Persoalan berkenaan dengan bersetubuh ketika hamil sering bermain di fikiran pasangan.
Pasti anda bimbang jika aktiviti tersebut boleh mempengaruhi tahap kesihatan anak yang dikandung.
Mungkin ramai yang malu untuk bertanyakan persoalan tersebut kepada doktor. Namun, aktiviti seksual boleh mempengaruhi tahap kesihatan individu secara menyeluruh.
Artikel ini akan membincangkan perihal persoalan “selamat ke untuk ibu dan bayi dalam kandungan?”. Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Kelebihan bersetubuh ketika hamil

Selain daripada menyeronokkan, hubungan kelamin sewaktu hamil dapat memberikan kebaikan dari aspek fisiologi dan psikologi buat kedua-dua pasangan.
- Hubungan seks boleh membakar kalori yang banyak. Ia membolehkan anda dan pasangan anda untuk kekal aktif di kala sarat berbadan dua. Aktiviti fizikal merupakan aspek penting yang perlu dijaga oleh bakal ibu kerana ia boleh membantu mencegah diabetes gestasi, preeklampsia dan sakit belakang kronik
- Sewaktu mengandung, jumlah darah yang mengalir ke bahagian kemaluan anda meningkat. Ini bermakna, hubungan kelamin dalam tempoh ini dapat memberikan anda orgasme yang lebih baik. Hormon endorfin akan dirembeskan setiap kali anda orgasme dan ini akan membuatkan anda gembira dan berasa tenang
- Bersetubuh ketika hamil dapat memelihara hubungan emosi yang baik di antara anda dan pasangan. Ini dapat memberikan sokongan emosi dan mental dalam menempuh 40 minggu fasa kehamilan si ibu
[embed-health-tool-due-date]
Mempunyai keinginan bersama suami ketika hamil adalah sesuatu yang boleh dianggap normal.
Anda tidak perlu malu memandangkan kebanyakan wanita mempunyai persoalan yang sama. Siapa tidak risau kalau apa-apa boleh jadi pada si kecil, kan?
Walau bagaimanapun, sebelum menerjah bagi mengecapi kenikmatan seksual, pastikan anda mendapatkan segala maklumat mengenainya daripada doktor anda.
Adakah zakar suami akan menujah fetus yang sedang membesar?

Ini adalah spekulasi yang berkemungkinan lahir daripada imaginasi manusia.
Ketika bayi anda sedang membesar di dalam perut, terdapat beberapa lapisan otot dalam janin yang melindungi bayi.
Ia membesar di dalam kantung yang dipenuhi cecair amniotik. Ini bermakna, walau kuat mana tujahan suami anda sekalipun semasa bersetubuh ketika hamil, cecair tersebut dapat melindungi bayi anda dengan baik.
Cumanya, anda mungkin berasa tidak selesa dengan hubungan seks tersebut maka cubalah posisi yang berbeza dan pilih mengikut tahap keselesaan anda.
Artikel berkaitan:






















