backup og meta

5 Cara Untuk Luka Czer Cepat Sembuh, Tidaklah Menahan Sakit Lama Sangat

Pembedahan C-section atau dipanggil secara ringkas sebagai C-sec adalah satu kaedah yang biasa digunakan untuk kelahiran yang berisiko jika tidak boleh bersalin secara normalAnda pasti ingin sembuh dengan cepat setelah melalui prosedur C-sec. Berikut tip untuk rawat luka pembedahan C-Sec.

5 Cara Untuk Luka Czer Cepat Sembuh, Tidaklah Menahan Sakit Lama Sangat

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Rawat luka pembedahan C-Sec

Kami ada beberapa tip atau saranan mudah bagi ibu-ibu yang ingin sembuh dengan pantas setelah prosedur C-sec. Teruskan pembacaan anda melalui artikel di bawah.

Dapatkan rehat yang mencukupi

Seperti mana prosedur-prosedur pembedahan yang lain, tubuh anda memerlukan masa untuk sembuh.

Anda mungkin hanya perlu berada selama beberapa hari di hospital setelah pembedahan dilakukan, tetapi anda perlu memberikan lebih banyak masa kepada tubuh untuk berehat di rumah, iaitu sekitar 6 minggu.

luka pembedahan

Jaga tubuh anda dengan baik, cara rawat luka pembedahan czer

Walaupun anda sedang berehat di rumah, ini tidak bermakna bahawa anda boleh melakukan banyak perkara lain. Jangan memaksa diri untuk melakukan tugas-tugas harian yang boleh memenatkan tubuh.

Elakkan daripada turun naik tangga berkali-kali dalam sehari. Cuba untuk pastikan barang-barang keperluan seperti makanan dan pakaian berada berhampiran agar anda tidak perlu berjalan jauh. 

Anda juga tidak disarankan untuk tidak mengangkat barang-barang yang berat melebihi berat bayi anda.

Dapatkan kepastian daripada doktor berkenaan waktu yang sesuai untuk anda kembali bersenam, bekerja, memandu kereta atau perkara-perkara yang memerlukan lebih banyak pergerakan.

Baca juga:

https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/penjagaan-kehamilan/kerja-rumah-selepas-bersalin/

Berjalan sedikit

Berjalan seperti biasa setiap hari boleh membantu anda kekal cergas selain mengekalkan kesihatan mental.

Selain itu, berjalan perlahan juga boleh membantu mengurangkan risiko darah beku dan masalah berkaitan jantung serta salur darah yang lain.

Makan makanan bernutrisi tinggi bantu rawat luka pembedahan c-sec

Pemakanan bernutrisi bukan sahaja penting semasa hamil, malah ia turut wajib diamalkan setelah anda melahirkan bayi. 

Oleh itu, pemakanan bernutrisi akan menjadikan bayi lebih sihat selain memberikan tenaga kepada tubuh sendiri. 

Kajian menyatakan bahawa dengan memakan sayur-sayuran ketika menyusukan anak, memberikan rasa pada susu badan yang kemudiannya meningkatkan keseronokan anak untuk memakan sayur tersebut ketika mereka membesar.

Pengambilan air yang mencukupi juga membantu meningkatkan jumlah pengeluaran susu badan selain mengelakkan daripada berlakunya sembelit.

luka pembedahan

Elakkan sembelit

Gabungan antara pertukaran hormon, otot perut yang lemah dan kerap berbaring akan menyebabkan anda lebih mudah mendapat sembelit.

Sembelit yang teruk boleh menjadi sangat menyakitkan dan teran dengan cara yang kuat akan mencederakan parut luka C-sec.

Oleh itu, anda perlu minum banyak air dan mengambil jenis makanan yang kaya serat untuk mengelakkan sembelit daripada terjadi. Bertanya kepada doktor jika anda sesuai untuk mengambil pelembut najis.

Anda tidak perlu membandingkan antara bersalin normal dan C-sec memandangkan kedua-duanya bertujuan untuk mengurangkan risiko kelahiran yang tidak selamat.

Apa yang paling penting adalah, bayi dapat dilahirkan dengan selamat dan ibu masih dapat melalui proses kelahiran dengan baik.

Jangan gadaikan nasib diri dengan berkeras untuk melahirkan anak secara normal jika anda lebih sesuai melalui C-sec untuk proses kelahiran yang selamat. 

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

The Do’s and Don’ts of Healing from a C-Section. https://intermountainhealthcare.org/blogs/topics/intermountain-moms/2018/03/the-dos-and-donts-of-healing-from-a-csection/. Accessed June 19, 2022.

Recovery after caesarean: first 6 weeks. https://raisingchildren.net.au/pregnancy/labour-birth/recovery-after-birth/after-caesarean. Accessed June 19, 2022.

How to recover from a c-section at home. https://www.tommys.org/pregnancy-information/giving-birth/caesarean-section/recovering-home-after-c-section. Accessed June 19, 2022.

Labor and delivery, postpartum care. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/labor-and-delivery/in-depth/c-section-recovery/art-20047310. Accessed June 19, 2022.

Caesarean birth: c-section recovery tips. https://www.nct.org.uk/labour-birth/different-types-birth/caesarean-birth/caesarean-birth-c-section-recovery-tips. Accessed June 19, 2022.

 

Versi Terbaru

19/06/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Pilih Bersalin Czer Sebab Tak Nak Sakit? Nanti Dulu, Ibu! Dengarnya Ada Risiko Anak Dapat Asma

Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 19/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan