Anda mesti pernah terdengar berkenaan dengan keputusan untuk membenarkan ibu bersalin normal selepas czer. Boleh ke? Atau pilihan terbaik adalah untuk terus secara bersalin czer?
Anda mesti pernah terdengar berkenaan dengan keputusan untuk membenarkan ibu bersalin normal selepas czer. Boleh ke? Atau pilihan terbaik adalah untuk terus secara bersalin czer?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Jika pembedahan czer tidak akan memberikan kesakitan kepada ibu yang hendak bersalin, kenapa tidak semua ibu yang ingin bersalin dilakukan secara pembedahan? Lagi pun pembedahan czer pakai ubat bius kan?
Jika anda mempunyai persoalan atau tanggapan yang sama berkenaan dengan pembedahan czer, anda tidak salah.
Pembedahan caesarean section (czer) merupakan alternatif buat si ibu yang ingin melahirkan bayi namun mempunyai kontraindikasi untuk bersalin normal.
Mereka yang melalui pembedahan czer lazimnya akan tinggal di hospital lebih lama berbanding dengan mereka yang bersalin normal. Ini berikutan wanita tersebut perlu dipantau akan keadaan luka di bahagian abdomennya setelah menjalani pembedahan major.
Ibu bersalin normal juga kebiasaannya boleh menyusukan anak lebih cepat berbanding dengan mereka bersalin czer.
Mana tidaknya, kesan ubat bius yang diberikan akan mengambil masa untuk hilang. Ini akan mempengaruhi kebolehan si ibu untuk memberikan jagaan awal kepada bayi seusai bersalin seperti sentuhan kulit ke kulit dan penyusuan badan.
Antara risiko boleh dialami oleh wanita yang menjalani pembedahan czer seperti:

Jika anda mengalami komplikasi ketika hamil, anda akan digalakkan bersalin czer.
Ini untuk melindungi nyawa ibu dan anak, dalam masa sama mengelakkan komplikasi yang boleh mempengaruhi tahap kesihatan kedua-duanya selepas bersalin.
Bagi mereka yang sudah didiagnosis dengan komplikasi tertentu seperti preeklampsia dan diabetes gestasi, pelan untuk bersalin czer kebiasaannya dirancang lebih awal. Keadaan ini dipanggil prosedur czer elektif.
Bagi prosedur czer kecemasan pula, kebiasaannya ia melibatkan keadaan boleh mengancam nyawa bayi atau ibu.
Antara keadaan yang menggalakkan prosedur pembedahan czer adalah seperti berikut:
Baca juga:
https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/masalah-kehamilan/beranak-czer-anak-asma/
Mereka yang bersalin czer akan melalui pembedahan yang sama bagi kehamilan akan datang.
Namun panduan yang dikeluarkan oleh The American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) menggalakkan prosedur bersalin normal selepas czer.
Antara kebaikannya adalah:
Namun bukan semua wanita sesuai untuk melalui prosedur VBAC. Ia bergantung kepada jenis parut pada rahim anda kesan daripada pembedahan czer.

Parut yang berbeza mempunyai kebarangkalian berlainan berkaitan dengan risikonya untuk pecah. Antaranya adalah:
Jika berlaku komplikasi rahim pecah sewaktu VBAC, prosedur bersalin czer kecemasan akan dijalankan.
Jika keadaan tersebut terlalu serius, pembedahan yang melibatkan pembuangan rahim akan dilakukan bagi menyelamatkan nyawa ibu. Ini bermakna, wanita tersebut tidak boleh hamil di masa akan datang.
Beberapa faktor perlu diambil kira sebelum membenarkan seseorang itu untuk melalui prosedur VBAC.
Mereka yang sudah bersalin czer lebih daripada 2 kali kebiasaannya tidak akan dibenarkan untuk melalui prosedur tersebut. Antara faktor yang perlu diambil kira adalah:
Jika anda tidak mahu bersalin czer dan ingin mencuba VBAC, berbincanglah dengan doktor anda.
Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan dan anda akan diberitahu berkenaan dengan kebaikan, risiko dan pelan tindakan sekiranya berlaku sebarang kesulitan.
Jika anda tidak sesuai untuk VBAC, ikutilah nasihat doktor dan jalanilah pembedahan czer.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
13/10/2021
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa