Apakah cara puaskan suami ketika hamil ya? Ada ke posisi seks yang boleh mendatangkan bahaya semasa mengandung?
Persoalan anda itu akan terjawab dalam artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Cara puaskan nafsu suami ketika hamil, selamat ke?
Secara amnya, seks semasa hamil adalah selamat untuk anda, pasangan dan bayi dalam kandungan.
Seks ketika mengandung bukan sahaja selamat, bahkan mungkin mendatangkan manfaat buat anda.
Wanita yang mengalami orgasme semasa berbadan dua mendapat manfaat daripada hormon penenang dan peningkatan aliran darah kardiovaskular – faedahnya turut dirasai si kecil.
Cara puaskan suami ketika hamil ikut trimester
Walaupun seks adalah selamat tetapi tidak semua posisi seks sesuai semasa kehamilan, dan sesetengahnya boleh menjadi terlalu berbahaya untuk bayi dan diri anda sendiri.
Teruskan membaca untuk mengetahui kedudukan seks yang menimbulkan risiko semasa kehamilan.
Trimester pertama
Pada trimester pertama tiada sekatan berkaitan posisi seks. Bahkan inilah masanya untuk mencuba kedua-dua posisi mudah dan sukar.
Tubuh wanita berbadan dua dilincirkan dengan baik pada peringkat ini dan alat kelamin lebih sensitif – kesan peningkatan dalam peredaran darah.
Perut anda juga masih belum membesar untuk ‘menjadi penghalang’ cara puaskan suami ketika hamil.

Tetapi elakkan seks anal! Ia meningkatkan risiko mendapat jangkitan daripada rektum ke faraj. Seks kasar turut tidak digalakkan sepanjang tempoh kehamilan.
Anda juga perlu mengingatkan pasangan untuk mengelakkan menghembus udara ke faraj. Tindakan tersebut boleh menyebabkan embolisme dan boleh menyebabkan maut kepada anda dan bayi.
Cara puaskan suami ketika hamil #Trimester kedua
Pada fasa ini, isu morning sickness semakin berkurangan, sekali gus meningkatkan dorongan seksual.
Pada trimester kedua ini, harus dielakkan sebarang posisi seks yang memerlukan anda berbaring secara terlentang. Mengapa?
Apabila berbaring terlentang, rahim yang sedang mengembang boleh menekan aorta – saluran darah utama – sekali gus mengurangkan tahap darah melalui plasenta. Bahkan gaya missionary juga tidak disarankan!
Pun begitu, anda boleh menikmati kawalan semasa hubungan seks dengan posisi cowgirl. Pasangan akan berbaring terlentang dan anda akan berada di atas zakarnya. Dengan ini, anda boleh memilih tahap kelajuan yang diingini dan bila untuk orgasme.

Cara puaskan suami ketika hamil yang turut boleh dicuba adalah spooning – posisi di mana anda akan berbaring sebelah-menyebelah dengan pasangan. Aksi ini membolehkan penetrasi cetek dan tidak mengakibatkan tekanan pada perut yang sedang membesar.
Gaya doggy – penembusan daripada belakang juga boleh dipilih. Ia sesuai untuk ibu yang mengalami kesakitan lantai pelvis atau bahagian bawah punggung. Dengan keadaan anda dan pasangan berlutut, tiada tekanan akan dialami perut.
Kedudukan seks lain yang boleh dipertimbangkan adalah scissors dan reverse cowgirl.
Scissors memberikan ruang untuk mengurangkan penetrasi kerana anda dan pasangan berbaring sebelahmenyebelah dengan kaki bersilang.
Manakala reverse cowgirl adalah bertentangan dengan posisi cowgirl – di mana anda tidak perlu menghadap pasangan. Apa yang pasti, kedua-dua posisi ini memberikan anda ‘kuasa sepenuhnya’ untuk mengawal aksi seks.
Baca juga:
https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/penjagaan-kehamilan/menelan-sperma-semasa-hamil/
Trimester ketiga, ketahui cara puaskan nafsu suami ketika hamil
Pada trimester ketiga, amat penting untuk mencari posisi seks yang selesa dan mengelakkan kedudukan yang boleh membahayakan bayi dalam kandungan serta mengakibatkan anda keletihan.
Sebaiknya, elakkan sebarang gaya yang boleh menyebabkan penetrasi mendalam – salah satunya posisi turtle. Posisinya hampir sama dengan doggy, kecuali anda perlu berbaring di atas perut.
Jika doggy seakan anda merangkak, tetapi gaya turtle memerlukan anda melutut dan meniarap pada perut. Ia bukan sahaja menimbulkan risiko kesihatan kepada anda, malahan bayi juga!
Posisi anvil juga perlu dielakkan! Gaya ini memberikan sedikit kelainan pada posisi missionary dan memerlukan anda meletakkan kaki pada bahu pasangan ketika bersama.
Selain memerlukan anda berbaring, ia juga akan memberikan tekanan besar pada rahim. Jadi a big no untuk anvil dan missionary sebagai cara puaskan suami ketika hamil!
[embed-health-tool-due-date]
Waktu harus dielakkan seks semasa mengandung
Walaupun anda sudah mengetahui cara puaskan nafsu suami ketika hamil, sebaiknya berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian sama ada selamat atau tidak untuk melakukan seks semasa berbadan dua.
Anda mungkin dinasihatkan untuk menghindari seks jika mempunyai kehamilan berisiko tinggi berikut:
- Berisiko untuk keguguran atau sejarah keguguran yang lalu
- Berisiko untuk kelahiran pramatang
- Mengalami pendarahan faraj, keputihan atau kekejangan tanpa sebab diketahui
- Kebocoran kantung amniotik atau ketuban pecah
- Saluran serviks terbuka lebih awal semasa kehamilan
- Kedudukan plasenta terlalu rendah dalam rahim – plasenta previa
- Kehamilan berganda – kembar dua, tiga atau seterusnya
Sekiranya anda mengalami gejala luar biasa semasa mencuba cara puaskan suami ketika hamil atau selepas hubungan seks, seperti:
- Rasa sakit
- Pendarahan
- Keluar cecair
- Ketidakselesaan ketara
- Kontraksi
Hubungi doktor dengan segera!
Perlu diingatkan apabila doktor mengatakan ‘tidak dibenarkan seks’ – ia mungkin melibatkan perbuatan yang boleh menyebabkan orgasme atau rangsangan seksual, bukan hanya hubungan seks semata-mata.
Sebaiknya berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.






















