?
Bagi anda yang pertama kali berbadan dua, sensasi perut mengeras ketika mengandung pasti boleh menyebabkan timbulnya rasa risau, kan?
Adakah ia kekejangan perut atau kontraksi?
Berikut adalah beberapa punca yang mendasari situasi perut mengeras ketika hamil mengikut trimester:
Dalam trimester pertama, antara minggu 1 hingga 12, terdapat 3 sebab untuk perut mengeras ketika hamil:
Keadaan perut berangin adalah masalah biasa ketika mengandung dan boleh menyebabkan kekejangan atau kesakitan yang sangat menyakitkan.
Sembelit juga situasi normal untuk terjadi pada awal kehamilan.
Kedua-dua masalah itu didasari oleh perubahan hormon kehamilan yang melambatkan fungsi saluran gastrousus.
Kandungan zat besi dalam vitamin pranatal turut boleh menyebabkan najis mengeras.
Dari masa ke masa, bayi dalam kandungan akan membesar dan tisu serta ligamen di sekeliling akan mengalami ketegangan.
Kesemua pergerakan itu boleh menyebabkan perut sakit, berasa sesak dan kekejangan.
Perut mengeras semasa hamil boleh menjadi petunjuk keguguran sebelum minggu ke-20.
Walau bagaimanapun, situasi yang menyedihkan ini paling kerap berlaku sebelum minggu ke-12 kehamilan.
Kehilangan kandungan juga mempunyai gejala lain seperti:
Adakalanya keguguran boleh berlaku tanpa amaran. Ini kerana biasanya keguguran trimester pertama disebabkan oleh faktor di luar kawalan anda.
Semasal berbadan dua, ligamen yang meregang ketika tumbesaran rahim boleh mengakibatkan wujudnya rasa sakit tajam.
Kesakitan ini biasanya berlaku dengan perubahan kedudukan, seperti duduk hingga berdiri mahupun membongkok.
Bagi sesetengah wanita, mereka mula berasakan kontraksi rahim dan ia boleh berlaku secara berkala pada trimester kedua, antara minggu ke-13 hingga 24.
Ia dikenali sebagai Braxton-Hicks – kontraksi palsu atau kontraksi latihan, yang bertujuan untuk mempersiapkan rahim bagi melahirkan anak.
Braxton-Hicks adalah keadaan normal untuk dialami dan boleh berlangsung sekitar 30 saat hingga 1 minit. Tetapi adakalanya berlanjutan sehingga 2 minit.
Ia tidak sesakit kontraksi untuk melahirkan, namun masih akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan.

Terdapat beberapa perkara boleh mencetuskan atau memburukkan lagi kontraksi Braxton-Hicks:
Sekiranya anda berasa perut mengeras ketika hamil adalah sesuatu yang lebih daripada kontraksi palsu atau kesakitan regangan ligamen, dapatkan pemeriksaan doktor segera.
Jika terdapat gejala di bawah, maklumkan kepada doktor. Ini kerana ia mungkin petanda kelahiran pramatang:
Perut mengeras ketika mengandung yang berkaitan dengan Braxton-Hicks akan menjadi lebih kerap disertai peningkatan rasa sakit pada trimester ini.
Biasanya akan dialami dalam beberapa minggu terakhir kehamilan, saat rahim bersedia untuk proses kelahiran bayi.
Tetapi bagaimana membezakan antara Braxton-Hicks atau kontraksi sebenar?
Masih keliru antara kedua-dua jenis kontraksi ini?
Biasanya sebarang perubahan kedudukan, minum segelas air atau berjalan dengan perlahan boleh melegakan Braxton-Hicks.
Kontraksi palsu
Kontraksi sebenar

Tanda anda bakal bersalin yang lain adalah:
Ingin mengetahui tarikh jangkaan bersalin anda dengan lebih tepat? Kira EDD anda di kalkulator tarikh bersalin kami.
Sekiranya mempunyai kebimbangan tentang keadaan perut mengeras semasa hamil mahupun kontraksi yang terjadi, lakukan pemeriksaan doktor.
Mereka pastinya bersedia untuk membantu merungkai segala kerungsingan yang dialami untuk memastikan kandungan anda dalam keadaan selamat.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
What Causes My Belly to Feel Hard and Tight? https://www.lamaze.org/Giving-Birth-with-Confidence/GBWC-Post/what-causes-my-belly-to-feel-hard-and-tight. Accessed Feb 13, 2021.
Braxton Hicks contractions. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/braxton-hicks-contractions. Accessed Feb 13, 2021.
Stomach (abdominal) pain or cramps in pregnancy. https://www.tommys.org/pregnancy-information/pregnancy-symptom-checker/stomach-abdominal-pain-or-cramps-pregnancy. Accessed Feb 13, 2021.
Braxton Hicks Contractions. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/labor-and-birth/braxton-hicks-762/. Accessed Feb 13, 2021.
Changes in Your Body During Pregnancy: Second Trimester. https://familydoctor.org/changes-in-your-body-during-pregnancy-second-trimester/. Accessed Feb 13, 2021.
Versi Terbaru
06/09/2022
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: zai.muhammad@hellodoktor.com
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor